Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Jan-2010 02:35 Email | Share | Bookmark
Lauk Pauk Sempoi ku.....

 
 
 
 
Lagi lauk pauk sempoi ku.............. biarpun sempoi tapi menyelerakan... sila2lah tatap & mencuba jika sudi

Quote:
AYAM GORENG RANGUP

Bahan2
½ ekor ayam ~ potong saiz kesukaan, cuci bersih & tos
minyak masak utk goreng terendam

Bahan Perap
garam secukupnya (jgn byk sgt sebab ada sos tiram)
2 s/k serbuk kunyit
2 s/k serbuk kari ayam
2 ulas bawang putih ~ ditumbuk halus
1 inci halia ~ ditumbuk halus
2 biji cili padi ~ ditumbuk halus
1 sudu besar sos tiram

Bahan Salut
Tepong jagung secukupnya

Cara Menyediakan
1. Gaulkan ayam bersama bahan2 perap sehingga rata. Perapkan anggaran 20 minit.
2. Panaskan minyak dengan api sederhana. Bila minyak cukup panas. Ambil seketul ayam lalu dibalik2kan ke dalam tepong jagung agar seluruh ayam dilitupi tepong. Terus masukkan ke dalam minyak yg panas. Ulangi proses yg sama.
3. Bila ayam garing kedua2 belah, angkat & toskan.
4. Ulangi menggoreng ayam sehingga habis.



Quote:
LABU AIR GORENG PEDAS

Bahan2
1 biji labu air (saiz sedang)
1 keping dada ayam ~ potong dadu
Minyak utk menumis
garam & perasa (jika suka)
air secukupnya utk melembutkan labu

Bahan2 Tumbuk
1 sudu besar udang kering
1 biji cili merah
5 biji cili padi
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara2 Menyediakan
1. Kupas kulit labu, cuci getahnya & potong saiz kesukaan anda.
2. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi & agak garing. Masukkan ayam & kacau rata.
3. Masukkan labu & juga air biarkan hingga labu lembut sambil sesekali dibalik2kan. Elok ditutupkan kuali dengan penutup periuk agar labu cepat lembut.
4. Perasakan dgn garam & penambah perisa. Sedia dihidangkan.



Bawah ni sambal feberet hubby........... memang dia punya resepi pun.. aku tukang masak jer..
Cili padi tu... aku guna cili padi yang Hanaz bagi aritu.... last kopek.. yg sebelum2 tu dah guna utk nasi goreng beberapa kali & masak lemak ikan merah... TQ Hanaz.. seminggu akak tak beli cili padi tauu..

Quote:
SAMBAL TUMIS BELACAN BILIS & PETAI

Bahan2
1 mangkuk sedang ikan bilis siap kopek
2 - 3 papan petai ~ kopek & belah 2
2 biji bawang besar ~ mayang bulat
2 ulas bawang putih ~ hiris
20 - 40 biji cili padi (bergantung saiz cili padi & bergantung pedas yg anda suka ~ sila lihat gambar)
1 peket belacan (spt dlm gambar)
1 sudu besar asam jawa
1 cawan air (bancuh asam jawa dengan air ini)
aji secukup rasa
1 sudu besar gula
*tak perlu tambah garam*
minyak masak secukupnya anggaran setengah cwn


Cara2
1. Tumbuk cilipadi hingga lumat. Campurkan belacan dan tumbuk hingga sebati cilipadi & belacan.
2. Panaskan minyak, gorengkan ikan bilis sekadar lembut (tak perlu garing). Masukkan petai dan goreng lagi hingga petai nampak layu.
3. Masukkan bawang putih & bawang besar mayang. kacau2 hingga nampak bawang layu.
4. Masukkan cili & belacan tumbuk tadi dan goreng lagi hingga naik bau.
5. Tambahkan air asam jawa, gula & aji. Kacau2 hingga sebati. Biar seketika & bolehlah ditutupkan api dan hidang dengan nasi panas2 bersama ulaman & ayam goreng rangup kat atas tu pun dah memadai


Selamat mencuba.........




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net