Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 5-Mar-2010 05:24 Email | Share | Bookmark
Genap Setahun...

 
 
Assalamualaikum

Hari ni.. takmo citer pasal family day yer.. tapi nak bagi laluan untuk entry khas buat anak dara ku yg kecik itu.... Pejam celik pejam celik.. dah setahun rupanya usia anakku Alin... rasa macam baru je ibu lahirkan Alin Cepat betul masa berlalu... syukur alhamdulillah kerana dalam usiaku yang telah agak banyak ni.. tuhan masih lagi bermurah hati mengurniakan aku seorang lagi cahaya mata yang sememangnya kami idam2kan bagi memeriahkan keluarga kami..

Syukur kepada mu ya Allah kerana kau kurniakan aku cahaya mata yang begitu comel & sempurna sifatnya. Yang paling aku bersyukur kerana Alin adalah anak yang paling senang nak dijaga dibandingkan dengan kakak & abangnya. Waktu kecilnya.. Alin tak kisah ditinggalkan bermain sendirian depan tv dan ibu buat kerja kat dapur lama2 pun. Kadang2.. tertidor sendiri dalam playpan dia. Tak payah nak ditepok2 atau dibuai2. Alin bukan jenis anak yang mintak diriba sepanjang masa. Dari umurnya 3 bulan setengah hingga kini.. Alin tak pernah bangun mintak susu.. Kalau sesekali terjaga dari tidur.. ku bagi susu pun dia hisap sikit aje. Bila beri air masak.. baru dia nak minum. Lepas tu.. tiap kali dia terjaga.. aku hanya bagi dia air masak yang dah siap standby dlm botol susu berhampiran katil sebab dia lebih suka minum air masak berbanding susu. Beberapa bulan kebelakangan ini.. boleh dikatakan Alin jarang benar bangun malam. Kalaupun terjaga.. hanya kerana putingnya takde di mulut.. Kadang2 tak sempat pun aku cari puting nak suakan ke mulutnya.. tangannya lebih cekap mencari putingnya sendiri walaupun dengan mata terpejam Lalu ibu pun sambung balik tidor.. Maka dengan itu.. ibunya ini tak pernah ler terkena penyakit tak cukup tidor seperti ibu2 lain yang beranak kecik... Kalau dulu masa kakak & abangnya kecik.. bangun pagi2 untuk bersiap2 ke tempat kerja.. punyalah bangun dengan berhati2 takut dia terjaga.. sebab kalau dah terjaga nanti nak kena riba dulu.. nak kena susukan dulu baru boleh kita bersiap. Tapi lain pula dengan Alin.. bangun pagi bersiap2 aku tak kisah langsung kalau2 Alin tersedar. Sebabnya kalau dia tersedar pun masa aku bangun bersiap2 kat dapur pagi2 tu.. dia tak pernah mintak perhatian ataupun menangis mintak diteman... Menyusu pun biasanya aku bagi masa dlm kereta sambil drive waktu on the way nak ke tempat kerja. Memang betul Alin anak yang paling sempoiii... anak yang baik budi & tak menyusahkan ibu... Alin tau ibu nak kerja kan sayang... Terima kasih ya Allah di atas anugerah Mu yang tak ternilai ini... Sesungguhnya kehadiran Alin telah menceriakan seluruh ahli keluarga kami..

Di kesempatan ini.. ibu ingin mengucapkan selamat hari lahir yang pertama buat mu sayang.. Semoga bila besar kelak.. Alin akan jadi anak yang solehah, yang baik budi pekerti sebagaimana baiknya Alin ketika ini, semoga Alin menjadi anak yang berguna pada agama, bangsa & negara serta membanggakan ayah & ibu. Ayah, ibu, kakak & abang semuanya sayangkan Alin.. be a good girl okey!


Gambar di atas adalah ketika Alin berusia 1 hari. Waktu ini masih lagi di hospital PPUM


Ini pula gambar Alin yang terbaru menjangkau 1 tahun.......

~ Gigi dah ada 6 batang & ada lagi 2 batang baru je nak tumbuh lagi..
~ Merangkak baru je dlm sebulan ni pandai… tapi bangun berjalan & memapah dah pandai lebih dulu lagi… tempat feberet dia memapah ialah dekat kerusi & katil ayah & ibu. Pimpin berjalan sebelah tangan penakut.. nak kena pegang 2 belah tangan baru nak jalan… lambat sikit berjalan dari kakak & abang ni agaknya..
~ Tak bangun mintak susu pun.. tapi kalau terjaga malam cuma suka minum air masak jer. Last minum susu sebelum tidor jer.. lepas tu.. minum susu pagi dalam kereta on the way ibu hantar ke rumah pengasuh sebelum ke tempat kerja.
~ Pantang tengok orang makan.. sure mintak.. seboleh2nya nak.. Tak bagi sure nangis.. Suap apa pun dia makan tak kira apa termasuk benda2 yg keras mcm tempeyek or kerepek pun dah reti makan.. anak sapalah tuu… hehehe..
~ Suka makan buah2an.. tak kisah buah apa.. epal hijau pun dia makan.. apalagi buah2 yg manis termasuk durian… pisang memang feberet dialah..
~ Bihun goreng pun boleh makan.. pedas sikit2 tak kisah pun dia.. tak macam abang dia langsung tak boleh makan pedas.. senang kerja ibu sebab tak payah nak masak 2 jenis yg pedas & tak pedas.. hehe..
~ Ibu tak sempat nak ajar Alin macam2.. ibu sibuk sangat.. setakat ni Alin cuma pandai babai orang, tepuk amai2 bila kita nyanyi lagu tepuk amai2 & pandai tepok tangan orang bila kita cakap “give me five!” Itupun ikut mood dia jugaklah.. ‘give me 5’ auntie Nakni yang ajar.. hehehe…
~ Kalau bawak jalan2 dengan stroller.. suka betul dia.. tapi bawak g mandi sungai menangis.. takut air ke tak tahan sejuk ??

Itu jelah yg terlintas di fikiran ibu setakat ni..

Happy 1st birthday sayangg




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net