Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 24-Feb-2010 04:09 Email | Share | Bookmark
Jumpa Azue di Amcorp ; Dhal Simple & Daging Masak Hitam Kashmir

 
 
buah tunjuk langit dari Wak Kumis
 
rempah masak hitam kashmir
 
Salam buat semua..

Hampir dua minggu rupanya FP ni tak berupdate Patutlah tangan ni gatal2 jer rasa nak update FP biarpun kebizian sedang melanda.. hehehe.. Mohon maaf kepada semua kawan2 yg bertanya bila nak update yer... harap2 entry kali ni dpt ler menghilangkan rasa rindu kwn2 pd entry dari aku ni yer.. poyo jer kan.. macamlah ramai sgt peminat FP merapu2 aku nih.... Apa2pun.. thanks pada semua yang masih sudi meninggalkan jejak di FP ku & juga pada semua silent reader FP ku ini... tanpa kalian.. tak berserilah FP ku ini...

Untuk pengetahuan.. balik dari bercuti seminggu baru ni aku agak sibuk banyak (bukan sikit yer) kat opis ni. Gambar2 cuti2 kami masih lagi dlm proses mengedit.. InsyaAllah.. jika masa mengizinkan.. minggu depan kalau umur panjang bolehlah aku merapu2 lagi pasal cuti2 kami di Terengganu & Pahang tu pulak..

Kali ni.. biarlah aku publishkan dulu gambar2 lama yang telah lama aku edit sebelum cuti lagi ni... cuma tak sempat jer nak masuk entry. Kejadian ni tak silap aku.. sehari selepas annual dinner hubby aritu.. 24hb Januari yg lepas (genap sebulan punya cerita ). Aku berjanji dengan Azue untuk berjumpa di Amcorp Mall, PJ. Sebenarnya ada sebab yang nak jumpa sangat dengan Azue ni Kalau tak bersebab tu.. tak tau bilalah agaknya dpt jumpa ngan Azue.. Inipun.. berminggu2 & berbulan2 punya planning barulah dpt jumpa ngan Madam Azue yg sentiasa bz ni... hehehe.. (sebenornya empunya diri pun bz gak sebenornya.. kekekeke)

Actually.. aku jumpa Azue ni sebab nak collect kiriman dari Wak Kumis Singapore yang dikirim pada Azue masa dia pegi ke Singapore dulu tu.. punyalah lama kan.. Dengar kata Azue.. kiriman tu datangnya dari Batam... kalau nak tau apa benda tu.. silalah klik kat gambar kecik tu yer.. Terima kasih yang tak terhingga pada Wak Kumis yang buat susah2 jer kirimkan barang tu.. Actually.. ada ler sekali tu aku bergurau jer ngan Pakcik P.I dlm FP dia bila nampak Pakcik P.I bergambar dengan pokok mahogany yg ada dekat rumah Wak masa Pakcik P.I melawat Singapore dulu tu... sekali si Wak dah terbaca komen aku yang berbunyi lebih kurang gini "wahhh... nanti nak suruh wak kumis kirimkan sikit buah mahogany tu ke PJ.. nak buat ubat darah tinggi" Haa... tulah alkisahnya sampaikan wak betul2 kirimkan buah tu ke PJ ni melalui Azue... Tu pasal ler yang aku beria2 benar nak gi jumpa Azue kat Amcorp Mall tu... Bila jumpa ngan Azue.. bukan setakat dpt buah tangan dari Wak.. tapi dapat pula macam2 buah tangan dari Azue.. ngan keropoknya.. ngan fridge magnet dari Singaporenya... ngan minyak wangi dari Avonnyer.. & mcm2 lagi.. (sorry gambar tak amik). Rasa segan pulak ngan Azue.. dahlah dpt barang.. masa makan2 kat restoren dlm Amcorp tu pun Azue yang belanja... segannnnnn tauuu....

Terima kasih byk2 pada Wak Kumis atas susah payah membeli (mesti mahal tu...) & mengirim.. Terima kasih byk2 juga pada Azue yang bagi akak buah tangan macam2 & juga belanja akak sekeluarga... (dahlah mkn lawan tauke...).. Nanti ada masa kita jumpa2 lagi yer.. wat masa ni.. akak lom mampu nak ajak kwn2 dtg umah coz akak tak larat nak masak ngan budak kecik yang semakin lasak tu.... ya ampunnn... (ramai gak kwn2 yg berhajat nak dtg umah.. tp akak wt2 lupa jer.. kekekeke..)

