Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 2-Apr-2010 01:17 Email | Share | Bookmark
Paratha Telur Gulung & Roti Walnut Kismis

 
 
Salam Jumaat buat semua...

Hari ni aku nak masukkan resepi sempoi mempoi ajer.. Tengok orang dok gulung2 roti paratha segera ni.. aku pun sibuk teringin nak buat jugak. Sebabnya.. suka pulak aku tengok gulungan-gulungan paratha tu tersusun comel gitu.. Aku buat ni dah lama juga... rasanya 2 minggu lepas kot.. buat untuk sarapan cik abang & kakak Dini. Sebabnya hanya diaorang berdua jer yang selalu bersarapan kat rumah sebelum ke tempat kerja & ke sekolah. Aku & Haziq pulak biasanya kalau aku sempat buat sarapan dari rumah pun kami bawak bekal jer..

Oleh kerana buat pagi2 hari berkerja ni.. biasalah kan.. kelam kabut sikit sebab nak cepat.. so gambar pun amik lebih kurang jer.. tengoklah tu hasil potongan roll tu pun ada tinggi ada rendah.. nak cepat punya pasal Tak kisahlah kan.. janji boleh makan sudah Kebetulan ada kuah kari ikan lebihan semalam.. jadi lerrr wat cicah ngan paratha telur gulung tu...


Quote:
PARATHA TELUR GULUNG (Egg Paratha Roll)
Sumber : copy dari blog Kak Zai Dapur Impian (TQ kak Zai & empunya resepi )

Bahan:-
5 keping frozen plain paratha (guna jenama Kawan)
5 biji telor - dipukul sedikit (MaDiHaA guna 4 biji gred A)
sedikit daun bawang - hiris halus
1/2 biji bawang besar - dicincang halus
sedikit lada sulah
garam secukup rasa
sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha
beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja ~ tak boh pun)

Cara-Cara
1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan. (guna kuali biasa je)
2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor (MaDiHaA boh 4 sudu besar), biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
4. Masak lebih kurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidang dengan kuah kari atau gulai yang digemari.




Roti kat bawah ni pulak aku buat minggu lepas.. Pagi2 baru ler sibuk nak slice2 kan untuk breakfast suami & Dini.. so samalah amik gambar lebih kurang jer. Tak berapa puas hati dengan hasil roti kali ni sebab roti naik tak berapa cantik.. rasanya mungkin sebab yis tak berapa elok agaknya kot. Sebab dah 3 kali aku cuba gunakan yis (mauripan) yang ada kat rumah tu untuk experimen yang berlainan.. hasilnya semua aku tak puas hati.. Semua pun tak berapa naik roti & kuih aku... Tapi walaupun tak berapa naik... rasanya tetap sedapp Cuma rupa jer kurang menawann

Resepi roti ni aku ambil dari FP Mariah (adik Ida). Aku & family memang suka sangat2 dengan roti walnut & kismis ni terutama yg ada jual kat Mid Valley tu.. aku jarang pegi sana.. tapi kalau kazen aku Syikin atau Nakni nak pegi.. sure aku kirim dorang pegi beli... Kali ni aku try ler wt sendiri pulak.. dari segi rasa dah oklah jugak.. cuma tekstur jer aku kurang puas hati.. Mungkin boleh diimprovekan lagi & lepas ni aku nak try buat lagi guna mauripan yang lain pulak.. TQ Mariah kongsikan resepi. Tapi ada yang kaklong ubah2 sikit tu jangan marah yer... Nama pun kaklong dah ubah dari nama yang asal sebab kaklong tak bubuh almond..


Quote:
ROTI WALNUT & KISMIS
Sumber : Nor Mariah


Bahan2
550 gram tepung roti (asal guna tepong gandum)
100 gram planta
100 gram gula kastor
1 pack yis segera
100 gram walnut ~ di patah2kan
50 gram badam cincang (tak letak non stock)
50 gram kismis (letak separuh kismis kuning & separuh kismis hitam)
1 s/k bread improver (MaDiHaA tambah)
1 s/k bread softener (MaDiHaA tambah)
250 ml air

Cara2
1.Satukan tepung, planta, yis dan gula gaul rata
2.Kemudian masukkan walnut, badam dan kismis gaul rata
3.Kemudian masukka air dan uli sehingga menjadi doh
4.Bahagiakan doh kepada 2 dan biarkan doh mengembang sekali ganda sebelum dibakar
5.Panaskan ketuhar pada suhu 190 darjah celcius
6.Bakar roti lebih kurang 30 minit
7. Potong dan siap untuk dihidangkan

Note: MaDiHaA buat guna BM & guna setting sweet dough. Bangun pagi roti dah siap bakar



Cukuplah 2 resepi mudah untuk hari ni.... panjang umur.. jumpa lagi minggu depan insyaAllah..

Quote:
Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham Din Beramboi yang telah pergi kerahmatullah pada pukul 12.30 tengah malam tadi. Allahyarham telah disahkan dijangkiti demam denggi berdarah. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat & ditempatkan bersama2 insan yang beriman.. Aminnn...




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net