Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 20-Nov-2009 06:08 Email | Share | Bookmark
Hari Malas Sedunia; Budi Restoran & Popia Lada Hitam

menunya..
limau ais asam boi ayah punya
bekas tisu
baca doa dulu..
abang haziq nak rasa air ibu
teh o ais limau
soya bean abg haziq punya
ni kakak punya
adik alin dah ngantuk..
standby nak tidor.. sib baik tak meragam
nasi goreng USA ayah punya
nasi goreng cina abg haziq punya
kakak punya.. belum jemu dgn nasi grg pattaya
ibu makan bihun tomyam jer..
kakak dini menjamu selera
berselera makan walaupun dah mkn meehun grg umah makngah
popia vietnam versi tak pedas
popia vietnam sebenarnya popia kerabu guna rice paper
shepperd pie
inti popia
popia lada hitam dah siap goreng
Weekend yg lepas.. adalah hari malas sedunia bagiku.... malas betul nak masak apalagi nak bereksperimen jauh sekali... Sabtu pagi 14hb.. hanya goreng mee untuk brunch... petang makan collek nenas & epal hijau... malam pegi Klang hantar kain kat rumah Angah nak suruh dia jahit.. angah hidang meehun goreng & keropok melinjau... yehhh... makan free hehehe.. tapi.. sepulangnya dari Klang.. singgah juga kedai sebab hubby perutnya tak kenyang selagi tak isi nasi.. cadang2 nak singgah Restoren Ayam Penyet berdekatan rumah.. tp malang sungguh kedainya dah tutup sebab kami balik pun dah lewat.. so hubby pusing2 kat Kg. Lindungan cari2 kedai makan.. maka kami pun terjah kat satu restoran Malaysia ~ Thai kat situ... iaitu Restoren Budi namanya.. 1st time masuk situ.. ternampak juga kelibat orang yg kelas2 kat situ.. siap berkot, bertali leher bagai.. (agaknya dok jumpa client atau baru lepas habis meeting..kalau tak.. takkan smart habiss.. hehe..) masa dia nak bayar kat cashier.. dia bagi Haziq gula2 & coklat kebetulan Haziq & Dini pegi order ais kosong ngan budak cashier tu... bila tanya cashier pasal gula2 & coklat tu.. budak tu kata dato' dah bayar ooo.. dato' rupanya.. terima kasihlah Dato belanja anak2 saya.. hehe.. hubby sempat gaklah senyum & angkat tangan kat dia masa dia layan Haziq tu.. Restoren tu okay juga.. perabutnya ada kelas jugalah tp dekonya takdelah cantik sgt.. biasa2 je.. tp aku suka sebab ada meja & kerusi kayu yang selesa & kedai pun bersih.. tapi harga menu2nya mahal sikit ler banding ngan kedai2 tomyam lain.. tp idok ler mahal sangat.. lebih dlm seringgit gitu... Menu2 lauk tak pasti ler pulak harganya sebab kami order nasi goreng & meehun tomyam jer... mahal sikit tak kisahlah kan.. sebab kedainya selesa.. boleh ler dimaafkan.. hehe..

Saja menggatal ambik gambar... sebab tak ramai sangat orang sebab dah lewat malam.. yg berdekatan dengan meja kami ada sorang awek & sorang pakwe (meja lain2) dok tengah ralit bertenet... ) Kat meja2 yg jauh pulak dorang dok ralit bersembang & ada yg ralit tengok TV sambil menjamu selera. Aku pun tanpa malu2 amik gambor serba sikit.. kekeke.. layan je ler...







Masa ni Alin dah standby nak tidor tu... tepuk2 kejap terus lelapp..

Esoknya hari Ahad 15hb pun hari malas sedunia jugak.. pagi.. aku masak lempeng cicah dengan gulai lebihan yg simpan kat petiais yg dah dipanaskan... pastu tengahari kazenku Ida ajak lepak umah Sujah bersekali ngan pakej makan tengahari.. yeeehhh.. makan free lagi.. (tp gambor tak amik). Aku sampai umah Sujah pun orang dah siap masak.. sebabnya tunggu hubby siap gosok baju kerja dia... yerrr.. anda tak salah baca.. memang aku tunggu hubby siap gosok baju kerja dia.. sebabnya aku memang tak sempat nak buat semua kerja sejak2 ada baby ni.. so.. apa salahnya suami bantu membantu kan berat sama dipikul.. ringan sama dijinjing... Lepas solat bagai.. barulah gerak ke umah Sujah.. kat sana.. makan2, borak2, tonton astro & tidur2.. Melayan Alin tidor.. ngan aku sekali belayar... sampaikan Ida balik pun aku tak sedar.. hehe.. sorry Ida..!! Yang bestnyer.. sempat juga aku rasa kuih muih eksperimen Ida kazen ku yang rajin ittew.. iaitu Popia Vietnam & Sheperd Pie...



(Ida.. kaklong dah tapau balik sebahagian dari kuih2 mu ni tauu.... TQ yekk )

Oklah.. oleh kerana kat atas tu ada popia.. so hari ni aku tulis resepi popia jugalahh.. tapi bukan resepi Popia Vietnam ler sebab itu bukan eksperimen aku.. hehehe.. yg aku buat baru2 ni ialah Popia Lada Hitam / Black Pepper Popia

Quote:
POPIA LADA HITAM

Bahan2
Kulit popia secukupnya
1 sudu besar tepong gandum ~ bancuh dengan sikit air jdkan pes sebagai gam

Bahan Inti

1 biji sengkuang ~ disagat
1 biji carrot ~ disagat
1 biji bawang besar ~ didadu
1 ulas bawang putih ~ cincang
400gm udang ~ kopek kulit & kerat2 kecik (terpulang nak boh byk mana.. lg byk lagi sedap)
1/2 cawan udang geragau (jika suka)
serbuk lada hitam secukupnya (terpulang pedas mana yg anda suka)
beberapa dash ajishio (lada hitam berperisa)
minyak masak
garam secukup rasa
1 sudu besar sos tiram
aji jika suka

Cara2
1. Panaskan minyak & tumiskan bawang putih & bawang besar. Masukkan udang, udang geragau, sengkuang & carrot.
2. Perasakan dengan garam, ajinomoto, ajishio, serbuk lada hitam & sos tiram.
3. Masak biar inti kering & secukup rasa.
4. Sejatkan inti sebelum diangkat ke dlm bekas.
5. Sediakan kulit popia & gulunglah popia bersama inti seperti membuat popia biasa.. gamkan dengan pes tepong gandum.
6. Goreng terendam hingga kekuningan.. angkat & tos. Sedia dihidang bersama sos kegemaran.


Selamat mencuba & selamat berhujung minggu

Quote:
REPLY TO ZBSS : TQ dik.. akak cuba2lah merajinkan diri ambik gambar alin & anak2 yg lain tu yer… kita selang selikan gambar makan2 ngan gambar anak2 agar FP ni lebih berseri.... hehe… TQ sudi jenguk FP akak ye dik
REPLY TO KAK RAM : alaa kak... belanja anak2 mkn nasi goreng jer... takdelah mkn mewah2 pun.. hahaha... kalau takat nak belanja akak nasi goreng kat situ anytime jer kak.. jomlah turun PJ


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net