Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Dec-2009 01:25 Email | Share | Bookmark
Makan-makan Bihun Sup Utara.... & Wedding Faxry & Azila

 
 
 
 
 
 
 
 
Salam...

Edisi makan2 keluarga ni dah lama berlalu sebenarnya. Tak silap aku.. Ahad 13hb Disember aritu kot. . Takdelah masak2 apa sangat pun.. just nak tunaikan janji dengan kazenku Nakni nak masak2 untuk dia bila dia dah blk PJ ni.. Dulu aku wat makan2 nasi dagang masa raya aritu dia masih di Penang.. Masa kazen ku Ida (ibu kembar) wat makan2 pun dia tak dapat sertai juga sebab tak dpt balik PJ... jadi hari Ahad tu di sebabkan Nakni sendiri pun off (praktikal).... aku pun masak2lah sikit jemput Nakni sekeluarga dtg makan2 petang tu.... takdelah masak grand2 pun.. dessert pun tak sempat buat.. tapi yang aku masak tu kiranya menu yang semua orang suka termasuk aku sendiri iaitu Bihun Sup Utara.. heheheh.. (ni nak jamu orang ker nak jamu tekak sendiri?? ) Idok ler gitu... hahahah.. actually.. nak juga bagi dorang merasa daging yang ada aku bwk balik dari kg aritu sikit... Biar sama2 dpt merasa... So.. jemput gaklah kazenku Bie & Nasa sekali... kebetulan adik Bie si Wan & isterinya Ida dari Kuantan ada dtg bercuti2 di KL... so jemputlah sekali.... dapatlah Alin jumpa ngan kawan barunya si Afiq (2 pupu ler ni) anak Wan & Ida (Kuantan) (haiiii.. ramai betul keluarga aku ni nama Ida.. mesti ramai yg kompius sebab setakat ni.. ada 2 org nama Ida dalam keluarga aku & 2 orang nama Ida dalam keluarga hubby aku ).. (Sebenarnya.. aku jemput gak Ida (ibu kembar) datang sekali.. tp dia tak dpt dtg coz ada hal lain... aku pun silap gak coz tak jemput awal2.. (sori ye da) ingatkan Ida nak dtg PJ.. sebab boleh di katakan Ida memang kerap dtg umah Sujah). Oh ya.. mlm hari yang sama jugak Ida (adik hubby) pun datang coz masa tu dia baru balik dari Kelantan (yg aku cerita aritu). Dia dtg tu sebab nak hantar ole2 dari Kelantan yg dia belikan untuk kami.. Nak jadi rezeki dia.. dpt gaklah dia merasa bihun sup utara tu..

Resepinya aku cilok dari FP Ida kazen ku (ibu kembar) yang rajin masak itu lerrr.... TQ Ida kongsi resepi abang E ni yekk... Memang sedap & disukai ramai... Sampai tak cukup di buatnya... so masak lagi round ke dua Sementara tunggu sup round ke dua masak... order dulu domino pizza utk dorang tu... (tp gambornya takde sbb jurukamera sibuk ) yup.. seronok sangat-sangat bila tetamu datang berkunjung ke rumah.. rasa meriah sikit rumah aku.. dari petang sampai ke malam juga dorang lepak2 kat rumah.. sambil2 makan sambil layan TV, sambil menyembang & layan juga Sahibba........

Jom tengok kemeriahan kami berkumpul.....

Photo credit to auntie Nakni.... masa ni ibu sibuk menghidang kot ni... auntie2 yg dok layan Alin...


Tetamu menjamu selera... gambar2 kandid jer yg ada... Actually hari tu hubby ku kerja... tu pasal takde gambar hubby enteprem kali nih Bila dia dah balik.. aku pun dah tak ingat nak snap2 pic lagi


Ada gambar Alin dah tukar baju tu.. masa tu baru lepas mandi... dah malam dah masa ni... Alin & Afiq berkenal2an.... Afiq ni anak kepada sepupu aku Wan & Ida (Kuantan).. dengan Alin ni kiranya jadi dua pupu lah ni


Lagi gambar2 kandid... ada antaranya gambar2 yang abang Haziq snap



Ok... habis sudah gambar2 yg ado........... jom tengok resepi untuk hari ni pulak...

