Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 16-Mar-2010 07:10 Email | Share | Bookmark
Mandi-Manda@Kela Adventure Camp, Raub, Pahang (Part I)

 
 
 
 
 
 
 
Tarikh : 17hb Februari 2010
Tempat : Kela Adventure Camp, Raub, Pahang

Salam buat semua..

Seperti dijanjikan... hari ni aku nak tempek gambar2 masa kat kg hubby pulak. Sebelum tu nak berceritalah sikit2 sebagai kenang2an kami sekeluarga. Macam yang aku ceritakan dlm entry yg lalu.. balik dari T'ganu kami singgah ke Pahang pulak di kg mertua. Sebabnya hubby ada missi yang perlu diselesaikan bersama sepupu2nya. Sebenarnya.. se awal 3 bulan hubby dh bermesyuarat dengan sepupu2nya nak ajak menebas kebun / dusun buah2an pusaka kat kampong tu. Almaklumlah kan... takkan masa dusun berbuah je nak pegi jenguk.. masa dusun tak berbuah kena gaklah masuk menebas & bersihkan apa2 yang patut. Hubby aku selaku sepupu paling tua dalam keluarga kenalah fikirkan yang terbaik macamana nak jaga dusun tu daripada naik semak samun. Sebab tulah hubby pilih cuti raya cina nak balik Raub sebab semua orang pun cuti panjang.. so.. masing2 sama2 dapat luangkan masa sama2 masuk dusun & sama2 buat kerja. Tenaga orang muda ni lain sikit kan.. takkan nak harapkan pakcik2 pulak nak kerjakan dusun tu.. walhal.. dorang tu dari awal lg dah tolong jagakan dusun tu.. rasanya tibalah giliran anak2 sedara lak yg jaga dusun tu.. lagipun.. time pokok2 berbuah esok.. awak juga yang senang nak pegi petik buah.. Jadi.. malam kami sampai di kg...esoknya pagi2 terus hubby & sepupu2nya 'bersilat' kat dalam dusun pulak Sehari suntuk juga dorang menebas dengan tenaga lelaki seramai lebih kurang 10 orang rasanya. Hubby & adik2nya pun dah 5 orang.. siap berbekal nasi, air dan makanan2 lain lagi.. pepagi subuh lagi aku & mertua dah bangun untuk masak bekalan dorang Pastu.. tengahari tak cukup bekalan air.. adik ipar balik pulak mintak buatkan air lagi.. hehehe... alhamdulillah.. bersih lah sudah kebun tu dari semak samun.. Lepas ni.. kalau musim buah.. senanglah nak masuk kebun..

Hari hubby gi menebas tu.. seharian aku & anak2 dok je kat rumah ngan mak mertua.. idok ler terperap jer.. sibuklah jugak ngan kerja2 mendobi kain baju yang dipakai kat T'ganu yang tak berbasuh tu.. nasib baik seharian tu hari panas terik.. semua kain baju yang di basuh keringlah semua Esoknya... aku ajak hubby gi mandi-manda kat lata. Konon2 nak ajak gi mandi kat Lata Lembek tak jauh dari umah mertua tu.. boleh berkelah sekali... tapi time tu.. Alin pulak sibuk nak tidor.. so mertua aku cakap mandi kat chalet pakcik (adik ipar mertua aku) pun ok jugak sebab senang kat situ boleh gantung buai. Kalau kat lata tu.. takde tempat sesuai nak gantung buai.. So aku pun cakap.. mana2 jelah asalkan alin dpt tidor selesa.. So teruslah kitorang terjah chalet yang pakcik hubby jaga tu.. Actually chalet tu dinamakan Kela Adventure Camp.. chalet ni takdelah canggih manggih mcm chalet2 percutian tu.. sebabnya kat sini khas untuk aktiviti2 yg mencabar saja.. so chaletnya pun ala2 'mencabar' gak la.. hehe.. Tempat ni sebenarnya kepunyaan abang kepada pakcik (adik ipar mertua aku). Pakcik diamanahkan untuk menjaga & melayan tetamu yang datang berkunjung ke sini. Layan dengan erti kata menyediakan aktiviti riadah spt yg tertera pd banner tu ler. Biasanya.. musim cuti sekolah & cuti hujung minggu tempat ni memang meriah dengan kunjungan dari pelajar2 atau kumpulan2 tertentu yang nak merasa pengalaman mencabar kat sini.. ada beberapa pakej disediakan termasuk makan & minum. Kalau sapa2 berminat bolehlah telefon pada nombor yang tertera.. bercakap dengan En. Azmi tuan punya chalet tu.. Masa kami pegi tu hari Rabu.. so.. takdelah orang lain kat situ.. hanya keluarga kami jer.. pegi pun masuk mcm tu jer.. sebab pakcik dah pesan kalau nak mandi manda atau berkelah masuk je situ.. asal jangan awak menyibuk masa ada pengunjung lain buat program udah ler so dah masuk tempat orang tu.. pandai2 ler jaga kebersihan kan.. Kalau ada masa yang sesuai.. aku teringin gak nak tidor kat pondok (chalet) berdinding buluh & beratap bertam tu.. mesti sejuk giler malam2

Jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut tempat ni.. boleh klik sini Jom tengok gambor2 yg sempat aku snap hari tu..


Sebelum tengok gambar2 kami.. tengok dulu gambar2 pengunjung2 yang pernah mengikuti program kat sini. Saja ibu rajinkan diri snap gambar2 ni masa Adik Alin tidor..




Masa baru sampai tu.. anak2 terus panjat pondok yang tinggi ni.. pakkal ler ibu ada adik.. kalau idak.. ngan ibu sekali panjat


Sementara tu.. sempat gak aku snap gambar2 kehijauan di sekeliling chalet tu..


Manakala kakak Dini & abang Haziq.. dah tak sabar2 nak mandi sungai yang sejuk giler tu..


Rasanya.. cukup dulu setakat ni.. sambung di lain entry pulak ye.. ada byk lg gambar2.. tp takleh nak masukkan semua.. nnt lambat pulak nak download..

Sekian dulu... jumpa lagi di next entry



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS.. PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net