Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-Apr-2010 08:17 Email | Share | Bookmark
Ikan Kerapu Masak Kerabu, Bitterballen Nasi & Bubur Candil

 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua...

Lately ni.. agak sibuk sikit ngan rutin harian & kerja2 wajib kat opis ni... so.. FP terbengkalai kejap.. heheh.. Kawan2 yang aku tak sempat nak membuat kunjungan balas tu harap janganlah kecik hati yer.. kalau masa mengizinkan insyaAllah.. aku akan lawat kalian semua..


Oklah.. masukkan resepi utk hari ni.. Resepi kali ni.. dari Majalah Sedap keluaran pertama yang dah lama terperap kat rumah tu.. Belek berkali2 tp tak terbuat jugak.. kali ni baru menjadi.. Orang lain dah ramai yang mencuba.. Disebabkan malas nak menaip balik resepi tu.. aku terus copy dari Ida Marlida... tq Ida..!

Quote:
BITTERBALLEN NASI
Sumber : Majalah Sedap
(MaDiHaA buat 2 adunan... pasal tu dpt byk.. )


BAHAN-BAHAN:
2 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu makan tepung gandum
150 ml air
1 ketul kiub ayam (boleh kurangkan kpd ½ kiub jika tak nak rasa masin)
3/4 sudu teh garam
¼ sudu teh serbuk lada sulah
300 gm nasi putih (dari 1 pot beras)
25 gm lobak merah - dipotong dadu dan direbus (anggaran suku carrot yg besar)
25 gm sayur buncis (5 batang) - direbus dan dihiris halus
30 gm keju parut (ni aku lebihkan sikit)
2 sudu makan marjerin untuk menumis
Minyak untuk menggoreng

BAHAN SALUT:
1 biji telur
75 gm tepung goreng serbaguna (takde.. aku ganti dengan tepong jagung yg aku perisakan dengan ajishio)

CARA-CARA:
1. Tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan tepung gandum. Kacau sehingga berketul²..
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga licin..
3. Masukkan kiub ayam dan lada sulah.. Kacau lagi..
4. Masukkan nasi, lobak merah, buncis dan keju.. Kacau sehingga bergumpal..
5. Bentukkan bulat2 sehingga habis semasa nasi masih panas dan celupkan di dalam telur yang telah dipukul terlebih dulu kemudian guling2kan di atas tepung goreng.. Lakukan sekali lagi.. (MaDiHaA buat sekali je..)
6. Goreng sehingga kuning keemasan..


Boleh dimakan begitu saja atau makan dengan sos cili kegemaran...


Boleh juga dipaipkan dengan sos cili & mayonis... sedappp..


Nak sedap lagi........ paipkan dengan mayonis & juga sos cheese macam ni..... amboiii.. bertambah spare tyre uu!!!

Sebenarnya.. sos cheese tu lebihan dari sos cheese yang aku gunakan untuk buat cheesy wedges tu.. (kan aku kata sos tu dpt byk.. cukup utk kentang wedges 1kg & ada lebih lagi!)


Ni pulak.. aku masak sebab geram tengok ikan kerapu segar2 kat 'kedai basah' berhampiran opis aku.. teringat pulak kat resepi yg aku dah simpan berkurun lamanya.. sambarlah sekor yg saiz agak besar jugak.. sampai tak muat pinggan panjang aku tu.. hehe.. Sib baik kat opis ni ada petiais.. so tumpang ler kejap simpan ikan tu kat freezer sementara menunggu petang.. Balik rumah masak.. puas makan anak beranak.. Resepi kali ni aku ambil dari blog Aishah Ummi Aqil yg dulu dok kat Jepun.. tp skrg nih dah balik Malaysia & stay kat Kuantan kalau tak silap.. Thanks ye Aishah.. akak C&P kat FP akak yer resepinya.. Memang sedap resepi ni.. tak rugi aku mencuba.. Simpan resepi ni dah lama.. cuma belum sampai seru jer nak cuba.. bila dah cuba.. terasa rugi pulak sebab lambat cuba.. lepas ni boleh buat lagi sebab sedappp!! Rasa sikit2 nak sama ngan resepi Ikan Bersos Thai yang aku pernah cuba dulu.. tp bahan2nya lain tau.. jom try

Quote:
IKAN KERAPU MASAK KERABU
Sumber : Aishah Ummi Aqil

Bahannya
1 ekor ikan aji saiz besar (MaDiHaA guna ikan kerapu)
sedikit garam
sedikit kunyit
sedikit serbuk bwg putih (guna fresh bawang putih yg ditumbuk)

