Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 5-Apr-2010 05:10 Email | Share | Bookmark
Bihun Goreng Taucu & Pau Kacang Merah

 
 
 
Salam...

Masak bihun ni untuk sarapan bila pun dah tak ingat.. dlm minggu lepas juga ni.. hari Sabtu minggu lepas kot.. ringkas jer tapi sedap..!

Quote:
BIHUN TAUCHU

Bahan2
1 paket bihun (400 gm) ~ rendam sehingga lembut dan toskan
150 gm udang ~ buang kepala & kulit
150 gm sotong ~ dihiris
1 mangkuk sawi
1/2 tin cendawan butang dlm tin ~ hiris nipis (ni sebenarnya lebihan buat chicken golden bleu tempohari)
1/2 cawan taucu masin
1 cawan air
minyak secukupnya
3 s/b cili kisar
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
tumbuk bahan2 bertanda*

Bahan Hiasan
1 keping tahu ~ digoreng & dihiris
daun sup & daun bawang ~ dihiris
1 biji cili merah ~ dihiris

Cara2 Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan udang & sotong. Masukkan sedikit air dan kacau rata.
3. Masukkan taucu & sayuran kacau & biar sayur layu. Masukkan bihun dan kacau rata.
4. Bila bihun dah lembut bolehlah diangkat dan taburkan dengan daun sup, daun bawang, hirisan cili & juga tauhu goreng.


Selain bihun.. buat juga pau kacang merah resepi yg di'print' dari Ida.. Ida plak copy dari Kak Rinchan via SueJoshua via Mat Gebu.. biasalah.. berjangkit2.. hehe.. Aku buat 2 adunan.. dapat juga bawak ke rumah angah di Klang kebetulan nak pegi Klang dengan Ida amik baju yang ditempah dengan angah.. tapi bukan baju aku.. baju Ida & baju makcikku Sujah.. Pau ku tak berapa menjadi mcm yg aku bagitau aritu mungkin kerana masalah yis.. nanti kena buat lagi lepas ni..


Pau tu aku buat 2 adunan.. pasal tu dpt byk Memang sengaja buat banyak sebab nak bwk ke Klang..

Quote:
PAU KACANG MERAH
Sumber : MAT GEBU copy via Ida


BAHAN-BAHAN:
240 g tepung Hong Kong (Tepung halus) (MaDiHaA guna tepong superfine)
1 tsp Double Acting Baking Powder (guna baking powder biasa)
1/2 s/t garam
1 tsp yis
25 gm shortening
100 ml air suam *
30 g gula halus *
1/2 tsp cuka *

inti red bean paste

CARA-CARA :
1.Dalam satu bekas, masukkan tepung Hong Kong, double acting baking powder + garam, yis dan lemak sayur.
2.Gaul ramas hingga adunan menjadi seperti serbuk roti.
3.Campurkan bahan yang bertanda *
4.Masukkan air yang bercampur dengan cuka dan gula.
5.Adun hingga menjadi doh yang lembut dan elastik (kurang lebih 15 minit, jika guna tangan dan boleh juga gunakan BM, caranya masukkan semua bahan doh kedalam BM, pilih setting Dough dan 'ON').
6.Perap doh selama 45 minit.
7.Keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang angin.
8.Bahagi kepada 10 bahagian berat lebihkurang 35gm tiap satu, bulat2kan.
9.Ambil sebiji doh dan leperkan diatas tapak tangan, sudukan inti dan cantum doh sehingga menutupi inti.
10.Letak pau diatas sekeping kertas (2 inci x 2 inci) . Buat hingga habis dan susun dalam kukusan.
11.Perap pau lebih kurang 20 minit.
12.Panaskan periuk pengukus dan kukus pau tadi diatas air mendidih selama 15 minit. (Ida kukus 5 minit ~ MaDiHaA kukus 10 minit)
13.Angkat dan sejukkan

Sekian dulu.. selamat memasak



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net