Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Dec-2009 07:57 Email | Share | Bookmark
Karipap Tempahan, Resepi Lauk Pauk & Kera di Bukit Gasing, PJ

 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum...

Jumaat baru2 ni sempena cuti krismas Laily jiran depan rumah tempah karipap 50 biji untuk majlis harijadi anak sedaranya.. Mula2 macam malas juga tu nak membuatnya... tapi kalau tak buat rasa kesian pulak kat Laily.. lagipun dah lama dah Laily dok tanyakan karipap frozen.. tp aku jer yg tak sempat nak buat.. bila dok fikir2 sebab hubby pun cuti.. terima jugalah tempahan Laily... Setengah hari jugalah aku dok menggentel karipap sorang2.. buat terus 1kg tepong.. alhamdulillah sempat siapkan spt dijanjikan iaitu lepas solat Jumaat... anak2 semua hubby yg settlekan.. siap dia yg mandikan Haziq & Alin... pastu siap dia jugak yg goreng mee... al maklum ibu dok kyusuk sangat mengelim karipap.. mana boleh tinggal... kalau nak buat lain2 kerja ada yg tak siap karipap ibu.. Sedang elok hubby nak gi solat Jumaat.. karipap pun semua dah siap kelim.. tinggal goreng jer.. gi anto umah Laily pun panas2 lagik.. T.kasih ye Laily coz sudi tempah dengan kita... harap2 menepati citarasa... & T.kasih juga buat abang coz sanggup tolong jaga anak2 hari tu....


Dah lama sebenarnya aku tak buat karipap ni sejak2 lepas raya lagi.. Sujah suruh juga buat untuk frozen sebab Imran yang selalu ambik kuih frozen tu memang nak stok banyak.. tapi aku yang tak sempat nak buat.. karipap ni pulak kerjanya renyah sikit... nak kena concentrate betul2 kalau nak buat.. yelah.. mana ler sempat kalau dah ada budak kecik yg nak kena 'gentel'.... tambah2 skrg ni dia tidor sekejap2 jer tak mcm dulu... mmg payah ler...

Gambar2 kat bawah tu masih hari yang sama juga.. sebab hubby pun cuti, petang tu bawak ler anak2 keluar rumah.. bawak ler dorang pegi Bukit Gasing bagi makan kera kat situ... Bukannya bagi makan apa pun.. sebenarnya kat rumah tu ada banyak lebihan kuih raya dalam balang yang tak terabis.. (tu yg malas nak buat kuih raya byk2 sbb selalu jer tak abis ) so daripada membazir... baiklah bagi monyet2/ kera2 tu makan... ada gak faedahnyaa Haziq penakut dok dalam kereta jer masa kera2 datang kerumun nak ambik kuih... Kakak Dini ngan hubby jer yg berani bagi.. aku dukung Alin sambil jadi jurukamera jer... Masa ni dah petang sangat2 dah ni.. dah dekat senja dah pun.. tu yg gambar pun lain macam sikit warnanya coz gambar asal gelap sikit... aku dah edit2 bagi cerah sikit... walaupun dah lewat petang tapi masih ramai lagi org lain kat situ yg sama2 melihat gelagat kera2 yg ada kat situ.. Kat sini memang banyak sangat kera2 liar berkeliaran.. Selalu juga dengar rungutan penduduk kat situ yg kera2 tu masuk cari makan kat dapur dorang.. Selain dapat melihat kera2 liar tu.. kat situ pun popular sebagai tempat riadah, berjogging, hiking & trekking.. atas puncak tu pulak ada kuil India... & ada juga trek hiking untuk sapa2 yg minat jungle trekking atas bukit dlm hutan berhampiran.. kalau nak tengok.. boleh tengok kat FP Feqah coz dia dah pernah pegi situ.. Sujah & anak2nya pun pernah gak jungle trekking kat situ.. aku jer yg lom berkesempatan lagi.. masa aku zaman anak dara dulu kerap jugak panjat Bukit Gasing tu tapi setakat berjogging ajelah...(masa tu tak tau lagi ada trek jungle trekking kat situ sebab masa tu aku baru je dtg PJ lom tau lagi selok belok semua tempat kat sini ) Selalunya anak2 Sujah ler jadi mangsa peneman aku sapa lagi kalau bukan Syikin & Naknie.. masa tu dorang masih sekolah rendah lagi.. hehe.. Kadang2 berjanji dengan Kak Ramlah jogging sama2 ngan dia kat atas bukit tu.. Masa tu Kak Ramlah masih tinggal kat PJ lagi.. Ada sekali tu kitorang nampak kru penerbitan buat penggambaran video klip kumpulan Slam... sempatlah jeling2 juga dah la aku ni memang peminat kumpulan Slam hahaha... kenangan manis sungguh... Eh!! Oklah dah merapu2 pulak aku.. biasa ler kan.. kaki merapu..

