Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Apr-2010 03:25 Email | Share | Bookmark
Himpunan Masakan Ku...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum buat semua para pengunjung setia FP ku...

Mohon maaf kerana lama FP ni tak berupdate.. Terlalu sibuk dengan kerja2 kat ofis & kerja2 peribadi di tambah pula dengan keadaan ketiga2 anak yang tak berapa sihat (demam) sejak hari Rabu lepas dimulai oleh Kakak Dini & Haziq.. sampai sekarang pun belum betul2 kebah lagi.. & hari ni.. Alin pulak dah mulai dedor badannya.. Itulah agaknya FP terbengkalai buat seketika.. Tapi untuk mengubat rindu kawan2... hari ni aku masukkan entry himpunan masakan aku yang lepas2... so... enjoy!!

Hidangan ulangan... dah byk kali buat ni.. resepi boleh klik kat link sebelah yer


Ini pun sama.. dah ada rasanya resepi kat sebelah..



Ok kat bawah ni.. ada beberapa resepi yg nak ku sharekan...

Quote:
GARLIC BREAD
Sumber : Kak Amal (TQ kak...)


Bahan2
Roti Perancis / Baguette
100 gm butter
50 gm marjerin (dorina/planta)
sedikit serbuk lada sulah
4 ulas bwg putih ~ dicincang halus

Cara2 Menyediakan
1. Gaul sebati butter, marjerin, serbuk lada sulah & bawang putih cincang.
2. Roti Perancis di potong serong setebal 1 inci (atau terpulang anda nak tebal mana) Part ni.. aku potong pepat je sebab roti perancis mamak tu agak 'gemok'
.. kalau aku potong serong sure lagi besor nampak..
3. Sapukan roti dengan garlic butter tadi di permukaan roti. Sapu sebelah je.. sebelah lagi biarkan. Susun di atas baking tray dengan permukaan yg disapu garlic butter di sebelah atas.
4. Panaskan oven 160C selama 5 minit. Bakar dlm oven guna function grill selama 8-10 minit atau sehingga nampak agak garing. Sedia dihidangkan bersama dengan sup kegemaran anda.



Selain Garlic Bread kat atas tu.. aku buat juga Sup Kentang & Brokoli Berkrim ni. Mula2 ingat nak masak Sup Brokoli resepi Kak Amal gak.. tp aku takde Italian Herb.. so tak dapek ler nak ikut resepi Kak Amal. Last2.. aku buat je sup ikut resepi Chef Sabri. Alhamdulillah.. semua ahli keluarga suka dari yang tua sampai ler ke anak dara ku yang kecik tu.. bukan main berselera mkn roti bawang putih cicah ngan sup ni.. Walaupun dalam sup ni ada bahan yang anak2 memang tak suka iaitu celeri.. tapi bila dah dikisar halus gitu campur dalam sup... dorang tak perasan pun kehadiran celeri tu.. bagus gak hidang sup2 mcm ni.. kalau ada anak2 yang tak suka sayur pun still boleh makan.. hehe.. Sebenarnya aku masak ni untuk dinner kami anak beranak pada malam bila entahlah dah lupa.. punyalah lama nak masuk n3 sampai tarikh kejadian pun dah lupa... hehe..

Jom tengok resepi.. leceh sket nih sebab kena taip balik.. takleh nak copy & paste mcm selalu.. hehehe..

Quote:
SUP KENTANG & BROKOLI BERKRIM
Sumber : Chef Sabri

Bahan2
300 g kentang ~ buang kulit dan dipotong dadu
200 g brokoli (MaDiHaA letak double quantity) ~ dipotong
60 g Bawang besar holland (letak 1 biji besar)~ dihiris
80 g celeri (letak dlm 2 tangkai je)~ dihiris
1 kiub ayam
1 tin susu sejat penuh krim
2 liter air
1 biji air limau nipis (letak setengah biji je)
2 sm garam (letak secukup rasa)
1 sm gula

Hiasan : Daun bawang dihiris dan bawang goreng (tak letak pun)

Cara:
1. Dalam satu periuk masukkan air, kentang, brokoli, bawang besar, celeri, kiub ayam dan masak hingga mendidih selama 20 minit.
2. Padamkan api dan masukkan susu, kacau hingga rata.
3. Biar sup menjadi suam dan masukkan ke dalam bekas pengisar.
4. Kisar hingga halus kesemuanya dan masukkan semula ke dalam periuk.
5. Panaskan semula bahan2 yang dikisar lalu masukkan garam, gula & jus limau.
6. Hias dengan daun bawang & bawang goreng. Siap untuk dihidangkan bersama roti bawang putih.


Jemput makan semua....




Kalau tadi makan roti yg bukan buat sendiri... kali ni kita makan roti buat sendiri pulak ye

Roti kali ni resepinya aku ambil dari blog MamaFaMi. Mama pulak.. mengubah suai resepi asal Roti Ham Keju dari Ayin menjadi Roti Gulung Luncheon Ayam atau dlm bahasa omputehnya.. Chicken Luncheon Rolls... cuma gantikan isi dalamnya aje.. rasa memang sedap.. lembut & gebuss... semua anak2 suka termasuk ayahnya... alhamdulillah... baru lepas bakar masing2 dah rasa seketul dua.. pastu selebihnya dibuat sarapan keesokan paginya.. still lembut.. tapi harus ingat.. roti mesti disejukkan & disimpan dlm bekas bertutup ataupun dlm plastik. Kalau tak.. permukaan roti jd keras. (pasal tu kat kedai2 roti.. roti diletak dlm plastik..)

