Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 19-Apr-2010 05:23 Email | Share | Bookmark
Roti Saj, Sup Lobak Putih + Bebola Ayam & Kerabu Sotong Mangga

 
 
 
 
 
 
Salam buat semua...

Harap sihat2 semuanya ye... Seperti yg dijanjikan minggu lepas.. hari ni aku tepek resepi2 buat tatapan semua & koleksi peribadi aku..........

Resepi pertama yang ku tukil dari FP Kak Rusnah...
Sejak tengok Kak Rusnah buat roti saj ni dulu kat dlm FP dia.. rasa macam teringin pulak nak cuba. Bukan kata sebab nampak sedap ke apa... tapi sebab sesaja nak rasa sebab aku ni memang peminat nombor satu sebarang jenis roti . Roti Saj ni menurut Kak Rus.. sama lebih kurang macam roti arab juga.. bezanya cuma roti arab tu digoreng dlm minyak yang banyak.. & roti saj ni digoreng tohor sama mcm nak goreng capati gitu.. Kiranya penggunaan minyak tu memang tersangatlah sedikit.. sesuai ler untuk orang diet.. hehehe.. Lagipun.. makan roti saj ni seketul pun dah kenyang. Selain dari makan dengan kuah dhal ataupun kari... boleh jugak disapu dengan kaya atau jem kat tengah2 roti saj yang telah dibelah dua. Kalau nak sedap lagi.. panaskan kejap dlm toaster sekadar nak melembutkan semula roti saj tu. Itu yang kami buat sebab roti saj untuk sarapan berlebih hingga ke petang.. so petang tu.. kami makan pulak dengan kaya... anak2 pun suka samada makan dengan dhal atau kaya... berbaloi buat walaupun roti nampak padat tp oklah bagi mereka yg nak mencuba kelainan & sarapan sihat..

Ni resepinya kalau ada yang nak mencuba.. satu adunan ni dapat agak byk juga lebih kurang 9 ~ 10 ketul ikut saiz yg aku buat tu.. (bergantung berapa besar saiz yg kita nak ler) T.kasih Kak Rus.. saya C&P resepinya kat sini halalkan yer..

Quote:
ROTI SAJ
Sumber : KAK RUSNAH FP

1 sb yis mauripan
1 sb gula (kak rus ganti ngan susu pekat kacau dalam air suam ~ MaDiHaA pun ikut sama)
1 1/2 cwn air suam
3 1/2 cwn tepung (MaDiHaA tambah lagi sebab adunan agak lembik.. tak taulah kot tersilap sukat bahan coz menguli subuh2 hari.. hehe)
1/2 st garam
sedikit minyak
Cara membuatnya:

1.Campurkan yis, gula, air suam dan garam sebatikan lalu masukkan tepung dan diuli.
2.Selesai diuli, ketepikan 1 jam...tutup kejap dgn plastik.
3.Uli lagi dan ketul-ketulkan kpd 7- 8 bahagian (MaDiHaA bahagikan kepada 9 - 10 ketul)...dibulat-bulatkan dan disalut minyak/tepung. (MaDiHaA salut minyak spt gambar kat bwh)

4.Ambil seketul dan ditekan-tekan dlm pinggan bulat bagi elok bulatnya dan digoreng tohor mcm goreng capati.......bila masak angkat.... (MaDiHaA masak lebih kurang 3 ~ 4 minit bagi setiap belah roti saj & terbalikkan masak lagi) mmmm makan ngan kuah....sedap dan kenyang....

Nota MaDiHaA : Semasa menggoreng gunakan api yang perlahan. Minyak hanya gunakan beberapa titis jer semasa menggoreng. Tutup kuali dengan penutup pengukus supaya wap panas tak keluar & roti saj cepat masak.




