Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Feb-2010 04:13 Email | Share | Bookmark
Kek Hari Jadi buat Haziq...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Besday Haziq baru2 ni.. sempatlah ibu buatkan 2 biji kek untuknya. Sebiji buat untuk dia potong kat rumah Cik Ani pengasuhnya & sebiji lagi buat untuk potong kat rumah auntie2nya.. (umah makcik ku ler.. umah sapa lagi kan..hehe).. kalau potong kat rumah sendiri mana nak meriah dok kelip2 mata anak beranak ajer ... Sebenarnya takde perancangan pun nak buat sebarang majlis.. Itupun mula2 ingat nak buat kek sebiji jer nak potong2 kat rumah Sujah jer.. tapi disebabkan Cik Ani dah belikan hadiah untuk Haziq 2 ~ 3 hari lebih awal.. ibu pun tak sedap hati.. wat2 rajin ler menggodek kek & bawak gi rumah Cik Ani pagi Jumaat (hari besday dia) tu. Sib baik ler auntie Naknie nak tidor kat rumah mlm tu coz Jumaat auntie Naknie cuti praktikal.. dapat ler ibu buat kerja dgn lancar sebab auntie tolong jagakan adik Alin & tolong tengok2kan kakak Dini buat kerja sekolah.... sesekali ada gak ler auntie Naknie tolong mana2 yang patut kalau ibu sorang2 nak menyiapkannya tak tau kul berapa ler siapnya tu.. ye ler... buat kerja kalau ada benda lain nak kena layan memang akan jadi lambat.. so.. ada yg sudi membantu ni.. bolehlah cepat sikit siap.. siap2 deko serba ringkas.. pukul 1.30 pagi gakk siapnyer..

Berbalik kisah kek yg aku bawak pegi rumah Cik Ani pagi Jumaat tu.. rupanya Cik Ani suruh potong petangnya ajer.. lagipun katanya dia takut tak sempat nak layan.. (mula2 aku ingat nak suruh dorang jer potong & aku tak join) skrg ni anak-anak asuhan Cik Ani dah semakin bertambah. Memang aku tak pernah cerita pasal ni.. bukan dah taknak cerita pasal perkembangan semasa tapi tak sempat nak bercerita sangat dah skrg ni.. bz sokmo.. hehehe.. Skrg ni anak2 jagaan Cik Ani ada 5 orang semuanya termasuk Haziq & Alin.. Tak kisahlah tu.. asalkan Cik Ani dapat jaga budak2 tu dengan elok aku tak ambil kira sangat. Ok berbalik kisah kek tu.. Cik Ani sarankan aku bwk gi opis dulu kek tu & potong petang nanti.. Bukan apa.. kalau tinggal kat rumah Cik Ani karang.. ada yg lunyai dikerjakan dek Haziq kek tu.. Habis kerja aku pun bwk ler naik semula kek tu ke rumah Cik Ani di tingkat 4 tu.... sekali bila masuk rumah tengok2 Cik Ani dah siap bentang tikar bagai.. pastu atas meja nampak ler pinggan2 bersusun.. alamakk..! Terus aku tanya Cik Ani.. "Cik Ani masak2 ker??" Bila aku gi dapur aku tengok Cik Ani dah siap goreng bihun, nugget & juga kentang goreng.. aduhaiii.... betul2 buat aku malu sendiri.. ye ler.. anak aku yg nak sambut besday.. tapi pengasuh pulak yang sibuk masak2.. Aku ni sebenarnya tak sangka langsung Cik Ani nak masak2.. yelah.. dah dia sibuk dengan nak jaga 5 org budak2 termasuk 3 baby lagi tu.. Baru aku tau rupanya.. dia dah berpakat ngan Kak Wan (jirannya) nak masak2 semua2 tu.. Kak Wan jugalah yang tolong pegi kedai belikan barang2 bagai utk masak2 tu.. aduhhhh.. menyusahkan dorang betul ler... Yang aku pulak dah kalut tak tau nak buat apa dah. Call ler hubby kat rumah yg sedang tidor coz dia kerja shift malam hari tu.. ingat kalau rajin nak suruh dia dtg.. tp hubby aku tu biasalah kalau kerja mlm minta maaf ler dia nak kemana2.. pastu aku just ckp jelah aku balik lewat petang tu coz Cik Ani siap masak2 nak sambut besday Haziq. Kakak pun aku tak sempat nak amik kat sekolah.. kalau nak ambik dia dulu jalan nak dtg balik ke rumah Cik Ani tu memang jem giler.. so mintak tolong Acu jemputkan dulu coz aku jd lambat ler dah nak potong2 kek & makan2 lagi.. Masa aku nak call hubby tu baru aku perasan Cik Ani sms suruh aku pegi beli air batu.. hehehe.. aku pun turun semula & gi kedai beli air batu & juga beli 3 paket air solivite... Maka berlangsung ler majlis potong2 kek & juga makan2 yang di sponsor sepenuhnya oleh Cik Ani.. (bila aku kata aku nak bayar apa yg Cik Ani masak tu... Cik Ani marah2 kat aku ) Memang aku tau Cik Ani sayang sangat kat Haziq.. memang dari dulu dia tak pernah berkira dengan Haziq.. apa yang dia takbelikan utk Haziq.. botol susu? baju? mainan? selipar? banyak kali dah Cik Ani belikan.. Belum masuk bab2 makanan sepanjang Haziq dok umah dia lagi tuu...Aku pulak yang naik segan ngan Cik Ani..

