Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 2-Dec-2009 08:45 Email | Share | Bookmark
Pulang Berhari Raya~Aidiladha 2009 ; Bengkang Jawi Kacang Hijau

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua...

Kami pulang ke kampong pada hari Khamis 26hb November lebih kurang pukul 3.00 petang setelah menyelesaikan beberapa tugasan yg perlu diselesaikan.. Perjalanan pulang ke kampong baru2 ni nampaknya tersangkut jammed juga kami.. tapi alhamdulillah.. semuanya selamat walaupun perjalanan lewat 2 jam dari kebiasaan.. kami target boleh sampai kampong dalam pukul 6.30 petang.. rupa2nya lebih dari itu.. terpaksalah berhenti makan di kedai berhampiran simpang Serting dulu kerana perut dah mula berkeroncong.. Akhirnya jam 8.30 mlm baru sampai rumah tokma..

Jom tengok jalan baru di Bukit Putus, Kuala Pilah.. lihatlah bendera Negeri Sembilan berkibar megah sepanjang jalan


Teruja sekali kerana ini pertama kali kami dapat merentasi jalan yang baru dibuka di Bukit Putus, Kuala Pilah Lepas ni.. tak perlu lagilah gunakan jalan lama Bukit Putus yang bengkang bengkok ituu.... Walau apapun.. aku tak pernah lupa kenangan pertama kali melalui jalan lama tersebut iaitu semasa aku bersekolah dalam darjah 4 semasa mengikuti rombongan sekolah ke bandaraya Kuala Lumpur... semasa melalui jalan tersebut.. ramai juga murid2 yang muntah2 disebab mabuk kerana jalan yang bengkang bengkok itu termasuklah aku sendiri.. Maklumlah kan.. budak2 dulu.. antibodi tak kuat.. hehehe.. sekarang ni alhamdulillah.. dah berapa kali lalu jalan tu tak pernah pula mabuk kecuali sekali dulu masa aku sedang mengandungkan Alin...

Tengoklah Alin... bukan main lena tidor dalam kereta atas riba ibu.. Baju yang Alin pakai tu baju yang kak Sha bagi dulu.. dah banyak kali pakai pun.. tapi asyik je lupa nak ambik gambar Sorry ye kak Sha..


(gambar2 yang ada kurang memuaskan.. entah kenapa kamera ni buat perangai lak )

Hmm.. masa raya baru ni.. tak bergambar sangat pun.. naper tah.. macam takde mood jer nak bergambar.. lagipun.. dok kelam kabut dengan anak2.. Alin pulak langsung taknak dengan orang lain.. asyik nak berkepit jer dengan ibu.. payah ibu nak berkepit dengan kamera tengok jelah gambar2 mana yg ada ni yerkk..



Juadah pagi raya kami yang simple... alhamdulillah.. hilanglah sudah rindu & kempunan aku nak makan lontong masakan ma tersayang (bukan kuah lodeh tau tapi kami panggil lontong.. kuahnya ada campur serbuk kari sikit.. dimakan dengan ketupat nasi ) Lain2 menu selain kuah lontong ialah kuah kacang, ketupat nasi segera & ayam masak merah.. semuanya ma yang masak pagi raya tu (kecuali ketupat & kuah kacang yg dimasak malam).. aku tak turun dapur pun pagi raya tu coz aku ambik kontrak iron baju (tak sempat nak iron malam.. coz baru sampai.. badan pun dah letih.. pastu sibuk borak2 lagi kan.. tau jelah sesekali jumpa adik beradik )

Hari raya.. tak berjalan sangat pun.. raya hari jumaat ni biasalah.. takleh leka2 nak beraya coz cik abang nak gi solat jumaat pulak.. kami cuma beraya rumah jiran sebelah jer.. layan sup gear box.. (tp tak amik gambor) pastu malamnya kami pegi rumah pak sedara hubby ku yg juga tinggal di Keratong.. tapi dia dok Keratong 3 Ada ler dua keping gambor yg boleh dipublishkan kat sini.. hehehe.. jadilah wat kenangan Rumah Embong dah siap sepenuhnya.. bukan main lawa lagi.. tp kitorang ni dah biasa kalau dtg mesti lepak kat belakang nak dekat2 dengan dapur.. so ni gambar ambil kat dapur jelah.. hehe.. gambar dlm rumah bahagian depan yg baru siap tak amik pun



Kat rumah pakcik hubby (kami panggil embong) dihidangkan pulut kuning, rendang daging, laksa asam & durian tembaga

Oklah.. itu jelah kot gambar2 raya yg ada.. jadilah daripada takde langsung.. hehehe.. sorrylah sebab itu aje pun yg ada.. gambar2 lain xtvt kami di kampong.. tunggu di lain entry pulak yekk

Ini aku nak tayang eksperimen aku baru2 ni iaitu kuih Bengkang Jawi Kacang Hijau resepi yang ku ambil dari FP Kak Rusnah.. aku buat kuih ni sebelum balik kg dulu lagi.. tp tak sempat nak publish.. aku buat ni sebab terliur dengan kuih yg Kak Rus tunjuk dlm FP dia.. tambah2 pula semua bahan2 pun ada kat rumah.. kira menjadi jelahh kan.. kalau bahan2 takde kat rumah tu.. payah juga ekperimen nak menjadi.. Terima kasih Kak Rus kerana share resepi ni.. kuih ni memang sedapp.. lemak2 manis gitu.. Dini dengan Alin suka.. Haziq jer tak suka.. selera haziq payah sikit nak ramal.. Alin aku suap bahagian yg takde kacang tu.. bukan main lagi dia makan.. suka bebenor..

Kak Rus.. sy copy & paste resepinya kat sini yer.. mintak halal tau..

Quote:
BENGKANG JAWI KACANG HIJAU
Sumber : Kak Rusnah

1 cawan tepung beras cap gajah berbadan ikan (Siam mari) (MaDiHaA guna tepong beras biasa jer)
½ cawan gula putih
½ sudu teh garam
½ cawan kacang hijau tanpa kulit yg telah direbus (rebus dulu baru sukat)
3 cawan santan
1 helai daun pandan

1. Semua bahan kecuali kacang hijau tanpa kulit diadun sebati dan dikacau atas api perlahan bersama simpulan daun pandan. (MaDiHaA kacau guna whisker.. cantik adunan tak bergentel)
2. Kacau lebih kurang 10 minit...bila dekat-dekat pekat...tutup api dan masukkan kacang hijau rebus tadi dan terus dikacau. Buang simpulan daun pandan dan tuang ke dalam acuan yang dilengser minyak (kak rus guna minyak sapi.. MaDiHaA guna minyak masak je)
3. Bakar dalam ketuhar yang 10 minit lebih awal dipanaskan (suhu 175C)....kalau dlm masa 40 minit atasnya masih putih bakar lagi sampai nampak kerak coklat2 gitu.
4. Tunggu sejuk barulah dipotong & hidang sebagai minum petang.


Sekian dulu untuk kali ni.. mohon maaf pada kengkawan yang tertunggu2 entry terbaru yer.. lambat sikit update kali ni sebab aku sibuk sikit kat opis ni.. Hingga ketemu di lain entry..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net