Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 12-Mar-2010 07:09 Email | Share | Bookmark
Hari Terakhir di Terengganu...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam semua...

Masih lagi berkisah di negeri Terengganu.... inilah gambar2 hari terakhir kami di sana...

Malam berakhirnya family gathering tu.. kami sekeluarga tidor di rumah makcik ku cekde di Kampong Pinang Merah... agak jauh gak dari Kuala Abang tu.. kira2 kena mudik/balik semula lahh.. sebab umah cekde tu dah dekat2 ngan Paka.. Sedap betul tidor mlm tu.. tak sedar apa.. badan letih la katakan lepas bersukaneka.. hehehe.. pagi lagi ayahde, cekde, ma, hubby & angah dah bangun dulu pastu barulah aku terhegeh2 bangun bila dengar dorang sakan berborak.. dah terlambat sikit bangun tu.. subuh pun 'subuh gajah'lah orang kata.. kakakakaka... pastu macam biasalah kalau tidor kat rumah cekde... sarapan tak pernah kami masak sendiri... mesti sibuk nak gi beli kat luar.. rindu ngan kuih muih Terengganu la katakan.. lagipun makanan kat sana murah2 belaka jika nak dibandingkan dengan kat Selangor ni.. maka kami semua pun keluarlah mencari sarapan pagi2 tu dengan sebuah van... cekde ngan abby je tak ikut tukang jaga baby2 kecik.. manakala anak2 wek yang lain semua belum bangun tidor... kuar ke jalan besar.. cari punya cari.. byk pulak kedai / gerai jual sarapan yg tutup.. mungkin ramai yg ambik kesempatan bercuti kot... kan CNY last2.. adalah satu gerai tu ada buka.. ramai gak yg sedang membeli.. kami pun apalagi.. masing2 ngan pilihan hati masing2lah.. amboiiiii... sakan wehh kami beli macam2 ikut berkenan hati masing2.. last2 bila dikumpulkan semua masa kat rumah.. tu dia... setimbun sarapan.. ada laksam, nasi kerabu, nasi lemak, nasi berlauk.. kuih pulak spt tepong kapur, sagupa, tembosa, paung goreng & pau sambal. Banyakkan?? Memang banyak.. tapi alhamdulillah.. habis semuanya.. lagipun.. kat rumah cekde tu ada gak cucu2 cekde (yg kematian ibu) yang tinggal bersama ngan dorang.. sebab tu kami beli extra.. Cerita pasal kuih.. murah lagi kuih muih kat T'ganu ni.. seringgit masih dapat 4 biji.. kalau kat Selangor/KL ni.. paling murah pun seringgit 3 biji.. kebanyakan kedai jual dengan harga 40sen sebiji... berbezakan

Kami sedang bersarapan... sarapan sambil bersila jer.. sempoi... Gambar ma tu kena potong kepala sbb tak pakai tudung.. hehehe..


Dah selesai semua urusan ma.. kami semua bersiap2 ke Dungun pulak rumah ayahwe nak hantar angah sebab angah nak balik naik bas ke KL. Tiket semua Mariah dah tolong belikan. (TQ Mariah!) Sebabnya.. ma dah tak nak pegi KL nak terus balik Keratong. Kereta aku pulak muat2 untuk family aku jer.. lagipun.. kami tak terus balik KL sebab dari Dungun tu.. kami bercadang nak singgah Raub kg hubby dulu coz hubby nak selesaikan urusan dia kat kg dia pulak.. tu pasal angah & anak2 kena naik bas.. Masa kami tengah bersiap2 nak bertolak ke Dungun tu.. Mariah pulak tepon katanya ma dia (moksu) ajak makan tengahari kat sana.. so.. bak kata orang musuh jangan dicari.. rezeki jangan ditolakk

Ini gambar kami masa singgah beli ole2 & keropok lekor kat kedai Keropok Sri Sura yang semakin femes tu.. Keropok kat sini memang sedap.. terasa ikannya, fresh, lembut & yang penting.. keropoknya takde jumpa pun tulang2 ikan mcm yang pernah aku beli kat satu kedai tuu (tepi jalan sebelum jumpa Cherating).... serik betul beli kat situ.. dahlah keropok bercampur tulang (walaupun tak banyak tp bahaya kalau budak2 mkn).. pastu masin pekok pulak tu.. potong betull Keropok kat Sri Sura ni memang the bestlah yg pernah aku rasa.. inipun.. moksu yang perkenalkan kat aku.... masa kami pegi tu.. ramai betul org.. kebanyakan kereta yang singgah orang luar T'ganu berdasarkan flet kereta dorang... maklumlah kan.. musim cuti ler katakan.. ada yg beli keropok lekor sampai beratus pun ada... sampaikan habis stok keropok untuk hari tu sebab ramai yg tempah.. sib baik ada lagi rezeki utk kami

Ni tengah susun barang kat belakang van.. aku amik gambar kandid guna hp jer dari dalam kereta aku.. Gambar2 tepi pantai tu ialah sepanjang Pantai Sura (tak jauh dari UiTM Dungun) & Pantai Teluk Lipat dari kedai keropok tu nak ke rumah ayahwe... gambar2 semua dari hp sebab bateri kamera aku dah kong..



