Want your
own Fotopage?






 
Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 11-May-2010 06:35 Email | Share | Bookmark
Resepi Terkumpul & Tempahan dari Kak Hamsiah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum.. dan salam sayang buat semua....

Terlebih dulu.. MaDiHaA ingin mengucapkan salam takziah buat keluarga Hajah Roszana a.k.a Cikgu Roszana yang berada di Meru kerana telah kehilangan ayahda tercinta buat selama2nya semalam. Semoga kak Ana tabah menghadapi dugaan ini & redho dengan pemergian allahyarham. Al-Fatihah..


Ok.. MaDiHaA sambung entry seterusnya dengan gambar2 masakan pula ye..
Kali ni bercerita pasal tempahan yang diterima dari kenalan cyber iaitu Kak Hamsiah dari Cheras. Selasa minggu lepas (4/5/2010) alhamdulillah.. sempat juga akhirnya menyiapkan tempahan yang diterima.

Rupa2nya.. opis Kak Ham dekat aje dengan rumah aku kat Bandar Sunway. Memula.. kazen aku Ida ckp ada orang mintak nombor telefon aku dari dia nak tempah kuih katanya.. aku ingat nak tempat sikit2 jekk.. ambik kauuu.. terkejut jap aku sebab Kak Ham dok sebut seratus.. hehehee.. macam byk sangat kan?? Tapi bagi aku yang baru berjinak2 dengan bisnes kecil2an ni... terasa mcm byk gak laa.. Yelahh.. aku buat sorang2 takde sapa tolong.. Siang kerja.. mlm baru ada masa buat.. dah tu.. ada baby lagikk.. Tapi bila dah Kak Ham memberi kepercayaan pada aku.. aku beranikan diri gaklah mencuba.. Lagipun.. kuih yang Kak Ham tempah seperti tat telur tu.. dulu aku memang pernah buat utk niaga.. skrg jer aku takde masa nak anto ke kedai2. Apa2pun.. MaDiHaA ucapkan berbanyak terima kasih buat Kak Ham yang sudi menempah dengan MaDiHaA. Segala kekurangan dari segi rasa maupun rupa paras kuih2 tu.. MaDiHaA mohon maaf byk2 yer kak..

Terasa kembang hati bila selepas 5 minit hubby deliver kuih2 tu sumer.. Kak Ham telefon cakap "Akak dah rasa dah dua2 kuih Ratna buat tu... meeeemanggg sedappp..!! tip top!!" amboi kak Ham.. hidung saya yang sedia kembang ni bertambah kembang bila kena puji ngan akak.. kekekeke...

Kat bawah ni order2nya..

50 biji Chicken Luncheon Rolls


100 biji Egg Tarts



Ini semua order dari Kak Hamsiah.. TQ kak sudi order



Ini pulak menu ulangan.. sesaja merajinkan diri ambil gambar sebab nak masuk dlm blog Dlm Fp ni dah pernah masuk resepinya dulu.. Kalau nak resepi boleh cari kat link sebelah under tajuk seafood. Resepi ni memang sedap..!!



Okeh.. meh kita layan bakso pulak

Sebut je Bakso.. mesti semua terbayangkan bebola dagingnya tu kan? Bakso ku kali ni agak lain sikit dari bakso yang biasa orang buat tu sebab ianya telah digandingkan dengan tauhu. Masak kuahnya pun senang yang amat... Selalunya bakso ada disertakan sosnya.. tapi resepi ni takde ler pulak.. Oleh kerana tekak lebih selera makan yang terasa pedas2 sikit.. so aku memandai tambah sambal kicap, hirisan kobis & limau kasturi.. ikut selera masing2lah kan! Resepi asalnya aku ambil dari Majalah Sedap keluaran yang pertama dulu.. (banyak resepi yang aku berkenan dlm Majalah Sedap keluaran pertama nih!) Saja nak mencuba kelainan.. hari2 makan nasi pun jemu juga...

mari tengok resepi

Quote:
BAKSO TAUHU KUAH

Bahan-bahan
2 keping tauhu (aku guna 3 keping)
25 gm tepong gandum
100 ml air
1 ketul kiub lembu
100 gm daging lembu cincang (aku guna 140 gm daging kisar Ramlee)
100 gm tepong kanji (aku guna tepong kentang)
1 biji putih telur
1 tangkai daun bawang ~ hiris halus
3 ulas bawang putih ~ tumbuk lumat
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
3/4 sudu teh garam

Bahan2 Kuah
2 liter air
4 ketul kiub lembu (aku guna 2 ketul jer)
2 sudu makan bawang merah goreng ~ dicincang (aku guna 2 ulas bawang merah dihiris nipis ditumis utk masak kuah)
garam secukup rasa
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
2 tangkai daun bawang ~ hiris halus

