Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Apr-2010 04:13 Email | Share | Bookmark
Tempahan, Honey BBQ Chicken, Prosperity Burger & Air Lemon Barli

 
 
 
 
 
 
 
Salam semua...

Apa khabar semua yer? Harap sihat2 sokmolah yer... Hari ni masuk cerita masak2 lagi.. jangan boring pulak.. gambar xtvt lain ada.. tp belum ada mood nak edit gambar2 tu.. kena tunggu mood rajin dtg

Ahad bebaru ni.. jiran depan rumah menempah 2 jenis kuih untuk minum petang dari aku. Katanya adik beradik & parentsnya nak datang bertandang. Dia tak sempat nak buat kuih minum petang sebab dia sendiri sibuk memasak untuk lunch.. sebab tu dia tempah kuih dengan aku. Terima kasih ye Laily sebab sudi tempah kuih dengan kita.. dan kalau ada yg kurang kita mintak maaflah yer.. Lebih kurang mintak dihalalkan tau..

Inilah kuih yang Laily tempah.. iaitu Cara Berlauk 50 biji & serimuka 1 loyang.




Ulang tayang resepi cara berlauk.. actually ada slightly different dgn resepi yg aku buat dulu.. biasalah.. nak 'improved'kan lagi kuih dari segi rasa & teksturnya..

Quote:
CARA BERLAUK

Bahan2 Inti
1 cawan daging kisar
1 labu bwg besar - potong dadu
1 ulas bwg putih - potong dadu
1 s/b rempah kurma
1 s/k serbuk rempah sup
garam secukup rasa
perasa jika suka
1 cawan air
minyak utk menumis

Bahan Hiasan
2 biji cili merah - hiris nipis
1 tangkai daun bawang - hiris halus

Bahan2 Untuk Batter
2 cawan tepung gandum (sukat 2 cwn kemudian keluarkan 1 s/b)
3 cawan santan - dari sebiji kelapa
1 biji telur
garam secukup rasa
pewarna kuning secukupnya

Bahan Tambahan
Minyak masak tuang dlm mangkuk kecil
2 helai daun pandan ~ dilipat & diikat kemas utk menyapu minyak pada acuan cara.

Cara Menyediakan Inti
1. Panaskan minyak.. tumis bawang besar & bwg putih hingga wangi. Masukkan rempah kurma & rempah sup & kacau rata.
2. Masukkan daging kisar, garam, perasa dan 1 cawan air. Biarkan mendidih dan kacau2 sehingga inti agak kering.


Cara Menyediakan Batter
1. Campurkan semua bahan2 batter ke dalam bekas dan kacau rata menggunakan whisker.
2. Bila dah sebati.. tapiskan batter dalam bekas yang lain.
3. Untuk memudahkan lagi, tuangkan adunan batter ke dalam jug plastik yang ada muncung supaya mudah kerja memasak kuih cara.
4. Panaskan acuan cara dengan api yg sederhana kecil. Lenserkan minyak menggunakan daun pandan yg diikat kemas tadi pada acuan.
5. Tuangkan adunan batter sehingga agak2 penuh ke dalam semua lubang acuan. Masukkan 1 sudu kecil inti daging ke dalam setiap lubang acuan yang dah dituang batter tadi.
6. Taburkan daun bawang dan juga hirisan cili. Tutup acuan dengan tudung periuk kecil yg sepadan dengan acuan cara dan biarkan beberapa minit. Bila nampak dah masak.. bolehlah angkat menggunakan sudu.



Ok.. sambung lagi cerita masak2..

Sebenarnya lama dah aku masak kepak ayam bbq bermadu ni.. resepi ambil dari Gert. Thanks Gert! We ate them on its own.. & it's really delicious!! Bagi kami.. kalau masak ayam jenis manis2 gini.. sedap makan mcm tu aje.. serupa macam mkn kepak ayam madu tu juga.. kalau makan dengan nasi tak syok.. makan ratah macam tu yang buat sedap.. Ok Gert.. let me share your recipe here.. hope you don't mind.. thanks again..!

Quote:
HONEY BBQ CHICKEN WINGS
SOURCE : MY KITCHEN SNIPPETS

Ingredients: (MaDiHaA buat setengah dari resepi)

20 chicken wings- clean, cut and tips removed
1 tsp salt
1 tsp pepper
½ garlic powder
1 tsp paprika
1 cup flour

Sauce:

1 cup of barbecue sauce of your choice (MaDiHaA used Life brand)
2 tbsp Sriracha chili sauce or any kind of chili sauce (optional)
3 tbsp honey (more if you like it sweater)

1. Marinate the wings with salt, pepper, garlic powder and paprika for an hour.
2. Heat up the oil to about 350 degree F in a deep fryer, or you can use a deep heavy skillet with enough oil to fry the wings.
3. Lightly coat it with the flour. Fry the wings in batches until they’re golden brown and crispy.
4. In a small saucepan, heat up the BBQ sauce, chili sauce and honey. Once the wings is done toss it with some BBQ sauce. Serve warm or at room temperature.


Harus dicuba resepi ayam tu... sebab sedap sangattttt.. hubby pun kata sedapp... (kalau pakar kritik kata sedap tu.. memang sedaplah maknanya tuuu )


Ini pulak nak tayang burger yang aku buat baru2 ni.. Salah satu feberet aku kat Mc.D tu semestinya Prosperity Burger.. Tapi macam yang u all semua tahu.. prosperity burger ni bermusim kat Mc. D tu... time dekat2 nak raya Cina barulah ada jual.. Time tu memang tak lepaskan peluang.. sure pegi pekena punya.. kalau habis musim... jarang benor teringin nak masuk Mc. D.. hehehe.. Tapikan.. sekarang dah tak perlu nak gi Mc. D lagi dah.. sebabnya dah ada resepi sos yang menyerupai sos lada hitam yang digunakan dalam burger prosperity tu.. aku rasa dah ramai yang mencuba kot.. aku jer yang sokmo ketinggalan.. hehehe.. Jom intai resepi..

