Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-Feb-2010 02:23 Email | Share | Bookmark
Tempahan

 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua..

Kali ni seperti yg dijanjikan dlm entry yg lepas.. aku nak masukkan gambar2 makanan yg ditempah oleh pihak masjid melalui Sujah Catering untuk majlis/ kursus pengurusan wang yang dianjurkan oleh AKPK & Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer, Petaling Jaya yang di adakan pada hari Sabtu yang lalu .

Alhamdulillah.. Jumaat malam sabtu tu selepas pulang dari rumah Cik Ani utk majlis harijadi Haziq.. lepas siap2kan diri, masak2, makan & tidorkan Alin.. aku sempat gak siapkan 2 tray puding marble pelangi @ rainbow marble pudding Hampir kul 2 pagi gak baru dpt tidor sementara nak tunggu puding sejuk sempat aku prepare roti untuk dibuat sandwich keesokkannya. Just sapu marjerin & potong tepi2 roti jer.. inti sandwich awal pagi esoknya baru prepare.. alhamdulillah.. siap gak aku buat semuanya sorang2... cuma aku pesan awal2 kat hubby suruh dia balik terus ke rumah lepas kerja (shift malam) sebab nak mintak tolong dia hantarkan sama.. masalah nak mengangkut turun dari rumah ke kereta tu jer.. bukannya apa.. maklumlah kann.. dok umah bertingkat ni.. parking keretanya jauhhh... kalau turun naik rumah dua tiga kali.. lelah gak dibuatnya.. & Last sekali barulah angkut Alin sekali masa nak buat delivery

Inilah tempahan2 tu..

2 tray puding marble pelangi (10" x 10" x 2.5")


55 keping sandwich sardin (guna mackeral sebenarnya ) & 55 keping sandwich telur + crabstick


Ini puding yang dah siap dipotong2 & disusun dalam tray


Kita letak sebelah menyebelah yer...


Sujah pulak masak mee kari & sediakan minuman sekali.. kita test tengok susunkan sekali camner rupanya.. hehehe.. (gambar ni masa kat rumah Sujah lagi ni.. lom bawak ke masjid lagi... )


Untuk resepi sandwich telur & crabstick ni.. aku sertakan.. sempoi jer..

Quote:
EGG & CRABSTICK SANDWICH

Bahan2

Roti sandwich secukupnya
marjerin / butter utk sapu pd roti
4 biji telur rebus ~ dikupas kulitnya
5 batang crabstick (yg pendek) ~ direbus sebentar
4 sudu mayonis (or secukupnya.. agak2 jer)
lada sulah / ajishio (lada hitam berperisa) secukupnya
(jika suka tambahkan secubit garam)

Cara2
1. Sapukan butter pada roti.
2. Lenyekkan telur rebus hingga hancur. Potong halus crabstick & campurkan ke dalam telur lenyek tadi.
3. Masukkan mayonis, lada sulah/ajishio & secubit garam (jika suka.. tak boh garam pun takper.. mayonis & butter dah berasa garam)
4. Sapukan inti pada roti & potonglah ikut suka.
(jika buat untuk makan2 kat rumah jika suka bolehlah ditambahkan dengan sayuran kesukaan spt timun, salad atau tomato supaya mendapat khasiat yg seimbang)



Yang ini pulak buat untuk makan2 jer... tapi buat tak tinggi sangat macam yg tempahan tu.. lebih kurang 1.5 inci jer tingginyer.. yang tempahan tu tingginya lebih kurang 2.5 inci. Thanks to sis Blackmore yang sudi berkongsi resepi puding yang sedap ni.. mintak halal yer sebab MaDiHaA gunakan resepi ni untuk tujuan berniaga



Jika nak resepi boleh rujuk kat sini yer


MOHON MAAF KEPADA SEMUA TEMAN2 KERANA AKU TAK SEMPAT NAK MEMBUAT KUNJUNGAN BALAS KE FP / BLOG KALIAN SEMUANYA... JIKA KEADAAN MENGIZINKAN & BERKESEMPATAN AKU AKAN MELAWAT U ALL SEMUA OKEY.. THANKS KERANA MASIH SUDI & TAK JEMU2 BERKUNJUNG KE SINI

Jumpa lagi..




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS


KEPADA YANG BERTANYA PASAL PANDUAN BERFP NI... SILA KLIK KAT SINI YER.. MINTAK MAAF BANYAK2 SEBAB AKAK NI CUMA PANDAI BAGI RESEPI JER.. TAPI KURANG PANDAI NAK AJAR ORANG TENTANG FP.... SO SILA RUJUK KAT LINK TUTORIAL TU YER...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net