Want your
own Fotopage?







 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Dec-2009 04:05 Email | Share | Bookmark
Resepi Puding Buah Koktel, Puding Karamel & Cerita Pisang..

 
 
 
 
 
 
 
 
Salammm.....

Saja jer nak masukkan gambar2 masa aku & anak2 lepak2 rumah tokcu (Sujah). Dah janji awal2 dengan Ida nak gi sana... so Jumaat Awal Muharam.. lepas2 org solat Jumaat tu... melepaklah kami kat sana... hubby kerja hari tu.. aku & anak2 jer yg pegi.. Before that sempat gaklah aku wat puding karamel.. Sebenarnya aku wat tu sebab nak bereksperimen dengan resepi coz bebaru ni Sujah ada tanya harga dengan aku sebab ada org (Nutrimetic PJ) nak tempah.. Aku ni mana ler pernah ambil tempahan puding karamel.. tambah pulak Sujah cakap nak dua tray agak2 untuk 45 ~ 50 orang mkn... byk tuuuuu... gelabah jap bila Sujah mintak quotation (pehhhhhh mcm bisnes besar2an jer bunyi nyer ) Aku kata ler kat Sujah.. nantilah aku try wat eksperimen dulu utk agak2 satu loyang tu berapa modalnyer.. Ye ler.. resepi yg aku dok selalu buat tu dpt sikit jer.. so aku pun ejas sana sini resepi sedia ada nak bagi dpt masuk dlm loyang yg besar sikit.. bila dah buat eksperimen dulu tu senanglah nak agak berapa nak cas kan.. Hasil eksperimen tu.. dpt gaklah bwk gi umah Sujah bg org2 kat rumah Sujah tu merasa.. Bila aku sampai umah Sujah.. dia ckp tak jd lak orang tu order puding karamel.. dorang nak tukar ke puding buah koktel pulak.. Kelakar sungguh.. ye ye ler aku ni bereksperimen semata2 nak kira kos.. tup2 tak jadi.. heheh.. tapi tak kisahlah.. sebabnya aku pun dah lama tak wat puding tu.. memang dah lama gak tingin nak mkn.. lagipun hubby & anak2 pun suka gak... kira tu rezeki dorang ler dpt mkn...

Cerita pasal order tu actually order tu bukan hanya pencuci mulut ajer.. tp siap ngan menu utamanya nasi & lauk2 bagai, kuih muih & juga buah2an.. itu semua Sujah ler yg sediakan coz sejak dia dah tak meniaga kat kedai makan.. Sujah aku skrg ni ambil tempahan / katering pula.. aku ni cuma tolong buatkan dessert ajer.. sesambil org kata So jika ada sesapa sekitar PJ yg perlukan tempahan makanan boleh ler roger2 ngan aku.. nnt aku bagi contact no. Sujah

Inilah dia dessert yang aku buat utk tempahan bebaru ni... 2 loyang besar puding buah koktel... pepagi buta sebelum dtg opis aku gi anto dulu puding ni kat umah Sujah.. pastu Sujah ler yg tolong masukkan dlm tray besar & hias dengan buah2an koktel tu... nak makannya pakai sudu2 ajer takde potong2... kiranya ni puding ala2 berkuah ler... (nak buat kuah dengan susu cair agak susah sikit aku nak siapkan.. lgpun susah nak bwk dari rumah kuah2 bagai.. dengan nak dukung dak Alin lagi.. so just tuang buah koktel ngan sirapnya ajelah )


Tak boleh ler puding ni nak posing dengan taburan buah koktel tu coz ni puding tempahan org...
So.. buah koktel posing dlm tin ajelah Terlupa pulak nak tinggalkan kamera suruh Syikin snapkan pic puding yg siap ditaburkan buah koktel yg dah di masukkan dlm tray...

Kalau rasa2 nak try... bolehlah try resepi sempoi aku ni..

Quote:
PUDING BUAH KOKTEL / FRUITS COCKTAIL PUDDING
Sumber : MaDiHaA

(resepi utk 2 loyang 10' x 10')
Bahan2
2 bungkus agar2 strip
2.8 liter air
4 sudu besar tepung kastad
1 sudu besar tepung jagung
(tepung kastad & tepung jagung ni dibancuhkan dengan sedikit susu cair)
1 sudu kecil esen vanila (jika suka)
Gula secukup manis (lupa nak sukat... tp agak2 dlm 3 senduk plus plus kot... not too sure... so rasa2lah ikut selera sendiri)
1 tin susu cair
1 bekas nata de coco perisa asli (toskan airnya)
1 tin buah2an koktel dlm tin

Cara2 membuatnya
1. Basuh agar2 strip kemudian toskan. Masukkan dlm periuk & tuangkan 2.8 liter air dan masak sehingga agar2 larut sepenuhnya sambil dikacau2 sentiasa.
2. Bila agar2 dah larut, masukkan gula. Kacau2 hingga gula larut.
3. Tuangkan susu cair diikut bancuhan tepung kastad & tepung jagung tadi sambil sentiasa dikacau2.
4. Biarkan seketika sambil dikacau2. (rasakan jika suka lebih manis boleh tambah gula) Tutupkan api.
5. Sediakan 2 tray yg sesuai. Tapiskan puding tadi ke dalam acuan. Kemudian masukkan nata de coco ke dalam setiap tray dengan kuantiti sama banyak. Kacau2 sikit nata de coco tadi agar tak berkumpul satu tempat.
6. Biarkan puding sejuk & keras sikit kemudian bolehlah dimasukkan dlm peti sejuk.
7. Semasa menghidang.. tuangkan buah2an koktel bersekali dengan sirapnya..