Tengoklah gambar2 yg ada ni...







Ok habis dah gambar2 kera & cerita merapu2 aku... Kita tengok gambar lauk pauk pulak... resepi sempoi aje ni... kalau rasa teringin nak mencuba silalah yekk

Selalu dok beli sotong kadang sampai dah tak tau nak masak apa dahh.. asyik2 wt sambal tumis, goreng or campur dlm tomyam... kali ni ubah selera wat sambal berkari pulak
Quote:
SOTONG SAMBAL KARI

1 kg sotong saiz sedang/kecik (bersihkan & tak perlu kerat biar sekor2)
1 senduk besar bawang besar + bwg putih kisar
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
5 sudu besar rempah kari ikan (campur sikit air jdkan pes bersama serbuk cili)
1 sudu besar serbuk cili babas
1 tangkai daun kari
1 keping asam keping
minyak untuk menumis
garam, gula & serbuk perasa secukupnya
air (jika perlu)

Cara2 Menyediakan
1. Masukkan sotong dlm kuali tanpa minyak.. & masak kejap biar air sotong terbit. Angkat sotong, tos dan ketepikan.
2. Dalam kuali lain.. (atau basuh kuali tadi) panaskan minyak secukupnya lalu tumiskan bawang2 kisar hingga wangi. Masukkan daun kari, pes rempah kari & serbuk cili lalu tumiskan hingga wangi & agak garing.
3. Masukkan sotong & semua bahan2 lain dan kacau sebati. Jika terlalu kering boleh tambah sikit air jika suka berkuah.. rasakanlah apa yg kurang.. Sedia dihidangkan..


Lauk hati ni dah pernah masak dulu2... tp takperlah.. kita ulang tanya resepi
Quote:
HATI MASAK KICAP BEREMPAH
Sumber : SIL

Bahan2
1/2 kg hati lembu - dipotong kecil
1 s/b ketumbar - disangai (boleh ganti dengan serbuk tak perlu sangai)
½ s/b jintan manis - disangai bersama ketumbar tadi dan ditumbuk halus (boleh ganti dengan serbuk tak perlu sangai)
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
1 cawan air
sedikit serbuk kunyit
garam secukupnya
serbuk perasa (jika suka)
gula (jika suka)
kicap manis secukupnya
1 keping asam gelugur
daun sup utk hiasan
minyak utk menumis

Bahan2 kisar
1 biji bwg besar -
2 ulas bwg putih -
1 inci halia
8 biji cili kering - rebus dan tos

Cara2
1. Hati digaul dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Masukkan dlm kuali tanpa minyak dan masak sambil dibalik2kan hingga air yg terbit jadi kering . Bila dah kering (hati masih dlm kuali yg sama) masukkan 1 senduk besar minyak masak dan goreng hati agak2 setengah garing dan angkat lalu ketepikan dahulu.
2. Masukkan minyak secukupnya dlm kuali yang lain (nak guna kuali sama pun boleh.. tambah sedikit sj minyak ). Lalu tumiskan bahan2 kisar dan juga rempah yang ditumbuk hingga garing dan wangi.
3. Masukkan kicap secukupnya, asam keping dan air. Biarkan mendidih lalu masukkan hati yg digoreng tadi, gula & serbuk perasa. Masukkan bwg besar hiris.
4. Biarkan agak kering sedikit sambil dikacau2. Rasakan garamnya.. jika tak cukup masin bolehlah ditambah garam.
5. Hidangkan dan hias dengan hirisan daun sup / daun bawang jika suka.



Sebelum terlupa... ingin juga aku ucapkan kepada semua pengunjung FP ku ini SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010.... semoga tahun baru kali ini kita akan gandakan lagi usaha dlm mencapai apa juga impian yg belum terlaksana di tahun2 yg sebelumnya.... Kepada yang sudah mencapai impian & azam yg di buat di awal tahun 2009.... TAHNIAH DIUCAPKAN.. so tahun 2010 ini bolehlah mulakan azam yang baru pulaaa

Sekian dulu celoteh pagi Rabu..........
Semoga dipanjangkan usia & dapat berceloteh lagi di tahun hadapann
Hingga jumpa lagi di tahun hadapannnnn..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net