Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Jan-2010 04:41 Email | Share | Bookmark
Birthday Twin Atiqah & Syafika

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum buat semua...

Hari ni ku masukkan entry birthday twin anak kazenku Ida yg berlangsung pada hari Ahad, 27hb Disember 2009.... Hari tu genaplah 3 tahun umur twin Ida yg comel2 ni.. Majlis diadakan di rumah makcikku Sujah di PJ. Lokasi ini dipilih atas beberapa faktor.. yg pertama nak memudahkan kazen2 lain dtg sebab kat rumah Sujah ni kiranya berada dekat dengan semua org.. (Tp sayang sekali.. ramai pulak kazen2 yg tak dpt dtg atas sebab2 tersendiri yg tak dpt dielakkan iaitu adikku angah & juga kazenku Bie & Abg Gee ) Faktor lain kerana inginkan ruangan yg lebih luas & selesa gitu.. senang anak2 nak main sebab hanya rumah tokcunya ada laman... so.. bolehlah kita buat kat open air K lah.. layan gambar2 pulak sambil2 bercerita serba ringkas..


Ini kek besday twin yang dibuat sendiri oleh ibunya Ida yang rajin masak2 & mem'baking' ittew...


Tetamu istimewa yang datang dari jauh sekali (Kuala Selangor) ialah seorang kawan cyber iaitu Hanaz sekeluarga... Seronok sangat jumpa dengan Hanaz ni... peramah sungguh orangnya.. so sebelum acara bermula.. sempatlah kami berdua posing2 sebagai kenangan... gambar kanan sekali tu ialah mama Ida yg dok dukung 2 orang cucunya.. hehe.. Alin & Biesya (anak adik ida). Sebenornya Alin tu just cucu sedara je ler... takperlah.. kira cucu gaklah tu kan..



Inilah dia twin Ida... Atikah & Syafika... mula2 aku tengok twin Ida ni dulu agak payah juga nak kenal mana satu kakak mana satu adik.. tp skrg ni dah boleh cam yg mana satu kakak & adik.. cuma aku selalu terlupa yg kakaknya nama apa, adik nama apa.. jadi aku selalu panggil kakak & adik jelah.. hehehe...


Menu2 yang dihidangkan... nasi kerabu T'ganu, ketupat palas & rendang ayam... tu gambar2 sambal, cili & ikan masin bagai untuk nasi kerabu terlupa pulak nak amik... Menu2 hari tu memang sedap banget... menu2 semua disediakan oleh Moksu (mak Ida) & kru2nya yg ada pd hari tu... aku idok ler dtg menolong pun.. dtg makan jer.. (bertuah betul anak sedara.. ) Bukan apa... badan letih sebab hari sebelumnya tu sakan berjalan ke Mines & Klang.. pepagi tu biasalaa.. sibuk wat keje umah dulu sikit2.. tu yg dtg pun dah lewat... dtg2 jer org dah siap masak dah..



Antara yg sempat diabadikan pd hari tu... bergambar juga dengan ayahwe (pakcik ku = ayah Ida)... satu2nya adik lelaki arwah ayahku... anak2 aku panggil to'ki we... Ini jelah to'ki yang masih ada......... kedua2 to'ki betul dah takde... jadilah dpt menumpang kasih dengan to'ki wenya...
(Harap maklum.. latar belakang tu ngan periuk besor bagai tu sebab tuan rumah ni kalau ada catering masak memasak memang dia masak kat situ (siap ada dapur kat tepi tu..) tu pasal yg boleh nampak mcm2 brg tu... )


Pada hari yang sama... sambut sekali besday adik Ida iaitu acik yang jatuh pada 29/12.. selang 2 hari jer... aku selalu panggil Nor jer.. kadang panggil Mariah..


Gambar Sujah & anak2 daranya berposing... actually masa aku & Hanaz sampai tu.. tuan rumah (Sujah sekeluarga) takde kat rumah sebab ada jemputan kahwin... so masa tiup2 lilin kembar tu kiranya tuan rumah takde sama ler... ini gambar selepas tuan rumah baru balik dari kenduri kawin.. elok jer Hanaz balik.. dlm 2 minit lepas tu.. Sujah pun balik dari kenduri tu... tak sempat ler Sujah berjumpa dengan Hanaz....


Ini gambar diambil sebelum kami semua berangkat ke Midvalley Megamall............ sempat lagi tu bergambar ramai2.. hehehe.. bukan senang nak berjumpaan mcm ni... inipun belum semua yg berkumpul.. mana yg ada jer..


Akhir sekali.. saja jer masukkan gambar Alin ni... entah apa yg ditenungnyer... gambar dari kamera auntie Nakninya... Tq Nakni...

Jika nak tengok & baca cerita pasal twin versi ibunya pula.. bolehlah klik kat FP Ida ibu twin ni

Oklah.. ini saja yg dpt dipaparkan pd hari ni.......
Terima kasih buat semua...



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net