Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 10-May-2010 08:53 Email | Share | Bookmark
Selamat Hari Ibu Buat Semua Ibu-ibu...

Salamm....

Harap belum terlewat utk aku ucapkan buat semua ibu-ibu di seluruh dunia....... & buat semua ibu-ibu yang setia berkunjung di FP MaDiHaA... SELAMAT HARI IBU... HAPPY MOTHERS DAY.... semoga kita semua menjadi ibu yang terbaik buat anak-anak kita... insyaAllah....

Juga ucapan ini ditujukan khas buat ma tersayang & juga mak (mertua) yang dikasihi... SELAMAT HARI IBU buat ma & mak.... Buat ma tersayang.. terima kasih kerana membesarkan MaDiHaA (hingga begitu cukup BESAR ) dengan penuh kasih & sayang yang tiada berbelah bagi... Terima kasih kerana memanjakan MaDiHaA sehingga kini (walaupun aku dah tua).... aku bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat2 menyayangi anak2nya... Tiada terbalas segala jasa2 ma terhadap aku...

Buat mak yang dikasihi... terima kasih kerana sudi menerima ku seadanya sebagai menantu perempuan pertama dalam keluarga mak.. Walaupun MaDiHaA tak punya rupa paras yang cantik malah umur MaDiHaA tua 2 tahun dari abang... tapi mak tidak ambil kisah semua itu... terima kasih kerana mak begitu sayangkan MaDiHaA dari awal sehingga ke hari ini.. Terima kasih untuk segala2nya buat ma & mak... SELAMAT HARI IBU....




Terima kasih juga pada Kak Rusnah kerana sudi bagi kad ucapan hari ibu yang sangat comel ini....







TQ Kak Rus...

Jumpa lagi..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net