Oklah.. jom tengok gambar2 yang ada...

Haziq sambut besday bersama teman2 sepermainannya & juga anak2 jiran Cik Ani.. Alisa yang berbaju pink tu pun anak asuhan Cik Ani jugak. Yang tukang nak pasang lilin tu salah sorang anak kembar Kak Wan. Masa ni kakak Dini masih kat sekolah belum habis kelas lagi..



Cik Ani (yang Haziq panggil mak) suap kek ke mulut Haziq Gambar ibu takde yer.. coz ibu yg jd jurugambar


Cik Wan, Kak Baini & Cik Milah pun ada.. (Cik Milah tu mama si Alisa tu ) Kakak Syikin kawan kakak kembar pun dtg.. dorang nilah yang suka melayan anak2 aku time dorang takde aktiviti kat sekolah petang2 tu..


Apak pun sanggup balik awal hari tu sebab nak sambut besday abang Haziq


Inilah dia hadiah besday abang Haziq yang mak (Cik Ani) bagi.......... basikal besar tu.... Basikal yang ayah beli dah nampak kecik dah sebab ada basikal yang lebih besar ni Terima kasih banyak2 buat Cik Ani kerana susah2 belikan hadiah untuk Haziq ni.. tak terbalas rasanya apa yg Cik Ani bagi pd Haziq..


Bukan main seronok lagi melayan basikal baru.. Gambar2 ni sebenarnya gambar sebelum hari besday tu lagi.. coz Cik Ani dah beli awal2 lagi basikal ni...


Ok.. habis dah gambar2 kat rumah Cik Ani.. ni gambar2 Haziq potong kek kat rumah auntie2nya pulak.. Potong kek ni pada hari Ahad baru2 ni.. Ibu nak buat kek untuk hari Sabtu tu tak sempat sebab ibu ada tempahan dari Sujah Catering untuk pagi Sabtu tu (nnt masuk dlm entry akan datang pasal tempahan tu.. )

Hanya potong2 kek ajer.. takde masak2 apa pun.. just belanja auntie2 mkn kek jelah.. kekeke.. tapi masa kitorang sampai rumah Sujah tu.. Sujah dah siap masak2.. & baru nak makan.. langkah kanan ler kan.. siap ada ikan bakar lagi.. yum yum Lepas makan nasi.. barulah potong kek.. kali ni barulah kakak & ayahnya ada sekali.. itupun puas berpujuk ajak ikut sekali.. tak lama kat rumah Sujah ni coz ayahnya nak balik tidor lak.. keja malam ler katakan Orang lain cuti hari Ahad dia kerja gak..