Resepi ni aku copy dari blog Midza.. resepi asalnya dari Hana yang diinspirasi dari blog Jeni & Kak Ina KL.. anyway.. thanks pada semua yang menyumbangkan idea... akak C&P resepinya kat sini yer..

Quote:
PROSPERITY BURGER
Sumber : Hana

Bahan2nya
1. Roti Burger
2. Burger Daging
3. Bawang Holland ~ di hiris
4. Salad & Tomato (jika suka)

Bahan Sos Lada Hitam
Sumber : Hana

1. 2 cawan stok ayam (MaDiHaA guna 1 cawan air + 1 kiub ayam)
2. 1/2 cawan susu segar (MaDiHaA guna 1 cawan)
3. 1-2 sudu besar lada hitam ~ di tumbuk kasar..agak-agaklah ..kalau nak pedas tambahlah byk sikit
4. 1/2 biji bawang besar - cincang
5. 2 sudu besar kicap manis - bergantung kehitaman yg dkehendaki (MaDiHaA boh lebih sikit)
6. 1 sudu sos tiram
7. 1 sudu mentega/ marjerin
8. 2 sudu besar tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
9. garam dan gula - jika perlu

Cara-cara
1. Tumiskan bawang besar hingga naik bau. Masukkan pula stok ayam & susu segar. Didihkan.
2. Masukkan lada hitam, kicap manis, mentega/marjerin, sos tiram dan gula jika perlu.
3. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit untuk mendapatkan kepekatan yang dkehendaki.
4. Goreng daging (tak yah letak minyak) dan lepas tu celupkan ke dalam sos lada hitam.
5. Belah 2 roti dan letak marjerin dan bakar sekejap. (MaDiHaA tekap kejap kat kuali panas)
6. Letakkan sayuran kegemaran pada roti.. Letakkan daging yang telah di celup sos lada hitam dan taburkan bawang besar yang di hiris & tutup dengan bahagian atas roti. Sedia dihidang.


Quote:
Ini pula resepi sos lada hitam dari Jeni.. bahan2nya lebih mudah..
Sos Lada Hitam
Sumber : Jeni

Bahan2
1 1/2 cawan air
3 sudu besar serbuk brown sauce (Brown sauce boleh diperolehi dari pasaraya. Selalu dalam peket besar. Sesuai untuk kuah steak juga.) (Boleh digantikan dengan HP Sauce)
2 sudu besar lada hitam biji ditumbuk halus (kalau tak cukup pedas tambah lah lagi)

Cara
1. Masuk semuanya ke dalam periuk.
2. Masak atas api sederhana.
3. Kacau dengan whisker sampai pekat. Tutup api.
4. Grillkan daging burger sehingga masak.
5. Celupkan daging burger ke dalam sos lada hitam tadi.
6. Letakkan dalam roti burger, taburkan bawang dadu.
7. Siap untuk dimakan.



Ok... dah makan yang pedas2... Honey BBQ Chicken la.. Prosperity Burger la... apakata kita minum pulak air lemon barli ni.. kalau nak sedap lagi boleh tambah ais.. tapi aku minum tak boh ais pun.. minum suam2 gitu... orang kata air barli boleh menyejukkan badan... betul ke? Apa2pun.. bila air barli dicampur dengan lemon... semakin sedap rasanya.. Jom minum!!

Quote:
AIR LEMON BARLI

Bahan2
1 cawan barli
2 biji lemon ~ digolek2 sambil menekan buah lemon dengan tapak tangan ke atas meja beberapa minit (petua ini agar semasa memerah jusnya.. jusnya mudah keluar)
gula secukup rasa
1.5 liter air (atau secukupnya)

Cara2 Menyediakkannya
1. Cuci bersih barli & rebus barli bersama dengan air sehingga barli kembang & lembut.
2. Masukkan gula secukup manis.
3. Tunggu agak suam2 sikit barulah diperahkan dengan lemon & hidangkan segera atau boleh juga dicampurkan dengan ais. Minum airnya & barlinya juga boleh dimakan.. sedapp..!

Nota MaDiHaA : Perlu tunggu sehingga air rebusan barli menjadi suam atau sejuk sedikit baru diperahkan jus lemon supaya kandungan vitamin C dalam lemon tidak musnah & merugikan anda sekiranya mencampurkan jus lemon ketika air masih panas


Ok semua.. selamat memasak ye kawan2


Quote:
salam madiha.kalu akak nak tempah dari madiha camne nak kontek ek....terlior tgk masakan madiha,tu teringin nak tempah tu....harap jawap ya...tq Fri 23-Apr-2010 06:26
Posted by:kak tyaha

Reply to Kak Tyaha : Salam kak.. akak dok mana ye? Kalau dekat2 ngan PJ ni insyaAllah.. saya cuba penuhi permintaan akak.. Itupun kalau keadaan mengizinkan & saya tak balik kamponglaa.. Akak boleh hubungi saya melalui email ni yer.. ratna@zagro.com
kalau akak takde email.. akak boleh tinggalkan nombor telefon kat ruangan komen tu.. nanti saya hubungi akak.. (bukan takmo letak nombor tel.. cuma belum bersedia & takut kena kacau ganggu je )






Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net