Bahan dimayam/hiris halus (MaDiHaA gandakan bahan2 yg dihiris halus ni kecuali daun limau purut)
1 btg bunga kantan]*
1 btg serai]*
6-7 helai daun limau purut]* (bubuh 3 helai jer sebab hubby tak suka bau daun limau purut ni..)
2-3 tangkai daun kesum]*

Bahan lain (bahan2 ni pun MaDiHaA gandakan sbb ikan ku besauu..)
1 inci halia ]dimayam halus
3 ulas bwg putih ]dicincang halus
1 labu bwg besar ] 1/2 didadu 1/2 dipotong bulat
1 s/b sos tiram
2 s/b cili kisar
3 s/b sos tomato
2 s/b kicap manis
3 s/b sos ikan
1 s/k sos lea perrins
3 s/b minyak masak
1 s/b minyak bijan
garam

Caranya
1. Gaul ikan bersama garam serbuk bwg putih dan kunyit. Goreng hingga garing. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan minyak bijan, tumis halia, bwg putih dan bawang besar dadu hingga naik bau.
3. Masukkan cili kisar, goreng hingga naik minyak, masuk semua jenis sos, dan goreng rata.
4. Masuk pula bahan dimayam halus. Masak sehingga semua layu. Sekiranya terlalu kering tambah sedikit air.
5. Masuk bawang yg dipotong bulat dan perasa masam, masin dan manis nyer.
6. Siap dan boleh disiram di atas ikan yg telah digoreng tadi.





Last sekali........ layan dessert permintaan hubby...... actually dia minta buatkan bubur tepong atau kalau kat kampongnya dikenali sebagai bubur teran. Dorang panggil 'teran' tu sebab bancuhan tepong tu diteran dalam acuan yang dikhaskan utk buat bubur tu.. lebih kurang macam acuan orang buat cendol ler gitu.. cuma lubang2nya tu agak kasar sikit jer lagi.. Sebelah keluarga aku pulak.. bubur tepong tu lebih dikenali sebagai bubur chacha.. ni memang feberet arwah ayah aku ni.. nostalgia..! (bukan bubur chacha warna warni tu yer). Disebabkan aku takde acuan yang sesuai utk 'meneran' tepong tu.. maka aku decide untuk buat bubur candil aje utk dessert kami pada hari tu dengan persetujuan hubby ler jugak.. hehe..

Jom tengok resepi Bubur Candil style aku ni.. simple jer..

Quote:
BUBUR CANDIL
Sumber : Sendiri

Bahan-Bahannya
250 gm tepong pulut
4 ~ 5 sudu besar tepong gandum
1 sudu kecil air kapur
1 cawan air (jangan dihabiskan.. tengok keadaan doh dulu)
1 sudu kecil garam (bancuh dlm air kat atas tu)
Santan sederhana pekat secukupnya utk kuah (agak2lah ye)
Gula nisan (pun agak2 juga manis mana yg anda nak)
2 helai daun pandan ~ disimpulkan

Bahan Tambahan
Santan pekat yg dicampurkan dengan sedikit garam

Cara2nya
1. Campurkan tepong pulut dan tepong gandum dlm satu bekas. Masukkan air kapur & tuangkan separuh dari air bancuhan garam tadi lalu diuli sambil ditambahkan sedikit demi sedikit air sehingga mendapat doh yg lembut. (jangan dituangkan semua air tadi takut doh terlembik pulak.. kalau doh terlembik.. boleh tambah sikit tepong pulut atau tepong gandum ye).
2. Jerangkan air dlm periuk & biarkan mendidih. Sediakan pula sebekas air yang bersih dlm bekas yang lain.
3. Bulat2kan doh sebesar biji guli atau ikut saiz yang anda suka. Masukkan dlm air mendidih.. buat sehingga habis. Sambil2 buat tu angkat & toskan guli2 pulut yang dah timbul tu ke dalam air yang disediakan tadi. Tunggu sampai semua dah timbul angkat, tos & masukkan dlm air biasa tadi.
4. Dalam periuk yang lain.. jerangkan santan sederhana pekat bersama gula nisan & daun pandan. Sambil2 tu.. toskan bebola tadi lalu masukkan ke dalam kuah santan & masak sehingga mendidih & gula larut. Sentiasa kacau supaya tak membuak.
5. Bila dah masak tutupkan api & bolehlah dihidangkan. Jangan lupa semasa menghidang.. tuangkan sedikit santan pekat bergaram di atas bubur candil untuk menaikkan rasa lemak bubur candil tadi.


Masa menghidang.. jangan lupa tuangkan sedikit santan pekat bergaram untuk menaikkan rasa lemak pada bubur candil


Selamat memasak...........



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net