Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-Mar-2010 05:08 Email | Share | Bookmark
Tempahan Nasi Dagang

 
 
 
 
Salam..

Hari ni.. stop dulu cerita ceriti dengan gambar yang menimbun2 yek... Pening tau aku nak edit gambar yang banyak2 nih.. Hari ni santai2 sikit.. gambar pun ada 3, 4 kerat jer.. Kali ni tayang gambar makananlah pulokk. Kot2 ada yang dah rindu nak tengok gambar masak2 dari aku.. keh keh keh..(perasan tak abiss!!) Taktaulah sekarang nih.. malas semacam nak bereksperimen.. & kalau masak pun... macam malas je nak ambik gambar. Kalau dulu tu.. masak sempoi macamana tetap sibuk ngan kamera sampai cik abang pun naik boring nunggu kat meja makan

Sabtu minggu lepas 13hb aku dapat tempahan nasi dagang untuk 30 orang makan. Kak Faridah tempah kat makcik aku.. tapi makcik aku kebetulan ada hal lain.. so makcik sub kat aku. Aku ni.. mcam takut2 gak nak terima.. almaklum.. tak pernah lagi ambil tempahan masak nasi utk orang.. Bagi gak alasan kat Sujah takut takde ikan aye hitam.. Pastu kali kedua Sujah call aku.. kata Kak Faridah ckp kalau takde ikan aye.. ayam pun boleh.. punyalah kak Faridah berharap. Katanya nak buat makan2 sempena besday ibunya yang ke 90 tahun.. Sian lak dengar org tua berharap.. lagi2 bila tau maknya suka makan nasi dagang.. permintaan orang tua.. akhirnya.. terima gaklah.. kalau tak cuba.. mana nak tau kan.. Tempahan nak pada pukul 4 petang. Alhamdulillah.. sempat aku siapkan & hantar ke rumah kak Faridah pada pukul 3.30 pm Masak2 ni semua sendirian berhad je nih.. sambil2 layan dak kecik tu.. takde sapa pun yang tolong dari A sampai Z. Mr. hubby cuma tolong ambilkan santan kat kedai yang dah ditempah awal2 sebanyak 4 kg pagi tu.. dia pun baru balik dari kerja malam.. so takmolah ganggu dia sebab dia nak tidor Lagipun.. kak Faridah nak pukul 4.. so takdelah terkejar2 sgt.. santaiii jer aku masak..

Alhamdulillah lega bila dapat tau Kak Faridah puas hati & cakap sedappp nasi dagang aku. Siap tanya boleh ke nak tempah untuk hari raya pulak.. Sujah cakap kalau raya tak boleh ler kak sebab dia (akulah tu) pun nak balik kampong...

Ini nasi dagangnya.. untuk tempahan aku masak 4 kg tapi yg ni sebenarnya aku masak 5.5 kg sebab boleh buat makan2 sekali.. takkan masak utk orang jee.. sendiri pun nak makan jugakk... bagi gak kat sujah merasa


Gulai ikan aye 8kg++ ikannya.. sekali untuk makan2 sendirilah tu


Acar timun sebagai pelengkap.. kalau takde acar timun.. tak lengkaplah nasi dagang


Ini pinggan aku...


Sekian untuk hari ni... Jadilah yekk.. wat pengubat rindu pd yg dah rindu ngan masak2 dari aku




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net