Ini Kari Dhal yang MaDiHaA masak untuk dimakan bersama dengan Roti Saj.. ini resepi dhal yang hubby ku belajar dari aci India kat pasar beberapa tahun lepas... sempat lagi tu sambil beli dhal sambil mintak resepi.. hehehe.. tapi aci tu cuma bgtau bahan2 jer.. sukatannya tu.. hubby ku yg pandai2 ejas sendiri.. Sebenarnya resepi kari dhal ni dah pernah masukkan dulu.. tapi takperlah kita ulangtayang resepi yek

Quote:
KARI DHAL
Sumber : Hubbyku

KARI DHAL
Sumber : Hubbyku..
Bahan2
1 cawan kacang dhal (khas utk buat kuah dhal) ~ cuci bersih & rendam dalam 1 - 2 jam (lagi lama rendam lagi cepat kacang empuk)
1 cawan ayam ~ dipotong kecik2 (bahagian tulang2 pun takpe just utk maniskan kuah aje.. kalu nak masukkan isi2 pun tak salah)
6 urat kacang panjang ~ potong 1 inci
1 batang carrot ~ potong ikut suka
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
2 ulas bawang putih ~ hiris nipis
1 inci halia ~ hiris nipis & potong memanjang halus
1 tangkai daun kari
3 biji cili kering ~ digoreng sebentar & ketepikan
1 sudu kecil serbuk kunyit*
1 sudu besar serbuk kari daging*
1 sudu besar serbuk jintan putih*
1 sudu besar serbuk cili* (boleh kurangkan jika takmau pedas)
garam & perasa secukupnya
minyak utk menumis
air secukupnya utk kuah
(bahan2 bertanda * campurkan sikit air jadikan pes)

Cara2 Memasak
1. Rebuskan kacang dhal yg direndam tadi hingga kembang & agak2 nampak nak pecah sikit.
2. Dalam periuk lain atau kuali.. panaskan minyak lalu tumiskan bahan2 hiris hingga terbit aromanya. Masukkan daun kari serta pes rempah2 tadi. Kacau rata dan biar wangi.
3. Masukkan ayam dan kacau kejap pastu masukkan air. Biar ayam masak sekejap.
4. Biar mendidih & last sekali masukkan bahan2 ini dalam periuk kacang dhal yg direbus tadi, cili kering goreng, lobak merah & juga kacang panjang. Masukkan garam & perasa secukupnya & biar mereneh ikut kepekatan yg anda suka. (boleh tambah air jika kuah terlalu pekat)
5. Siap utk dihidangkan dengan puri, chapati, roti saj ataupun roti canai what ever u like...


Dah siap masak roti & juga dhalnya... apalagi.. marilah kita makan..




Lobak putih ni pula.. bertapa dlm peti ais bukan main lama.. mentang2lah lobak putih tu sayur jenis tahan lama... tu yg dok terbiar tu. Bukannya apa.. kdg tu stok sayur yang hubby beli tak sempat habis dah dibeli sayur yg lain. Disebabkan nak selamatkan sayur yg tak tahan lama daripada rosak.. kenalah masak sayur2 tu dulu.. makanya lobak putih jadi mangsa terbiar.. hehe.. Sebenarnya hubby beli 2.. satu dah selamat digoreng dengan telur.. yang satu lagi ni baru ler sempat aku masak. Mula2 ingat nak buat kuih dari lobak putih resepi ambil dari Cik Manggis tapi tak jadi sebab stok udang kering pulak tak cukup.. KIV ler dulu.. huhu..

Ni resepi sempoi main campak2 jer kot ler ada yg nak cuba.. lobak putih ni elok untuk perempuan.. boleh perbanyakkan susu badan bagi ibu2 yang menyusukan bayi & dapat jugak melawaskan sistem perkumuhan especially bagi mereka yang ada masalah kencing kotor. Seeloknya.. lobak putih dikisar bersama air & sedikit garam & minum dalam 2 teguk setiap pagi sebelum sarapan. Jika taknak buat jus macam tu.. dijadikan sayur seperti sup ini pun dah memadai..