Bahan Pelengkap
300 gm bihun ~ direndam & celur ~ tos (resepi asal tulis 75gm.. mungkin typing error kot)
limau kasturi (MaDiHaA tambah)
sambal kicap (kicap + cili padi + gula) (MaDiHaA tambah)
hirisan kobis atau taugeh (MaDiHaA tambah)

Cara Membuatnya
1. Tauhu dipotong tiga segi & dibelah dua untuk setiap keping. Rendam selama 15 minit dalam 500 ml air dan 1/2 sudu makan garam. Toskan.
2. Masak 100 ml air + kiub lembu lalu masukkan tepong gandum dan kacau2 hingga likat. Angkat & sejukkan.
3. Campurkan daging cincang, tepong kanji, putih telur, daun bawang, bawang putih, serbuk lada sulah, garam & bahan yang dimasak tadi lalu diuli sehingga rata.
4. Intikan diatas tauhu yang dipotong tiga segi tadi sehingga habis. (MaDiHaA punya ada lebih so aku just bulat2 kan je)
(Note MaDiHaA: lepas diintikan... susun dlm loyang. Gunakan lidi pengcungkil gigi lalu cucukkan ditengah2 tauhu supaya semasa dimasak, inti dpt melekat betul2 pada tauhu.. kalau tak buat gini.. ada sebahagiannya.. inti akan gelungsur dari tauhu.. ikut pengalaman sendiri ler ni )
5. Panaskan periuk pengukus. Kukus selama 25 minit atau sehingga benar2 masak. Jangan lupa buangkan lidi pencungkil gigi sebelum dihidangkan.

6. Untuk membuat kuah.. Panaskan sikit minyak lalu tumiskan bawang merah yang dihiris sehinggga wangi dan keperangan. Tambahkan 2 liter air, kiub daging, lada sulah & garam. Renihkan sehingga mendidih. Biar secukup rasa. Akhir sekali.. masukkan hirisan daun bawang.
7. Siap untuk dihidangkan bersama bihun, bakso tauhu & bahan2 pelengkap yang lain.





Okey.. kalau tak suka Bakso.. apakata kita makan Nasi Goreng USA pulak

Quote:
NASI GORENG USA (Untuk 4 orang makan)

6 cawan nasi yg diperoikan
4 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar ~ dihiris memanjang
3 s/b cili + bwg besar kisar
2 s/b sos tiram
1 s/k pati ayam
1 cawan mix vege
Garam secukup rasa
Sikit minyak masak

Cara menyediakan Nasi Goreng
1. Panaskan sedikit minyak & tumis bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan cili bwg kisar dan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan pati ayam, sos tiram, sikit garam & mix vege. Kacau rata.
3. Masukkan nasi dan gaul sehingga rata. Rasakan garamnya jika kurang masin boleh taburkan sikit garam & gaul lagi.. bila dah secukup rasa bolehlah diangkat.
(kalau taknak ikut resepi ni.. just goreng jelah ikut resepi masing2.. janji ada lauk daging masak merah )

Daging Masak Merah

400 gm daging ~ direbus hingga empuk & dihiris nipis & agak lebar sikit
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 biji bawang besar Holland ~ dihiris memanjang
1 biji kecil capsicum ~ dipotong dadu (tak kisah warna apa.. MaDiHaA guna warna kuning)
4 urat kacang panjang ~ dikerat 2 inci panjang
1 biji tomato ~ dipotong baji
(boleh tambah carrot & cauliflower juga kalau nak)
4 s/b cili + bwg besar kisar
4 s/b sos cili
2 s/b sos tiram
sedikit air rebusan daging
Garam
Ajinomoto (jika suka)
Minyak untuk menumis

Cara Menyediakan Daging Masak Merah
1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan cili bawang kisar dan tumis hingga agak garing.
2. Masukkan daging dan sedikit air rebusan daging dan biarkan seketika.
3. Masukkan sos cili, sos tiram, capsicum, kacang panjang dan bawang besar, gaul rata.
4. Tambah sikit garam & ajinomoto & akhir sekali masukkan tomato. Kacau2 sekejap.. dah siap & sedia dihidangkan bersama nasi goreng serta bahan2 pelengkapnya.

Bahan2 Pelengkap
Telur mata kerbau
Hirisan timun
Hirisan tomato




Selain buat nasi goreng USA kat atas tu.. mlm sebelumnya aku buat kuih lapis istimewa ni.. memang sedapp.. lain dari yang lain.. jom tengok resepi..! memang tak rugi mencuba... Pagi tu.. dapatlah bersarapan dengan kuih lapis dan nasi goreng USA...