Ok.. ni ler dia puding karamel eksperimen aku tu... tapi yg aku buat ni agak termanis sikit.. almaklum.. tak berapa reti nak agak.. nak rasa bancuhan tu tak tergamak pulak sebab ada telur mentah tuu

Sapa2 nak try boleh ler try sendiri resepi yg aku bagi kat bwh tu.. resepi yg aku kongsikan ni adalah resepi yg dah di'reduce' kuantiti gulanya berbanding ngan kuantiti gula masa aku wt tu.. coz pd aku memang terlebih manis sikit.. so ku kira elok dikurangkan gulanya..
Kalau rasa2 malas tp teringin nak makan.. tempah jer ngan aku...

Quote:
PUDING KARAMEL
Sumber : MaDiHaA

(untuk saiz loyang 10")
Bahan2 Untuk Karamel
¾ cawan gula pasir
10 sudu besar air panas

Bahan2 Untuk Puding
10 biji telur (ku guna saiz "AA")
1 tin susu cair
¾ cawan gula
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar rata tepung jagung
1 sudu besar rata tepung kastard
(bancuh tepung jagung & tepung kastad ni dengan sikit susu segar kat bwh ni)
150 ml susu segar

Cara2 menyediakannya

1. Masukkan bahagian gula utk karamel tadi ke dalam loyang, ratakan. Panaskan di atas dapur dengan api yg paling kecil. Bila gula mulai menguning, alih2kan kedudukan loyang agar gula hangus sama rata. Bila semua gula sudah nampak warna coklat muda... masukkan air panas perlahan2. (hati2 masa ni takut terkena percikan air gula panas). Kacau2 dengan sudu hingga gula karamel larut bersama2 air. Tutupkan api dan ketepikan.
2. Sediakan bancuhan pudingnya pula. Panaskan susu cair dengan gula bahagian puding tadi hingga gula larut. Tutupkan api. Sementara itu panaskan periuk kukus anda dengan air yg mencukupi.
3. Pecahkan telur satu persatu dlm mangkuk. (lebih elok pecahkan dlm bekas kecil sebiji2 kemudian baru masukkan dlm mangkuk besar sebab takut ada terkena telur yg busuk). Gunakan whisker kacau2 telur hingga rata.
4. Masukkan esen vanila & juga susu yg dimasak bersama gula tadi dan kacau lagi hingga sebati.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung & tepung kastard serta lebihan susu segar & kacau lagi.
6. Tapiskan bancuhan telur ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi. Then kukuslah sehingga puding cukup masak. Cara menguji puding dah masak ke belum.. goyang2kan sikit loyang tu kalau bancuhan still bergoyang sambung lagi mengukus sehingga semua bahagian mengeras.
7. Sejukkan terlebih dulu sebelum di terbalikkan ke dalam pinggan hidangan yg sesuai.
p/s: boleh juga dihidangkan dengan buah2an koktel ataupun buah laici dalam tin



Ni pulak gambar2 pokok pisang yg lebat berbuah kat belakang rumah Sujah.. menariknya sebab pokok pisang ni sangat rendah & rendang . Sujah kata bolehlah tebang hari tu sebab anak2 sedaranya ada dtg hari tu.. lgpun buahnya pun dah mula menguning... Aku dah lama dah geram tengok pokok pisang tu.. Sebabnya pokok pisang tu comel sangat Rendahhhhh jer.. tak taulah apa ke nama pisang ni.. ada gak dengar nama pisang serendah.. tapi tak taulah ini ker jenisnyer sebab aku tak berapa pakar sgt pasal pisang2 ni... Jom tengok gambar


Sebelum pokok pisang dipotong (ditebang) oleh tok mudim.... kita posing2 dulu depan pokok pisang yang cute ni..
Actually buah pisang tu dah kena ambil sikit pada pokok tu sebab Sujah nak bagi pada sepupu aku Wan (yg ada dlm entry bihun sup) yang dtg bebaru ni.. Maknanya tandan pisang tu dah kurang sikit ler tu.. kalau tak mesti nampak lagi lebat buahnya


Posing tokcu jangan tak posing..... Ida pun ada tu memang kitorang dah janji nak jumpa2an kat sana..


Mirul & tokcu Khaty ler yg jd tok mudimnyer Tokcu siap tukar kain batik lagi takut seluar putih dia kena getah pisang.. kalau kena akibatnya abis ler lebammm

Abis sudah cerita hari ini.................


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net