Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Mar-2010 07:24 Email | Share | Bookmark
Family Day & Gathering @ Kuala Abang, Terengganu (Part I)

 
 
 
 
 
 
Tarikh : 13 & 14 Februari 2010
Hari : Sabtu & Ahad
Tempat : Pantai Batu Pelandok, Kuala Abang, Dungun, Terengganu

Assalamualaikum semua..
Hari ni baru berkesempatan untuk update gambar2 semasa kami berada di Terengganu tempohari . Gambar2 terlalu banyak. Apa tidak nya.. dari kamera sendiri dah tentu, tak cukup kamera.. dari handphone pun ada.. pastu dok ngendeng gambar dari kamera Naknie lagi.. itu belum lagi gambar2 yang aku cilok dari FB kazen2 aku.. naik juling biji mata nak mengedit gambar

Al-kisah.. dalam sebulan sebelum kejadian Ida tiba2 jer bagitau family kat Dungun nak buat family day. Kami mula2 belah bagi juga nak balik sebab sebelum tu hubby pun ada perancangan & agenda sendiri.. Tapi bila dah bincang2 semula ngan ahli keluarga so semua sepakat untuk hadirkan diri. Lagipun time tu memang semua pun cuti panjang sempena tahun baru Cina termasuk anak2 pun turut cuti gak.. so apa lagi kan.. takkan nak lepaskan peluang ni. Pasal agenda lain tu.. masih boleh kautim sebab cuti panjang.. Sebenarnya.. family day ni di tanggung sepenuhnya oleh pakcikku yang aku panggil ayah we. Family day ni dibuat sekali utk kaum keluarga & juga staff syarikat ayah we iaitu Roki Industries Sdn. Bhd. Senang cerita kan sebab buat sekali harung... Terima kasih byk2 pada ayah we sekeluarga sebab menanggung semua makan minum kami serta penginapan kami pada hari kejadian.. Ada rezeki lebih lagi.. lain kali bolehlah buat lagi..

Oklah.. tak sempat nak berceloteh panjang.. bzzzzz... hehehe... layan gambar2 pulak..


Sebenarnya... acara lepak2 kat pantai dah bermula sejak siang hari Sabtu tu lagi.. dorang yang sampai awal semua dah siap makan tengahari kat pantai, mandi manda & berbbq pd sebelah petang & malamnyer.. Tapi malang sekali sebab rombongan kami (aku sekeluarga, angah & anak2, ma serta adik2 dari Keratong) sampai lewat. So tak sempatlah nak join dorang acara pd hari Sabtu tu.. Bukan sengaja nak datang lambat.. tapi banyak sangat hal & urusan yang perlu diselesaikan sebelum kami semua berlepas ke Tganu.. ditambah pula dengan kesesakan jalan yg tak terperi di Karak Highway... penat kaki ku asyik dok tekan brek, kelaz & minyak.. (aku jd driver setengah perjalanan sbb hubby baru blk dari kerja mlm.. kasi chance dia tidor dulu) Kami sebenarnya bertolak 2 buah kenderaan.. kami ngan kereta & ma serta adik2 sebuah van. Alhamdulillah.. masa sampai tu.. masih sempat berbbq lagi... hehehe... Terima kasih pada Kak Yoh & abang Di yang rajin tolong bakarkan ayam, ikan, daging & sotong untuk kami yang baru sampai mlm tu.... Sampai2 jer.. kami tinggal ngap jer.. Gambar Alin & Alang (adik Ida) tu masing2 baru bangun tidor tu... dua2 lom mandi lagi masih ngan baju tidor



Okeylah.. sebelum tunjuk gambar2 seterusnya.. mehlah lihat keindahan pantai di Terengganu.. ni sebahagian keindahan sekitar pantai Batu Pelandok berhampiran dengan tempat kami berkampung pada hari kejadian. Gambar2 ni sebenarnya aku ambil dari handphone jer nih.. masa ni aku ikut adik aku Dee gi kedai kejap sebab nak gi beli air mineral untuk buat susu anak.. dah kehabisan air masak.. (air minuman dlm tong yang ada kat chalet tu ada banyak.. tp aku tak berani nak guna utk buat susu anak) hehehe... amik gambar pun dari dalam van jer nih.. tak turun pun..



Ini pulak suasana di sekitar chalet tempat kami semua berkampung. 3 buah chalet ni hanya untuk anak beranak yang dok jauh (luar Terengganu) jer nih.. sedara mara yg ada kat Dungun tu masing2 tidor umah masing2 lah kan sebab dekat.. hehe.. tak cukup ngan chalet.. ada lagi 3 buah khemah yang di pasang.. so pilih jelah mana yang berkenan..



Sebenarnya.. pada hari tu.. teman FP Hanaz Manis sekeluarga pun kebetulan datang bercuti ke sana juga... Dia dah sampai ke Dungun tu pada awal pagi Sabtu tu lagi.. (aku tengah berkemas2 lepas Subuh tu dah dapat SMS dari Hanaz ckp dia dah sampai ke Dungun ) Oleh sebab aku yang sampai lewat mlm pd hari Sabtu tu... so pagi Ahad tu barulah dpt jumpa sekejap dengan Hanaz. Rupanya dia dah bersiap2 untuk bertolak ke Kuala Terengganu pulak nak sambung CCM dia.. Sempatlah bergambar ngan Hanaz... ni sebagai bukti yang kami bertemu lagi di Terengganu... Alhamdulillah.. sempat juga Hanaz bersarapan dengan nasi dagang air tangan moksu ku (mama Ida) sebelum meneruskan perjalanannya..



Okey.. ini antara makanan yang sempat aku ambik gambar pada pagi Ahad tu.. Ada banyak lagi makanan yang lain yang tak sempat aku amik gambar terutama kuih muih, ketupat & rendang... Makanan2 ni semua macam aku bagitau lah semua sponsor dari Roki Industries (a.k.a. ayah we & moksu) Semuanya sedapp terutama nasi dagang air tangan moksu... memang yummy..... Dah kenyang perut semua.. masing2 beransur ke tepi pantai untuk games pulak.. tapi masa tu aku turun lambat sikit sebab Alin pulak nak tidor.... kenalah tunggu Alin bangun dulu..



Ini antara gambar2 sebelum berlangsung games & semasa menonton games yang diadakan.. Gambar ramai2 bawah wakaf tu adalah sebahagian staff (bersama isteri & anak2) Roki Industries S/B.. Gambar2 lain semasa games diadakan akan di masukkan dlm entry yang lain pulak yer.. nak masukkan semua nanti panjang berjela2 pulak entry ni... So cukuplah setakat ni dulu entry intro kali ni yekk..

Bersambung lagi..
Sekian dulu untuk hari ni....



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net