Haziq buka hadiah yang ayah & kakak Dini bagi.. disebabkan Cik Ani dah belikan basikal utk Haziq.. ayah dia belikan helmet beskal jelahh Kakak Dini pulak belikan set alat tulis jer coz abang Haziq skrg ni asyik kacau kakaknya aje tiap kali kakak nak wat kerja sekolah.. Ibu bagi hadiah apa?? Ibu tak beli hadiah2 pun.. ibu just buatkan 2 biji kek tu jer.. tu kira hadiah gaklah kann Oh ya.. sebelum terlupa.. terima kasih jugak pada acik2 yang bagi hadiah berupa RM pd Haziq... mekasih laa Baini (Haziq panggil kak Beni), Laily & auntie Liza... wat susah2 jer bagi2 duit2 bagai.. bukannya buat majlis apa pun.. Wat segan aje tauuu

Huhh.. panjang betul entry kali nih.. ok terus ke resepi pulak yer.. kali ni aku share resepi kek yang aku buat untuk besday Haziq ni... Resepi ni aku ambil dari FP MamaFaMi.. dengar2 mama cakap resepi ni dia ambil dari FP Zack (Zakiah & Zairul)... bila aku dok telek2 rupanya ada sedikit persamaan dengan resepi Bro Rozzan.. cuma bezanya Bro Rozzan gunakan sukatan oz & mama gunakan sukatan dlm gram... so aku tak pasti siapa empunya sebenar resepi ni... apa2pun.. aku berterima kasih pada semua yang terbabit.. terutama MamaFaMi, Zack & juga Bro Rozzan.. million thanks to all of u.. Siapa2 yang rasa ni resepi mereka sila angkat keyboard

Quote:
RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Sumber : MaMaFaMi, Zack, Bro Rozzan (thanks to all)


BAHAN A:
170gm butter
300gm gula castor
3 biji telur

BAHAN B :
2 tsp serbuk nescafe segera
1 tbs air suam
1 tsp esen vanilla
1 tsp choc emulco

BAHAN C :
225gm tepung gandum
65gm serbuk koko
1/2 tsp garam halus
1 tsp soda bicarbonate
1 1/2 tsp baking powder

180ml air sejuk dari petiais

CARA-CARA:
1. Gunakan mixer dengan kelajuan tinggi, putar Bahan A sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu dan terus putar.
3. Campur sebati semua bahan B dan titiskan ke adunan butter tadi. Putar seketika dan hentikan putaran.
4. Ayak Bahan C. Masukkan berselang-seli dengan air sejuk bermula dengan tepung dan berakhir dengan tepung. Gunakan spatula untuk mengkaup balik adunan. Jangan putar.
5. Alas dan gris loyang bulat 9". Bakar pada suhu 175 darj cel selama 40min atau sehingga kek masak.

TOPPING
1 tin susu pekat
90gm serbuk koko
100ml minyak jagung atau butter cair
1 tsp esen vanilla

Di dalam periuk, panaskan susu sebentar. Ayakkan serbuk koko ke dalam susu, terus kacau rata. Masukkan minyak/butter cair dan vanilla. Kacau sehingga rata dan berkilat, lebihkurang 5 minit. Biarkan suam baru tuang atas kek yang telah sejuk. Hias ikut suka.




Kek2 ni semua deko 'bodoh2 jer'..... almaklum.. aku ni bukan pakar deko2 kek ni... malu kat sifu2 deko kek.. Jadilah kan.. utk makan sendiri...

Ok.. jumpa lagi di lain siaran..



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net