Quote:
KUIH LAPIS PES KACANG MERAH

Source : my resepi (copy from ayu http://curlybabesatisfaction.blogspot.com/)
Ingredients:-(27cm tray- I used 26cm)

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
200ml santan
sedikit garam
3/4 cawan gula-saya gunakan 1/2 cawan saja kerana pes kacang dah manis
400 gram pes kacang merah
pewarna merah dan kuning star brand
1 cawan air panas untuk larutkan gula
3 cawan air biasa

Method:-
1. Larutkan gula dengan 1 cawan air panas.Masukkan santan dan 3 cawan air.
Masukkan tepung dan kacau hingga sebati.Tapis adunan untuk hilangkan bintil-bintil yang tidak larut.
2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Pertama, warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna merah, yang kedua ditambahkan dengan pes kacang merah dan dikacau hingga sebati, dan yang ketiga warnakan dengan 1/4 sudu teh pewarna kuning.
3. Panaskan periuk pengukus & biar cukup panas. Sapu loyang dengan minyak masak supaya kuih tak melekat pada loyang nanti. Masukkan setengah daripada adunan warna merah ke dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
4. Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya. Masukkan setengah daripada adunan yang dicampur pes kacang merah. Kukus 5 minit.Buka penutup pengukus dan lap wap air pada penutupnya.
5. Masukkan setengah daripada adunan warna kuning. Kukus 5 minit.Ulang langkah di atas untuk lapisan pes kacang merah, kuning dan akhir sekali merah.Setelah selesai semua lapisan, kukuskan lagi selama 30 minit.
6. Tunggu hingga BETUL2 SEJUK barulah dipotong.





Masa ketiga2 anak demam hari tu.. rasa risau kerana diaorang semua tak selera nak makan nasi. So.. nak bagi diaorang makan selalunya aku masak bubur nasi. Selain bubur nasi.. masak juga bubur oat ni. Memang sedap!! Tapi kalau nak masak bubur oat ni.. lepas masak.. terus segera makan ye.. kalau makan lambat ia akan jadi pekat (macam bubur aku tu) tapi still rasanya enak banget!! Bukan orang demam je yg berselera... ibunya pun sama berselera.. hehehe...

Jom lihat resepi.. nanti aku masukkan versi bubur nasi pulak.. aku masih ikut resepi asas yang sama jugak sebab aku rasa resepi bubur ni ada kelainannya dari yang biasa aku buat.. sebab ada campuran rempah & halba tu.. memang best!! Terima kasih kepada tuan empunya resepi yer.. saya copy & paste resepinya kat sini...

Bubur ni sedap dimakan bersama ikan bilis goreng garing, keropok keping goreng atau taburan lobak asin serta hirisan daun bawang.. yummy!!

Quote:
SAVOURY OAT PORRIDGE
Sumber : Cheritaku Cheritamu

Ingredients
1 cup of oat
half onion - sliced
some chicken / beef / lamb - small diced (MaDiHaA guna ayam)
sliced ginger
1 tbsp of soup / korma powder (guna rempah sup)
1 star anise
2 cloves
1 cinnamon stick
1-2 coconut milk/fresh milk
whole black pepper
fenugreek seeds (halba)
salt
half teaspoon of Maggie chicken stock
scallion (daun bawang) - for garnish

Methods:
1. Drizzle some olive oil in a hot pot.
2. Fry the cinnamon stick, star anise, cloves, black pepper and the fenugreek seeds for a while.
3. Then add the onion and ginger. Fry until the onion soft.
4. Add the soup / korma powder. Stir.
5. Add the chicken and the chicken stock.
6. Fry until the chicken is slightly brown, pour some water.
7. Bring to boil and simmer until the chicken is cook.
8. Add the oat. Stir and pour the coconut milk.
9. Add some seasoning; salt, ground black pepper and sugar.
10. Pour some water if the porridge is too thick.
11. Bring to simmer until the oat are ready.
12. Served. Garnish with some scallion.
13. You can serve this with fried anchovies or sambal tumis ikan bilis and fish /prawn crackers.


Ok.. rasanya.. cukup dulu entry untuk hari ni... minta maaf ye sebab masuk entry terkumpul macam ni.. banyak sangat gambar2 yang menunggu giliran nak enterprem.. terpaksa dikumpullkan supaya tak terlalu lama terperap dlm file.. nanti tuan FP pening... Nak update hari2 dah tak sempat.. bzzzz... Aku pun nak mintak maaf pada semua kawan2 kalau aku dah lama tak menjenguk kalian semua.. tak sempat nak berbuat demikian.. nanti kalau ada masa.. insyaAllah.. aku akan melawat kalian semua.. Kepada semua visitor.. tak kira yang visible (nampak tinggalkan komen laa) or silent reader .. terima kasih tak terhingga kerana masih sudi menjenguk walaupun tuan FP jarang2 update..

Ok.. sehingga jumpa lagi di lain n3...



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net