Quote:
SUP LOBAK PUTIH & BEBOLA AYAM

Bahan2
1 batang lobak putih ~ kopek kulit & potong ikut suka & cuci
400 gm bebola ayam (aku guna yg bersayur)
3 ulas bawang putih*
5 ulas bawang merah*
1 hiris halia*
(tumbuk lumat bahan2 bertanda*)
5 cawan air
1 kiub ayam
garam secukup rasa
minyak untuk menumis
daun sup & daun bawang dihiris utk hiasa (optional)

Cara menyediakan
1. Panaskan minyak masak lalu tumiskan bahan2 tumbuk hingga wangi. Masukkan air serta kiub ayam. Bila mendidih masukkan bebola ayam.
2. Bila bebola ayam dah agak masak.. masukkan lobak putih dan garam secukup rasa.
3. Kacau2 kejap bolehlah ditutupkan api.
4. Masa menghidang.. taburkan dengan daun sup & daun bawang.




Dan terakhir... edisi nak perabihkan buah mangga yg hubby beli.. Hari tu.. hubby ada beli 3 biji mangga muda yg jenis agak bulat sikit2 nak serupa mangga epal tu.. Tanya dia nak buat apa.. katanya saja aje nak mkn gitu. Ada ler nampak dia buat collek.. tp luaknya sebiji jer. Aku tak join sekali sebab masa tu belum lagi terasa nak mkn asam2 ni.. Selalunya kalau dalam seminggu nak period barulah tekak aku terasa nak makan asam.. kalau tak.. tengok orang makan asam takde rasa terliur pun.. hehe.. Dua biji lagi aku tengok dok tergolek2 dalam peti ais tak terusik dah lepas tu. Selang beberapa ari ada pulak hubby beli sotong. Aku pun teringat ler kat kerabu sotong mangga resepi Mat Gebu yang dah lama aku print. Aku pun buat ler sebab bahan2 lain pun semua ada.. Dah siap buat tu.. rasa macam tak sabar2 dah nak rasa kerabu tu.. heheh.. memang sedap ler kerabu cik Mat ni.. aku lagi suka ratah dari makan dengan nasi.. huishhh.. cerita ni pun aku dah mula terliur balik.. kekekeke.. Sepinggan tu aku balun sorang jer.. hubby ada ler rasa sejemput jer sebab dia jenis tak reti makan benda2 masam dengan nasi. Kalau jenis2 collek buah2 masam dia suka.. tp kalau lawan dengan nasi dia memang kureng.. anak2 pun tak reti mkn.. aku ler yang untung.. hehehe... Ada sebiji lagi mangga tu.. tengok ler kalau rajin kot jadi rojak buah pulak Sabtu or Ahad ni.. nenas pun ada tu...

Ok jom tengok resepinya. Terima kasih byk2 pada Mat Gebu untuk resepi yang menyelerakan lagi menggiurkan ni... mana2 yang belum pernah cuba.. harus kena cuba sebab sedap woo...

Quote:
KERABU SOTONG MANGGA

Sumber : Mat Gebu
Bahan-Bahannya
1 biji mangga mengkal
300 g sotong
1 biji bawang besar, hiris halus
1 camca besar kerisik
1 biji lemon, perah jusnya (MaDiHaA guna 2 biji limau kasturi)
1 camca besar sos ikan
1/2 camca teh serbuk lada hitam
2 biji cili merah*
2 batang serai, hiris halus*
1/2 inci belacan, dibakar*
Sedikit garam*
1 camca teh gula*(*ditumbuk hingga lumat)

Cara membuatnya
1. Cuci buah mangga, kupas kulit, racik sederhana halus, ketepikan. Sotong dipotong ikut suka, cuci dan toskan. Kemudian celur dalam air mendidih bercampur 1/2 camca teh garam selama 5 minit. Tos dan ketepikan.
2. Dalam satu bekas, masukkan bahan2 tumbuk lumat, bawang besar hiris, kerisik, serbuk lada hitam, sos ikan dan jus lemon. Kacau rata
3. Masukkan sotong dan mangga, gaul rata. Sesuaikan rasa dan jika ok, boleh dihidangkan segera bersama nasi hangat....


Jumpa lagi.... Selamat mencuba yer




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net