Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 8-Apr-2010 02:23 Email | Share | Bookmark
Nasi Goreng Cina, Ayam Panggang Peri-Peri Rosmary &Cheesy Wedges

 
 
 
 
 
 
Salam..

Memula nak gantung dulu award yg aku dapat dari FP Nurul ni.. TQ Nurul sebab sudi buatkan award untuk akak sebagai 1st komentar kat FP Nurul..



Resepi untuk hari ni pulak.. aku masukkan resepi makan malam kami baru2 ni... Buat nasi goreng cina ni sebab utamanya senang anak2 especially Haziq & Alin boleh makan sebab tak pedas. Resepi aku ambil dari FP Kak Amal TQ kak Amal sudi kongsi resepi yg akak dpt dr sifu akak.. senang jer nak goreng nasi goreng cina ni.. bahan2 pun mudah..

Quote:
NASI GORENG CINA
Sumber : Kak Amal
(gambar ni diambil oleh Haziq tengok semua brg2 belakang nampak )

Bahan-bahannya:
3 cawan nasi
isi ayam, udang, sotong ( ikut suka nak letak banyak mana.. MaDiHaA letak isi ayam jer dlm 1/2 cwn )
Telur 2 biji
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
Lada putih ikut pedas (kmal letak dlm 1sk je MaDiHaA pun sama )
3 ulas bwg Putih ~ cincang
minyak (utk tumis)
1/2 cwn mixed vege

Caranya:
Panas minyak..tumis bwg putih..masukkan isi ayam, udang, sotong--masa ni api kena besar, masak cepat2 mcm kat kedai duk masak tu...gaul sebati..pecahkan telur dan digaul lagi..slow sikit api masukkan nasi yg telah dileraikan terlebih dahulu...masukkan sos tiram, kicap cair, lada putih dan garam secukup rasa..last sekali masukkan sayur..siap. (MaDiHaA masukkan sayur dulu sebelum nasi)

Tip dari kak amal - nak lagi cepat masak dan jimat masa, masa leraikan nasi yg baru masak tu...gaulkan siap2 dgn garam dan lada putih..nanti campak je nasi tu...siap.. (Mertua MaDiHaA pun selalu buat macam ni & sekarang jadi ikutan MaDiHaA pula )



Sebelum tu.. aku perapkan dulu ayam peri-peri ni disebabkan kazenku Ida dok promote kata ayam ni sedap & dah berkali2 dia buat.. aku pun teringin ler juga nak rasa.. hehe.. Ayam ni ala2 ayam panggang kat Nandos tu.. nak pg Nandos taktau bila.. dah lama gak tak mkn kat sana.. so rajinkan diri wt sendiri.. Resepi asalnya dari Shima yg dok kat UK nun... tp aku dah taip semula resepinya ikut sukatan aku sendiri coz adik Shima kita dok bagi resepi agak2 seperti katanya 'sedikit sos bla2', 'banyak2 sikit sos bla2'. Pastu arahan masa membakar pun katanya kena selalu tengok2 ayam tu jangan sampai jd arang.. hehehe.. maka aku pun pepandai ler sukat ikut kehendak ati aku.. hehehe.. kalau sesiapa nak mencuba tu.. pepandai ler ejas sukatannya ikut selera masing2 yer.. TQ Shima untuk resepinya..

Quote:
AYAM PANGGANG PERI-PERI ROSMARY
Sumber : Shima (mama Myra)

Bahan2
Setengah ekor ayam (potong 2 & cuci bersih)
1 sudu kecil garam (boleh lebihkan kalu nak masin2 sikit.. aku takut darah tinggi!)
1 sudu besar sos tobasco - nak kasi pedas2 skit
2 sudu besar sos peri-peri extra hot nandos (haaaa nilah bhn utama dier!! )
1 sudu besar sos BBQ
1 sudu besar madu
1 sudu besar olive oil
1 sudu kecil dried rosmary ~ tumbuk2 sikit kasi hancur.. tak lumat sgt pun takpe
sedikit fresh rosmary (ini MaDiHaA tak letak none stock!)

Cara Penyediaan:

1. Ayam dikelar2 sedikit & diperap bersama2 semua bhn2 di atas selama 30 min - sejam. (lg lama lg sedap sebab sos akan meresap dlm ayam)
2. Panaskan oven suhu 200C selama 5 minit.
3. Bakar ayam selama lebih kurang 30 - 35 minit bergantung oven & saiz ayam yg anda gunakan. Semasa sesi pembakaran pastikan setiap 8 - 10 minit anda balik2kan ayam supaya masak rata & garing sekata.


Sebagai side dishnya... aku lengkapkan ngan cheesy wedges yang dah lama aku mengidam nak buat sejak2 terpandang kat FP kak Amal.. (Kak Amal lagiii... ) nampaknya kebelakangan ni.. byk resepi2 kak Amal yang jadi ikutan aku.. hehehe.. TQ kak Amal coz sudi share resepi rahsia sos untuk cheesy wedges yang sedap ni.. memang sebiji mcm KFC punya.. sos cheese yang kak Amal bagi ni dpt agak byk juga.. rasanya cukup digunakan untuk 1kg kentang. Kalau tak abis boleh simpan peti ais (dek tengah2) dan gunakan lagi esok atau lusanya.. (pastikan keluarkan dulu sos dari petiais supaya dia lembut sikit sebelum dipaipkan ke atas wedges)

Okeylah.. ini resepinya.. tapi resepi ni aku cilok dari FP Kak Rinn sebab aku ikut sama mcm kak Rinn juga coz tak dpt cari keju emborg & krim masam tu.. so aku gantikan spt dlm resepi tu.. TQ kak Rinn.. minta izin C & P yer..

Quote:
CHEESY WEDGES
Sumber : Kak Amal Copy dari FP Kak Rinnchan (thanks both of u!)

BAHAN-BAHAN:
500gm frozen wedges
200gm shredded cheddar cheese "Emborg" brand-yg warna oren (ganti dengan cheese slices..yang warna oren jugak.. MaDiHaA guna 10 pcs )
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum
1/2 cawan (125ml) susu segar (MaDiHaA tambah sikit lagi sebab sos agak pekat)
2 sudu besar sour cream (ganti dengan yogurt perisa asli)
Mayonis secukupnya untuk dihidang bersama sos ini.

CARA-CARA:
1. Goreng wedges hingga masak. Ketepikan.
2. Panaskan non-stick pan. (MaDiHaA guna kuali biasa jer). Cairkan butter dan masukkan tepung. Gaul sebati.
3. Masukkan susu dan kacau hingga pekat .
4. Masukkan cheese dan kacau hingga cheese mencair.
5. Masukkan sour cream dan kacau sebati hingga elok kepekatannya.
6. Paipkan sos cheese dan mayonis ke atas wedges yg telah digoreng tadi.


Ibu sibuk masak2 kat dapur.. abang Haziq sibuk main kamera ibu.. dah abis ambik gambar masak2 ibu.. gambar adik & semua orang pun dia ambik.. Ni antara gambar2 Alin yang Haziq snap masa dia main kamera tu.. Adik Alin pulak bukan main seronok & gedik lagi bila abang nak ambik gambar dia.. mcm2 memek muka yang dia buat..



Oklah.. inilah dia complete set makan malam kami.......... Tak dpt pegi makan kat Nandos.. kenalah masak sendiri Set ni gabungan Nandos & KFC sebenarnya.. Jemput tengok semua yer.. nak ajak mkn pun semua dah licin....



Selamat memasak & jumpa lagi




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net