Ni pulak hidangan kat rumah moksu/ayahwe (mama Ida).. susah2lah moksu masak2 untuk kami semua.. Semua lauk sedap2 belaka especially ikan aye sambal tu.. memang itulah yang aku dok cari2 kalau makan kat rumah moksu.. hehehe.. terima kasih moksu sebab jemput kami lunch kat rumah haritu. Dahlah penat masak2 utk familyday tu.. elok2 boleh rehat hari tu.. kena lak masak2 lagi untuk kami..


On the way nak balik tu.. singgah sekejap di kedai pakcik aku (pokteh) kat Kg. Nyiur. Bukan senang nak balik T'ganu.. kalau tak menyinggah macam ni.. tak tau bila pulak boleh jumpa pokteh & mokteh. Masa ni.. ma & adik2 dah bertolak awal lagi coz dorang hantar angah ke stesyen bas & terus bertolak ke Keratong. Kami pulak masih lagi rehat2kan diri sambil menonton video familyday tu sambil santai2 di kerusi urut kat rumah moksu. Lepas solat zuhur barulah kami bertolak balik. Kiranya.. perjalanan pulang kami dah tak bersama lagi spt perjalanan pegi tu.. perjalanan pulang dah asing2.. pasal tu ma & adik2 takde masa kami menyinggah kat sini.

Tertera nama Mohamad bin Muda.. itulah dia pokteh aku (abang ma) yang sedang membuat otak2 tu... Cekde tu kakak ma yang paling tua.. manakala pokteh abang nombor dua.. 3 beradik ni satu mak & satu ayah.. ada lagi adik beradik ma yang lain mak & lain ayah.. hehehehe... agak kompius sikit adik beradik ma yg lain mak & lain ayah ni.. aku selalu tertukar


Haziq yang kepanasan sampai mintak buka baju...... kami semua terutama kakak Dini & Haziq abis semua naik legam (sun burn) lepas berjemur kat tepi pantai tu.. Sib baik cekngah ada krim aloevera tu leh gak menumpang.. aku langsung tak ingat nak bawak krim SPF tu.. padahal ada sangat kat rumah tak terpakai pun...
Minum2 dulu kat kedai pokteh.. yg benornya aku kemaruk nak makan otak2 yang pokteh buat tu sebenarnya.. so mintakla (beli) bungkus otak2 rm20 untuk di bawa pulang ke Raub..


So lepas ni abislah sudah entry pasal T'ganu... sambung plak kisah kat Raub insyaAllah..

Mintak maaflah pada yang menunggu gambar masak2 dari aku.. wat masa ni... aku dah jarang2 bereksperimen.. semetelah orang kat rumah tu (hubby) sedang menyempurnakan misi dietnyer.. keh keh keh keh... so.. hari2 pun masak lauk sup2 & stim ajelah... kadang2 tak makan nasi just ratah lauk & sayur jer..... sib baik anak2 pun tak kisah.. tapi idok ler sampai takmau makan langsung makanan lain.. kalau ada depan mata tu belasah juga.. tak taulah misi diet tu bertahan berapa lama Misi diet ni bukan apa.. bebaru ni.. blood pressure hubby naik lagi.. tu pasal dia beria2 nak kurangkan makan.. elok benorlah & memang patutlah bini dia ni pun follow sama kurangkan makan badan pun dah semakin mengembang Selain misi diet ni.. hubby jugak follow nasihat doktor untuk amalkan jus berkhasiat mcm dulu tu sebab hubby refuse untuk telan ubat darah tinggi (ada resepi dlm link sebelah). Cuma beza jus berkhasiat untuk darah tinggi kali ni tak dicampur dengan celery.. tapi ditambah pula dengan buah kundur.. Hubby selamba jer minum.. aku? minum sikit bolehlah..

Inilah dia penyediaan jus berkhasiat tu.. Sapa2 yg ada masalah blood pressure elok amalkan jus ni.. sehari 2 kali minum dah mencukupi.. (aku pandai ckp jer.. aku sendiri pun tak mampu nak minum respect betul kat hubby sebab dia boleh minum dengan selambanya.. ) Alhamdulillah.. setelah minum jus ni lebih kurang 2 minggu.. blood pressure hubby dah kembali normal

Buah & sayuran yg digunakan.


Isi buah kundur.




Quote:
JUS BERKHASIAT (untuk darah tinggi)

Bahan2

1 liter air masak
2 biji peria katak ~ buang biji
1/2 biji peria ~ buang biji
2 hiris kundur (spt dlm gambar) ~ buang bahagian biji
3 ~ 4 biji epal hijau ~ buang biji
Penapis teh kain (mcm kat kedai mamak tu)

Cara2
1. Potong kecil2 buah epal & sayur2an & cuci bersih.
2. Masukkan air masak dlm pengisar setengah bahagian pengisar. Tutup & putar air lalu buka penutup pengisar yang kecik tengah2 tu.. Masukkan buah2an & sayuran perlahan2 sehingga semua hancur. Jangan masukkan semua bergantung berapa muatlah ye.
3. Bila dah hancur tuangkan jus tadi dlm penapis teh lalu toskan & perahkan (dgn tangan bersih) ke dalam jug.
4. Ulangi hingga habis.
5. Sedia diminum 2 kali sehari.

(Jika ada jus extractor lagi senang... lebur je semua baru bancuh dengan air ikut kepekatan yg anda sanggup minum )


Selamat mencuba

Sekian dulu... jumpa lagi di next entry



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS.. PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net