Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Jan-2010 01:23 Email | Share | Bookmark
Ayam Cendawan Sos Tiram & Order Krimpuff & Award dari Ezza

 
 
Salam pagi Jumaat...

Terima kasih kepada semua yang telah memberi komen & pandangan dalam entry Makan2 @ Muara Ikan Bakar, Port Klang yang lepas... Kita tutup sajalah kisah 'geram' di tempat kejadian tuh..hehehe... arini meh ler tengok resepi pulak yer.. dah lama benor rasanya tak masuk resepi dalam FP aku nih... almaklum.. dah lama tak berkesempatan nak bereksperimen... masak hari2 pun just lauk2 simple ajer..

Ok.. resepi ni actually dulu dah pernah masukkan dah. Tapi gambor yg masuk dulu tu takde daya penarik, gelap & kelam ajer.. maklumlah kan.. mula2 buka fotopages dulu gambor2 semua ambil dari handphone 2 megapixel jer.. makanya org tengok pun tak tertarik Kalau tak percaya cuba tengok sini.. Skrg ni aku masukkanlah gambor yg lebih elok & menarik sikit.. mungkin sikit sebanyak ada juga yg sudi2 mencuba.. Actually ni salah satu lauk kegemaran kami sekeluarga terutamanya anak2 sebab lauk ni tak pedas.. jomlah tengok.. kalau sudi bolehlah cuba...


Quote:
AYAM CENDAWAN SOS TIRAM
Sumber : MaDiHaA

Bahan2
8 - 10 ketul ayam (atau setengah ekor ayam bersaiz besar ) - dipotong kecil2 - bersihkan dan tos
5 s/b tepung jagung
3 s/b tepung gandum
lada sulah, sos tiram & kicap pekat secukupnya utk memerap ayam
1 tin cendawan butang saiz besar dalam tin - belah 4 atau dihiris2 ke 5 kepingan
1 btg carrot saiz kecik - potong memanjang atau saiz kesukaan
1 biji capsicum - didadu kasar
5 biji cili kering - bersihkan potong2 menjadi 1 inci panjang
1 s/b tepung jagung + 2 cwn air - dibancuh
5 s/b sos tiram (atau lebih)
1 s/b kicap pekat
1 s/b kicap manis
lada sulah secukupnya

Bahan2 Ditumbuk Lumat
8 - 10 ulas bawang putih
5 inci halia - hiris nipis dan tumbuk halus


Cara2 Memasak
1. Ayam di gaul dengan 1 s/b bwg putih+halia tumbuk tadi. Masukkan 5 s/b tepung jagung, 3 s/b tepung gandum, lada sulah, sos tiram & kicap pekat sket. Gaul rata dan perap sebentar.
2. Goreng ayam hingga masak. Jangan panik yer.. ayam bila dah kena goreng warnanya bertukar agak gelap. Tapi tu tak beerti ayam tu hangus. Sebenarnya itu adalah tindak balas warna tepung yg dah digaul sos tiram & kicap pekat tadi. Ok selepas menggoreng ayam.. boleh terus gorengkan cili kering tadi sebentar & ketepikan dulu kedua2nya.
3. Dalam kuali lain panaskan minyak dan tumiskan bwg putih + halia tumbuk tadi hingga berbau wangi. Masukkan air tepung jagung tadi. Biarkan mendidih. Masukkan juga lada sulah, 1 s/b kicap pekat, 1 s/b kicap manis & 5 s/b sos tiram. (atau secukupnya)
4. Kacau rata kemudian masukkan carrot & cendawan butang. Biar kejap hingga carrot agak2 lembut.
5. Masukkan capsicum. Perlahankan api.
6. Last sekali masukkan ayam goreng dan cili kering goreng tadi sambil digaul rata dengan sos tadi hingga agak kering.
7. Rasakan masinnya.. biasanya tak perlu tambah garam sebab memadai dengan sos tiram & kicap2 tadi.


Selamat Mencuba

Ok.. ni pulak saja nak enterprem gambor krimpuff yang dibuat baru2 ni.. request dari Sujah (Catering) untuk order Persatuan Penduduk Seksyen 3 PJ bagi majlis mesyuarat tahunan persatuan. Yang lain2 spt bihun goreng, karipap & minuman Sujah yg sediakan.. aku cuma buat krimpuff jer..



Ohhh!! Sebelum terlupa.. aku tepek juga award dari Ezza yang ku dapat kerana menjadi komentar ke5 di FPnya
Mekasih Ezza................ len kali aku copot lagi tauuu



Ok semua.. itu saja untuk hari ni...



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net