Jom tengok resepi.. mintak halal ye ma saya C&P resepi dari blog mama ni.. Thanks!

Quote:
CHICKEN LUNCHEON ROLLS
Adapted from Ayin's Roti Ham Keju
(Copy & Paste from MamaFaMi’s blog ~ thanks both of u!)

Ingredients :

250 g high protein flour (MamaFaMi add a little bit more.. but I don't cause I only used 1 egg yolk)
30 g sugar
20 g milk powder
6 g instant dried yeast (1 1/2 teaspoons)
1/2 teaspoon salt
1/2 teaspoon bread softener
2 egg yolks (used 1 only A grade)
130 ml fresh milk
30 g butter
3 pieces Chicken Luncheon ~ cut to small pieces
Mozzarella cheese ~ grated (MaDiHaA used sliced cheese)

Method : (Breadmaker method)

1. Pour fresh milk into the breadmaker pan. Add in salt, sugar and egg yolks
2. Top it with sifted flour, dry yeast, milk powder and dough softener.
3. Set the Breadmaker to Dough function.
4. Once the dough is just combined, add in butter and leave the Breadmaker to continue doing it's job. This process will take about 1 1/2 hour including prooving.
5. Remove dough from BM and punch down to release the air. Cut the dough to 2portions.
6. Roll the dough flat. Sprinkle with cheese and chicken luncheon. Then roll like swiss roll. Slice to the thickness of 1/2 inch. Arrange on the baking tray sprinkled with a bit of flour. Repeat the same procedure with the other portion. (MaDiHaA put sliced dough in paper liner)

7. Leave to proof till double the size.
8. Bake in a preheated oven at 180 C for 30 minutes or so. (MaDiHaA baked only 14 ~ 15 minutes @ 170C)
9. Once out of the oven, brush with butter.





Ok... resepi yang last sekali ni pun serupa roti gak.. sekali tengok macam Roti Saj yang aku buat aritu kan.. Tapi sebenarnya lain yer Resepi kuih ni terjumpa kat blog autie Yochana bebaru ni.. Dah lama mencari2 resepi kuih ni sebenarnya. Pada mulanya memang tak tau apa nama kuih ni.. tapi aku memang pernah nampak bila ada opismate (salesman) yang bawa balik berplastik2 ke opis kerana ramai staff2 Cina kat opis ni yang mengirim (beli) kuih ni setiap kali dia (salesman) outstation ke Sungai Buluh.. Dorang kata.. kat PJ ni takde orang jual kuih ni... cuma kat Sungai Buluh je yang ada agaknya.. itupun.. semestinya 'Chinese Hawker' ajelah.. bukan gerai Melayu. Oleh kerana kepingin nak tau macamana rasa kuih ni.. bila dah dpt resepinya.. teruslah aku mencubanya.. Boleh dikategorikan dlm keluarga roti atau pau.. sedap dimakan panas2 bila baru masak.. sedaplah juga.. mcm makan roti gitu.. Untuk pengetahuan kawan-kawan.. Hakka Cheen Loong Pau ni boleh diintikan dengan pelbagai jenis inti seperti kacang merah (mcm yang aku buat ni), kelapa, kacang tanah, kaya dll.. (aku tau ni mengikut apa yang aku tengok ofismate aku beli tu la)

Jom tengok resepi! Thanks to aunty Yochana for sharing this recipe... I share your recipe in my blog for my own references & for other friends if they have interest to try..

Quote:
HAKKA CHEEN LOONG PAU

Source : Aunty Yochana
Ingredients for the skin:

200 gm. Hong Kong flour (I used all purpose flour)
1/2 tsp. baking powder
1 tsp. Instant Yeast
35 gm. castor sugar
40 gm. shortening
100 ml. water (if dough is too dry, add a little bit more water)

Ingredients for fillings:

Mix all together:

100 gm. roasted groundnuts - blend
1 Tbsp. sesame seeds - roasted
30 gm. castor sugar
a pinch of salt
some water

I used Red bean paste (25 gm each & make a round ball)

Method:

1. Mix all the skin pau ingredients into a mixer and beat till you get a smooth pliable dough. If it's too dry, add in a little bit water.
2. Scale into a round ball and let it rest for 1 hour.
3. Scale proved dough into 40 gm. portions and then wrap with fillings of your choice. You can either wrap with peanut fillings or red bean paste. Press lightly to flatten the surface.
4. Leave to proof for another 45 mins.

5. Heat up frying pan with some oil (not too much) and fry the paus until golden brown on both sides.


Mari makan pau... makan time panas2 baru sedap pau ni..


Ini pulak.. dpt award dari Ayi tauke kek yg buat kek sambil belajar tu... memang tabik sgt kat ayi sebab pandai menguruskan masa dengan bijak... thanks ayi sudi bagi award persahabatan ni... akak doakan semoga bisnes ayi sentiasa maju & happy anniversary & happy belated besday buat ayi...


Selamat berhujung minggu buat semua.... jumpa lagi...

Quote:
Kepada semua kawan-kawan dan saudara mara yang mengucapkan ucapan hari lahir buat aku tak kira sama ada di Facebook, SMS & panggilan telefon... MaDiHaA mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda semua... Ucapan dari kalian semua sedikit sebanyak telah menceriakan hati ku walaupun sebenarnya agak risau dengan ketiga2 anak yang masih dilanda demam... doakan mereka semua segera sembuh seperti sediakala ye kawan2.. dan harap2 takde yang serius... Terima kasih sekali lagi...







Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net