Quote:
BIHUN SUP UTARA (kalau nak jamu tetamu ramai2 mcm aku tu.. kena double or triple kan resepi )
Sumber : Ida


Bahan2 utk sup
Minyak (kalu guna cara menumis.. kalau taknak tumis pun boleh)
Rempah tumis (rempah ni boleh dimesin atau tumis kasar ~ MaDiHaA guna kasar2 mcm tu jer sbb takde grinder yg sesuai)
2 ~ 3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1 s/b ketumbar
½ s/b jintan manis
½ s/b lada hitam
3 biji buah pelaga
½ s/b lada putih
(sukatan tu aku main agak2 jer)

Bahan Kisar
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
2 inci halia - dititik atau kisar (MaDiHaA titik jer)

2 batang serai - dititik
1 peket kecil rempah sup adabi (serbuk) ~ campurkan sikit air jadikan pes
1 kg daging (biarkan seketul besar gitu ataupun potong dua bahagian saja)
1/2 kg tulang
1/2 kg perut (jika suka) ~ MaDiHaA tak letak tapi masuk tulang lebih
air utk merebus dan kuah secukupnya
garam & serbuk perasa
serbuk lada hitam secukupnya

Cara2 Membuatnya~ MaDiHaA tak tumis.. daging & tulang tu dah cukup berlemak dah..

1. Jika dibuat cara menumis - panaskan minyak tumis dulu rempah kasar sekejap kemudian masukkan bahan mesin kacau sikit masukkan pes rempah sup kacau lagi.
2. Masukkan serai dan halia kemudian masukkan air kacau jangan bagi berkerak.
3. Masukkan daging, tulang dan perut. Tutup periuk biarkan ia mendidih baru kacau2 sedikit (MaDiHaA tak tutup pun periuk... biar gitu jer.. hehe) Masak sehingga daging empuk. Jika daging masih belum empuk.. tambahkan air (kalau nak cepat tambah air panas mendidih). Jika guna periuk biasa... biasanya ambil masa lebih kurang 2½ jam sehingga 3 jam baru kuahnya sedap. Sekiranya anda mempunyai pressure cooker.. masa merebus lebih singkat .
4. Bila daging hampir empuk.. perasakan dengan garam, serbuk lada hitam & perasa secukupnya.. biar merenih & daging benar2 empuk.. tutuplah api..

Jika dibuat cara merebus - Masukkan air dlm periuk dan segala bahan2 sekali gus dan rebuslah sehingga daging empuk (cara ni tak guna minyak bagus utk org nak jaga badan )

Menyediakan Bihun
1. 1 bungkus bihun/mee hoon direndam dalam air bersama 1 sudu besar serbuk kunyit sehingga lembut kemudian tos kan.
2. Sementara itu didihkan air utk merebus mee hoon.
3. Bila air dah mendidih masukkan mee hoon yg telah ditos tadi dan tutup api.kacau 2 sikit bagi mee hoon masak dgn rata biarkan dlm 3 minit agak2 mee hoon masak jgn terlalu lama nanti terlembik.
4. Tos kan mee hoon sambil dijirus dgn air paip kemudian balik2 kan dan biarkan mee hoon di tos begitu sehingga di hidang. Tujuan buat begini supaya mee hoon tak jadi bergumpal dan mudah utk di ambil atau dileraikan bila nak makan.

Bahan Tabur/ Tambahan Lain
Daging dan perut yg telah siap dipotong kecil2 (Ambil dari dalam kuah sup tadi)
Lobak masin hancur
Bawang goreng (nak sedap goreng sendiri )
Daun sup dan daun bawang di mayang
Sambal Cili

RESEPI SAMBAL CILI
½ cawan serbuk cili babas
½ sudu besar bawang putih dan merah mesin (ambik dr bawang buat kuah sup tadi pun boleh tapi jgn letak halia)
½ cawan air (boleh tambah jika terlalu pekat)
50 gm gula melaka @ gula hitam (MaDiHaA guna gula kabung ajer)
½ sudu besar asam jawa (dibancuh dgn air tadi)
perasakan dgn garam dan tok aji sikit
sedikit minyak utk menumis.

Cara2
1. Panaskan minyak api perlahan, tumis bawang kejap then masukkan serbuk cili kacau jgn sampai hangit.
2. Masukkan air asam jawa, gula melaka, garam & serbuk perasa secukupnya. Kacau hingga sebati jgn ada yg berketul. Biarkan ia pekat kacau2 sikit tapi hati2 sambal ini akan meletup2 mcm masak dodol jadi gunakan api yg perlahan. Rasakan sambal biar secukup rasa.. ada rasa masin, manis & masam... pedas semestinyaa
3. Sedia dihidangkan bersama2 dengan bihun & seangkatan dengan nya



Dah abis dah bab makan2...... kali ni aku masukkanlah sekali gambar bersanding Faxry & Azila yang aku janji nak masukkan dlm entry INI. Inilah dia pengantin baru iaitu abang kawan opis aku si Diana tu... gambar2 ni semua aku cilok dari FB Diana.. (thanks Diana ) Coz masa kami gi kenduri tu.. aku tak ambik gambar satu pun.. hehehe..



Pengantin baru dengan kedua ibu bapa sebelah pengantin lelaki..
Selamat Pengantin Baru buat Faxry & Azila... semoga berbahagia hingga ke anak cucu hendaknya....

Sekian dulu.... jumpa lagi di lain siaran insyaAllah


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net