Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 23-Nov-2009 03:02 Email | Share | Bookmark
Roti Phrata Kentang

 
 
 
 
 
 
Salam buat semua......

Apa khabar semua ehh? Harap semua pun dlm keadaan sihat2 belaka... musim2 hujan ni.. dah banyak juga tempat yang dah dilanda banjir... harap2 janganlah sampai ada kejadian yg meragut nyawa.. ibu bapa sentiasalah mengawal anak2 supaya tidak bermain di kawasan yang boleh mengundang bahaya... Walaupun kat tempat kami takde banjir.. tapi risau juga bila tiap2 petang hujan... tiap2 hari balik kerja jalan mesti jem... yang paling sukar bagi aku ialah setiap kali lepas ambik anak2 dari rumah umah cik ani.. problem utama ialah semasa nak letak Alin dlm car seat tu punyalah susah.. cuba bayangkan.. tangan kanan pegang payung.. tangan kiri dukung alin.. so.. camner nak letakkan alin dlm car seat tu..?? kalau letak payung kat bawah alamat kami basah kuyup demam pulak baby ku ittew terkena tempias hujan.... jika masih nak pegang payung.. camner aku nak letak alin dalam car seat tu dengan sebelah tangan?? Jika aku masuk sekali dengan alin dlm kereta dua2 orang kat driver site tu.. payung yg terbuka tu.. camner aku nak tutup jika alin berada diriba??? huhuhuuu.. inilah dia cabaran seorang ibu yg terpaksa handle sendiri anak2.... Tiap kali aku nak masukkan alin dalam kereta dlm hujan lebat.. aku terpaksa pesan haziq suruh dia tunggu dulu kat tangga (umah flat 5 tingkat kat umah cik ani tu). Kadang2.. aku tengah terkial2 nak settlekan alin kat car seat dia.. tau2 haziq lari juga ikut aku dari belakang.. ish ish ish.. sajer jer nak main hujann.. Yelah.. mana ada budak2 tak suka main hujan kan... teringat pulak zaman aku budak2 dulu time sekolah rendah.. memang suka sangat main hujan.. bila hujan jer.. siaplah aku pujuk ma mintak izin nak mandi ujan.. biasanya aku mandi ramai2 ngan kawan2 anak2 jiran... mandi ujan sambil berkejaran sesama sendiri sampai kecut2 tangan dibuatnyer.. paling best dpt main air kat cucuran atap.. kdg tu.. arwah ayah nak pegi tengok kebun sayur dia aku pun follow sama tp anak2 jiran tak dibenarkan ikut ler.. (masa tu arwah ayah belum buat kebun dlm ladang sawit lagi.. just buat kebun sayur depan rumah jer sebab ada tanah kosong kat situ.. itupun dah mintak kebenaran dr pegawai Felda). Selalunya ayah masuk kebun time ujan2 tu sebab nak tengok keadaan sayur dia.. takut2 ada batas yg dibawa arus.. kalau aku dpt masuk kebun tu.. siaplah.. main air kat celah2 batas sayur.. pastu ada satu parit kecik kat situ pun selalu jd sasaran aku.. parit tu tak dalam mana pun.. parit yg jenis byk pasir dlmnya.. takde selut.. tu yg berani masuk tu.. hmm.. memang manis bila dikenang2 kisah budak2.. budak2 zaman sekarang lebih2 lagi yg tinggal kat bandar ni mana ada dpt merasa mcm tu kan?? Mau kena marah dengan mak ayah Oklah.. dah melalut2 pulak cerita aku kali ni.. hmm.. cerita pasal hujan2 ni.. apa kata kita buat roti phrata kentang

Jom tengok.. memang sedap wa cakap lu.... sapa tak cuba mmg rugi... tapi Leelin tak boleh cuba resepi ni.. sebab dia tak suka daun ketumbar Tapi kalau rasa nak try juga... takyahla letak daun ketumbar tu.. hehe.. Thanks MamaFaMi yang menjawab persoalan aku semasa aku perlukan bantuan pd mlm kejadian.. aku cuma sms jer kat mama.. tau2 mama call aku pulak.. alamakkk..! nyusahkan mama jer.. hehehe.. betul kata mama.. roti ni lembut sampai ke pagi.. tak perlu risau.. boleh buat malam.. dan makan untuk sarapan keesokkan paginya... kalu ada microwave.. just panaskan je kejap Thanks to Newbie 123 untuk resepi ni yer.. resepi ni mmg sedap!! resepi ni ku copy dari UmmiZaihadi sejak terpandang kat blog dia.. tunggu punya tunggu sampailah MamaFaMi dah buat dulu.. ehh.. takleh jadi ni.. dah lama terliur masa tengok dlm blog Ummi.. tengok pulak dlm FP Mama.. tak tahan godaan aku pun terus panaskan enjin..

Quote:
ROTI PHRATA KENTANG
Sumber Resepi : Newbie123 Copy blog UmmiZaihadi (TQ both of you )
(MaDiHaA buat double resepi.. so dpt 12 biji )

Bahan2

Bahan:-
1 1/2 cawan tepung
3/4 cawan air (*akak kurangkan lagi..)
1 sudu teh garam
1 biji kentang russet ~ direbus dan dilenyek (kalau guna kentang biasa saiz kecik.. letak 2 bj)
segenggam daun ketumbar - dicincang halus (MaDiHaA letak 1 pokok jer tak sampai segengam pun)
1 sudu teh jintan (MaDiHaA letak ½ sudu kecik jintan biji)
1 sudu teh serbuk ketumbar (coriander powder)
garam dan lada hitam secukup rasa
Minyak zaitun (guna minyak masak biasa jer)

Cara-Cara:-
1. Masukkan tepung, garam, dan satu sudu besar minyak zaitun ke dalam mangkuk.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh lembut dan boleh diuli. Uli sekejap dan bahagikan kepada 6 ketul.

3. Didalam bekas lain, campurkan kentang lenyek, daun ketumbar, jintan, serbuk ketumbar, garam, dan lada hitam. Kacau sebati dan bahagikan kepada 6 bahagian.

4. Canai dough dan bungkuskan inti kentang dan balut macam pau.
5. Ketepikan dough selama lebih kurang 5 minit.
6. Panaskan kuali leper dan masukkan 1 sudu teh minyak zaitun.
7. Canaikan dough tadi ikut ketebalan yang disukai dan gorengkan setelah minyak panas. Goreng setiap belah sehingga garing.
**Masukkan satu sudu kecil minyak zaitun setiap kali menggoreng roti baru.

Note dari MaDiHaA: Waktu mencanai.. sapukan dasar talam dengan sedikit minyak masak, kemudian letakkan doh yg telah dimasukkan inti. Kemudian barulah dicanai. (sapu minyak supaya doh tak melekat pd dasar talam semasa kita nak angkat roti sebelum dimasukkan ke dalam kuali)



MaDiHaA lawankan dengan Sambal Sardin ni.. versi tak campur kentang sebab dlm roti dah ada kentang


Kalau rajin.. boleh juga masak Murghi Karai ni cicah ngan Roti Phrata Kentang tuu...


Jemput makan semua....


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net