Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Feb-2010 02:51 Email | Share | Bookmark
Kue Tiaw Goreng Cili Padi & Roti John

 
 
 
 
Salam buat semua...

Agak sibuk sikit skrg ni samada di tempat kerja maupun di rumah.. tp dlm sibuk2 tu.. masih sibuk juga nak mengupdate FP Hari ni aku masukkan entry campur2.. byk sgt gambar2 yg masih menunggu turn...

Tahun 2010 ni.. kakak Dini dah masuk tahap 2. Jadi keluar kelas pun agak lewat sikit skrg ni. Waktu tahap 1 kalau sekolah petang keluar pukul 6 petang.. skrg ni.. keluar 6.30 petang. Makanya kalau time hubbyku kerja shift malam.. aku tak sempat langsung nak masakkan utk hubby sebelum dia pergi kerja . Sampai rumah pun dah hampir pukul 7.30 petang.. Bukan setakat sesak kat Federal Highway.. kat depan sekolah pun sesak tiap kali nak jemput Dini.. kalau nasib tak baik jalan jem teruk kat Federal Highway ataupun kat susur nak masuk Bandar Sunway tu... langsung tak sempat jumpa hubby.. aku sampai rumah hubby dah pergi kerja.. dahlah pagi2 pun tak jumpa.. aku dah keluar kerja hubby belum balik..

Tapikan.. rupa2nya ada hikmah juga bila sampai rumah lewat ni... nak tau kenapa?? Skrg ni.. hubby ku rajin pulak memasak sendiri nasi & lauk utk dia sebelum pergi kerja & secara tak langsung.. aku balik rumah dah tak payah nak masak2 lagi dahh

Kat bawah ni antara lauk2 sempoi yang hubby ku masak sepanjang dia bekerja malam sepanjang minggu ni.. ini saja yang sempat aku snap.. kalau ikan goreng tu tak payah snaplah kann.. ada juga lauk2 yang terlupa nak snap.. balik2 rumah terus buka tudung periuk nasi sebab dah tak tahan terhidu bau lauk yg sedapp

Lauk2 yang abangku masak.. TQ abang..

Kat bawah tu kue tiaw goreng cili padi versi aku.. hehehe.. sempoi jer.. resepi campak2.. selalunya aku memang fail setiap kali nak goreng kue tiaw ni.. terutama bila guna cili kering mesti rasa tak best.. tp mujur ler goreng kali ni agak sedap ler jugak mungkin sebab guna cili padi tu.... keh keh keh.. (masuk bakul angkat sendiri )

Quote:
KUE TIAW GORENG CILI PADI

(bahan agak2 jer..)
1 peket kue tiaw (yg kecik 450 gm or 500 gm) ~ dilerai2kan sebab dia melekat2
2 peket kecik fish ball ~ belah 2
3 ekor sotong sedang ~ bersihkan & hiris2
1/2 biji lobak merah ~ disagat
sejuring kobis ~ dipotong halus (suka hati nak tambah sayur lain spt taugeh.. coz kat rumah takde stok sayur lain..)
2 biji telur
3 ulas bwg putih ~ diketuk
5 ulas bwg merah*
20 - 25 biji cili padi* (bergantung kepedasan yg anda suka) (tumbuk halus bahan2 bertanda *)
sos tiram secukupnya
kicap manis secukupnya (kuantitinya kurang daripada sos tiram)
1/2 kiub pati ayam
garam & sikit gula
minyak

Cara2
1. Panaskan minyak & tumiskan bwg putih ketuk hingga wangi. Masukkan bawang & cili padi tumbuk dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan bebola ikan & sotong. Campurkan sikit air dlm secawan. Masukkan garam, gula, kiub ayam, sos tiram & kicap secukupnya. Kacau2 rata hingga pati ayam larut.
3. Masukkan sayuran dan kacau2 hingga sayur layu. Masukkan kue tiaw dan gaul rata. Rasakan apa yang kurang bolehlah tambah lg. Last sekali dlm kuali.. ketepikan sikit kue tiaw tu lalu pecahkan telur. Biar telur beku sikit sambil kacau2. Pastu kacau bercampur sekali dengan kue tiaw hingga telur masak . Angkat & bolehlah hidang panas..


Kat bawah ni pulak roti john yang dibuat entah bila.. dah lama sangat dah ni... Ikut cara Kak Amal buat roti untuk niaga... TQ Kak Amal sudi share resepi ni... Saya kopipes kat sini resepinya yer

Quote:
ROTI JOHN
Sumber : Kak Amal

Bahan Intinya:

- Daging Kisar beku - Ramly
(Dimasak atas kuali...utk leraikan dagingnye...masak hingga keluar semua airnye...bila dah ada sikit2 minyak daging tu...masukkan sikit garam dan sebuk kari daging..gaul2 sebentar..masukkan dlm bekas....tunggu sekejab..boleh simpan dlm frezzer)
Nota Kak Amal: daging kisar ni..selalu kmal suka ambil dr frezzer guna utk buat olio spagetti kalau rasa nak guna daging, inti kuih cara berlauk, lauk untk kanji dan mcm lain...tk rugi kalau huat siap2 dan simpan dlm freezer.

- Untuk 5 biji roti john
5 biji Roti John - dibelah 2 jgn putus..sapu marjerin
5 sudu besar daging kisar spt diatas
1 biji bawang besar...dadu
3 helai daun bawang - hiris jgn halus2 sgt..
1 sudu kecil serbuk lada putih
1/2 sudu kecil serbuk kari daging
garam
telur 4 - 5 biji (ikut besar saiz telur)
Sayur kegemaran (MaDiHaA guna kobis & timun yang dihiris halus)
Nota:
Semua bahan di atas kecuali sayur dicampur sekali..pukul2 sikit dan curahkan atas kuali (tengok berapa besar kuali anda.. jangan curahkan semua)... kemudian telungkupkan roti atas telur.
Tgk2 sikit bwhnye...untuk pastikan masak atau belum..siap

Utk dimakan... letak sikit sos black paper sikit.(step ni tak payah le..kalau nak niaga...kang banyak modal pulak..), letakkan sos cili, sos tomato dan mayonis... Letakkan sayur kesukaan ---siap. dan boleh jual utk niaga..atau makan sendiri.







Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net