Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 29-Mar-2010 02:00 Email | Share | Bookmark
Sayur Lemak Jambu Golok Campur Sotong

 
 
 
 
 
Salam pagi Isnin...

Apa khabar semua? Harap2 semua pun sihat2 sokmolah ye..... Kami sekeluarga pun alhamdulillah... sihat adanya.. Pejam celik pejam celik.. kejap jer dah pun berada di hujung bulan Mac... anak2 semakin membesar... yang kita pulak semakin berganjak ke usia tua.. semoga kita semua dilimpahi hidayah & sentiasa mendekatkan diri kepadaNYA.. aminn....

Hari ni sedikit kesinambungan dari cerita kami mengecat kereta hari tu... 2 minggu selepas semua selesai.. tibalah masanya untuk memulangkan semula kereta ma yang kami pinjam tu.. Mula2 hubby cakap biar dia je balik hantar kereta ma & balik sini naik bas. Tapi rupa2nya.. ma kata dia pun nak datang KL sebab nak hantar angah & anak2 yang balik Keratong seminggu sebab cuti sekolah.. So.. sedang elok ler tuhh.. hubby hantar kereta ke kg.. & terus tumpang van ma pulak balik PJ semula Jimat duit tak payah beli tiket bas Hubby balik ajak Haziq je sorang sebab tak nak sunyi sangat drive sorang2.. Tapi dia cakap.. baru je kereta jalan 10 minit.. Haziq dah berdengkur.. apa taknya.. Haziq tu masih ngantuk kena kejut awal kul 6 pagi.. hubby bertolak lebih kurang pukul 7 pagi.. Pastu sampai Keratong sempat lagi ikut ma pi hantar pengantin (anak besan ma) pastu barulah dorang bertolak balik ke KL.. Sampai rumah pun dah malam.. Sempatlah aku masak2 untuk dorang makan mlm kat rumah aku masa dorang hantar hubby tu...

Jom tengok apa yg aku masak untuk dorang

Gulai asrong ayam tu permintaan dari ma & poksu Dee Angah & Abby tak suka.. tapi anak2 angah suka.. dorang komen.. lauk ni pedas tapi sedapp.. sambil makan sambil dorang berdesip2 kepedasan..



Antara byk2 lauk yang aku masak tu ada satu lauk yang aku sangat2 rindu nak makan. Kali terakhir aku makan rasanya masa aku mengidam waktu mengandungkan Dini.. masa ma tunjukkan aku buah tu kat aku.. rasa macam nak melompat pun ada.. Penangan orang mengidam.. Lebih dari 10 tahun aku tak dpt makan sayur tu... sebabnya buah yang digunakan agak sukar ditemui di sini.. Tapi bila makcik aku pelawa buah tu baru2 ni.. punyalah aku seronok... walaupun tak mengidam tapi aku memang dah lama teringin nak makan



Tentu ramai yang dah kenal buah kat bawah ni kan??? Ke ada gak yang tak kenal? Inilah dia buah gajus . Ada banyak nama buah ni.. Buah ni sebenarnya acu yang petik..


Aku pasti ramai yg suka makan biji buah gajus tu.. itupun beli yang dah siap diproses kan tapi tak ramai yang suka makan buahnya.. Tentulah.. sebabnya buahnya terasa kelat. Jika di Trengganu buah Gajus dikenali sebagai Jambu Golok. Di Kelantan pulak dikenali sebagai Ketereh. Di Trengganu lazimnya buah jambu golok yang telah masak atau yang hampir masak dipetik & dimasak sayur lemak bercampur sotong. Bagi aku ianya memang sedapp.. Arwah tok (nenek) aku dulu pernah juga buat sira buah jambu golok yang masak tu. Tapi aku dah ingat2 lupa cara membuatnya sebab masa tu aku baru bersekolah darjah 1 Tapi yang aku ingat.. isi buah jambu golok tu diperah airnya menggunakan pemerah kelapa tradisional (diperbuat dari kayu yang dikepit... skrg pemerah kelapa tu dah susah nak jumpa). Lepas diperah airnya.. isinya disira dalam air gula merah hingga jelira (mesra). Hmm... memang sedappp Kadang2.. biji buah gajus tu pun kami masak sendiri. Tak silap aku.. bijinya digoreng bersama2 dengan pasir dalam bekas yang sesuai spt tong drum yang telah dikerat pendek. Tapi dilarang sama sekali menggunakan kuali/kawah yang cantik.. sebabnya nanti dibimbangi biji2 gajus tu akan mengeluarkan getah yang akan mengotorkan kuali/kawah kita. Seingat aku dulu2.. jika tok goreng biji gajus tu.. kami budak2 dilarang duduk dekat2 sangat sebab takut terkena getah gajus yang kadangkala meletop2 tak kira tempat. Hmm memang byk betul kenangan dgn arwah tok dulu. Hari ni biarlah aku berkongsi resepi sayur yang menggunakan buah jambu golok tu supaya generasi sekarang tau akan kewujudan resepi ini...

Quote:
SAYUR LEMAK JAMBU GOLOK CAMPUR SOTONG
(Resepi Tradisi Trengganu)
Sumber rujukan : Ma & Sujah

Bahan2
½ kg buah jambu golok / gajus yang ranum
½ kg sotong sederhana besar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
2 biji cili merah
beberapa biji cili padi jika suka
1 hiris halia (untuk menghilangkan hanyir sotong)
3 cawan santan sederhana pekat (atau secukupnya)
garam & aji secukupnya

Cara2

1. Buah jambu golok dibuang bijinya dan isinya dihiris2 memanjang. Apabila habis dihiris semua isinya diramas/diperah supaya airnya keluar. Kemudian dicuci bersih. Bersihkan pula sotong & hiris membulat.
2. Campurkan semua bahan2 di atas dalam satu periuk dan masaklah macam biasa sambil sentiasa dikacau2 supaya santan tidak membuak.
3. Rasakan garamnya biar secukup rasa. Sedia dihidangkan bersama nasi putih panas2. Lebih sedap jika ada sambal belacan & ikan masin.


Itu sajalah untuk kali ni.. Resepi sempoi aje.. tapi cukup nostalgia bagi aku.. Masa ma & adik2 sampai tu.. masing2 semua teruja sebab ada sayur jambu golok tu.. ma pulak sampai pesan tinggalkan dia sikit sayur tu sebab masa tu dia nak gi solat dulu.. Padahal masih ada lagi dalam periuk.. tapi dia takut melepas tu yg dia pesan tu.. hehehe



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net