Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-May-2010 09:15 Email | Share | Bookmark
Hari Pembukaan Gerai Bihun Sup Utara Chef E

 
 
 
Tarikh : 24hb April 2010
Hari : Sabtu
Tempat :
Hadapan Blok A
PPR Pudu Ulu Per. Awam DBKL,
Cheras, KL

Hari Sabtu 24hb April yg lalu.. aku sekeluarga serta semua sanak sedara yg ada kat area PJ ni telah dijemput oleh kazen ku Ida & suaminya yang buat hari pembukaan Gerai Bihun Sup Utara kat Cheras nun.. Dengan berbesar hati serta sebagai sokongan dari kami semua.. datanglah kami ke gerai beliau yang baru dibuka pada hari tu.... tapi oleh sebab suami ku kerja hari tu.. mlm baru kami sampai.. walaupun dah malam.. kami tetap pegi.. sapa tak suka bebb... makan freeee... Bukan untuk kami anak beranak je yg dpt makan free.. malah.. semua pengunjung yg datang pada malam tu diberi makan secara percuma sempena hari pembukaan gerai... Alhamdulillah.. semoga bisnes Ida & Abg E diberkati oleh NYA selalu & dimurah rezeki hendaknya...

Al-kisah.. pembukaan gerai ni adalah kerana suami kazen ku baru lepas bersara.. Sebagai orang yang memang mempunya bakat masak memasak.. gerai ini dibuka sebagai punca rezeki beliau sekeluarga selepas ini.. Chef E sebenarnya dah lama berjinak dlm dunia masakan.. malah pernah mendapat tunjuk ajar dan mendapat sijil dlm bidang masakan dr Hotel Grand Season Kuala Lumpur. Kalau nak tau.. Chef E ni pun pandai masak memasak untuk kenduri kahwin juga.. Masa adik Ida kawin dulu pun dia yg jadi ketua memasak . Dulu beliau suami isteri (sebelum Ida kerja) juga pernah berniaga di pasar Ramadhan Sentul meniaga Bihun Sup Utara ni.. Kalau ada yang perasan.. masa dia niaga tu.. Chef E pun mengenakan pakaian ala Chef seperti dalam gambar di bawah juga Hanya ada satu gerai je yang tukang masaknya pakai baju chef....

Pada yg rasa teringin nak merasa air tangan Chef E yang sememangnya marbelesssss nii... jemput2 ler pegi ke gerai beliau spt di alamat di atas yer (Ida... ni kaklong promote habis2an ni... agak2 dpt mkn free lagi dak nanti ) hahaha.. sebenarnya aku bukan sekadar promote jer... tapi dah memang hakikatnya bihun sup utara Chef E sedappp... takleh lawan dengan yg terjual kat pasar mlm kat rumah aku niiiiiii

Jom layan gambar2 yang tak seberapa ni...





Ni gambar2 yang aku copy & paste dari FP tuan empunya gerai... Mintak halal ek Ida..


Tak boleh tahan tengok ituuuuu isi dlm mangkukkkkk... waaaaa.. manyakkkk terliurrrr...



Apa tunggu lagi...!!! Kalau rasa terliur tu... jomlah kita pegi serang gerai Chef E............

Sekian dulu... jumpa lagi next entry... Entry terkumpul lagi InsyaAllah..

Quote:
Kepada semua kawan2 yang mendoakan kesihatan anak2 MaDiHaA.. terima kasih byk2 diucapkan.. alhamdulillah.. anak2 semua dah baik demam.. cuma lepas baik demam tempohari.. Haziq macam kena campak pulak.. elok campak .. naik gegata pulak.. doktor cakap.. mungkin alergik makanan agaknya.. skrg kena pantau makanan yang Haziq makan.. belum dapat nak trace apa yang buat Haziq alergik.. Harap cepat2lah berlalu segala penyakit yg hinggap kat anak2... amin



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net