Oklah.. bila dah start menulis mulalah merapu meraban panjang lebar... kalau tak merapu tu.. bukan MaDiHaA namanya Layan gambar pulaklah... ada sikit jer gambar2nya pun...


Sempatlah kami bergambar sekeping dua buat kenang2an sebelum masing2 dengan haluan masing2.. Thanks Azue for everything..Azue & ummi sangatlah peramah..


Bila Azue dah balik.. kami melayan pulak anak2 nak tengok 'Michael Jackson' yang sedang buat persembahan kat dlm Amcorp Mall.... Itu saja ler gambar2 yg ada wat masa ni............

Layan resepi sempoi pulak....

Kuah dhal ni feberet hubby ku........ nak kata ada darah India ker Pakistan ker.. takdelah pulak.. tapi tak taulah kenapa suka sangat makan nasi dengan kuah dhal


Quote:
KUAH DHAL SIMPLE

Bahan2

1 cwn kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci & rendam 30 minit
air secukupnya utk merebus
8 batang kacang panjang ~ kerat 2 cm panjang
1 biji kentang ~ potong dadu
4 biji cili kering ~ kerat 1 inci
1 ulas bawang putih ~ ketuk
2 ulas bawang merah ~ hiris
2 cm halia ~ ketuk
sikit daun kari
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu kecil serbuk kari ayam
garam secukup rasa
ajinomoto (jika suka)
sikit minyak utk menumis

Cara2 menyediakan
1. Rebuskan kacang dhal yg direndam dengan air bersama serbuk kunyit sehingga empuk & nampak nak pecah2 gitu.
2. Masukkan kentang dan renihkan sehingga kentang setengah empuk.
3. Masukkan kacang panjang.
4. Dalam kuali yg lain, panaskan sikit minyak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, halia, cili kering, biji sawi & daun kari hingga wangi. Masukkan serbuk kari & serbuk jintan putih. Ambil sikit air rebusan kacang dhal dan campurkan dlm rempah tumisan. Kacau2 rata kemudian tuangkan rempah2 tadi ke dalam periuk rebusan kacang dhal.
5. Tambahkan garam, aji secukup rasa. Biarkan merenih sebentar & rasakan garamnya. Kepekatan ikut selera masing2.. bila secukup rasa bolehlah dihidang bersama nasi minyak, nasi putih atau roti canai dll ikut selera masing2..


Ni pulak.. saja nak mencuba rempah keluaran syarikat Iman yang hubby beli.. actually sepeket rempah tu just untuk 200 gm or 250 gm (dah lupa) daging dengan harga rm2.50 sepeket.. oooo makk aiihhh..!! kalau den nak masak sekilo daging mau kena beli 4 or 5 peket rempah.. rege rempah saja dah rm10 plus2... mana tehenn... akhirnya aku memandai ler ejas2 masuk rempah2 lain lagi...

Quote:
DAGING MASAK HITAM KASHMIR

700 gm daging ~ potong nipis
1 paket rempah masak hitam kashmir (spt dlm gambar)
2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
1 sudu besar rempah masak cap bunga rose
1 sudu besar serbuk cili
6 ~ 7 sudu besar kicap manis
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 keping asam gelugur
(kisar bahan2 bertanda *)
minyak utk menumis
garam & aji secukupnya

Cara2 menyediakan
1. Panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan rempah dlm paket rempah masak hitam kashmir, rempah gulai & rempah masak cap bunga rose dan serbuk cili. Biarkan hingga naik minyak.
2. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan air secukupnya utk mengempukkan daging. Biarkan hingga daging empuk. Jika daging belum empuk.. boleh tambah lg air & masak lagi.
3. Masukkan asam keping, garam, perasa dan kicap. Biar secukup rasa.
4. Biarkan agak kering sebelum boleh dihidang dengan nasi putih atau nasi kegemaran yg lain.



Sekian dulu untuk hari ni....



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net