Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 19-May-2010 05:23 Email | Share | Bookmark
Tempahan dari Cik Ani & Kak Yati serta Resepi Terkumpul

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
sebelum masuk oven
baru keluar oven.. telur dah masak tu..
 
 
 
Assalamualaikumm.......... apa kabor semua?

Harap kawan2 & pengunjung2 FP ku semuanya sihat2 sokmo la deh!!

Hari ni.. aku nak update tempahan kuih muih yang aku buat minggu lepas.. alhamdulillah sebab ada yang sudi menempah.. dapatlah buat tambah2 belanja sekolah anak...


Tempahan pertama ni.. Puding Marble Pelangi tempahan dari Cik Ani iaitu baby sitter anak2 aku untuk majlis bertunang anak sedaranya. Mula2 kecut perut gak sebab ingatkan nak buat hantaran puding ni.. sebab aku bukannya teliti sangat nak buat puding bagi cantik.. aku buat selalu sememeh jer.. hehe.. bila Cik Ani kata nak buat makan2 tetamu.. barulah aku berani buat . Tapi lepas tu serba salah pulak nak ambik duit.. sebab Cik Ani ni tak berkira dengan anak2 aku. Tapi aku teringat pesan arwah ayah.. kata arwah.. kalau kita meniaga.. jual tetap jual.. yang kita nak sedekahkan kita bagilah yang lain.. Jadi.. aku ambik jugalah duit untuk puding tu.. & aku sedekahkan Cik Ani seloyang Bingka Pandan


Cik Ani pesan suruh potong2kan terus puding tu...


Ini bingka pandan yang aku bagi kat Cik Ani... Tak tau kenapa kuih bingka tak berapa cantik jadiknya.. mula2 naik cantik masa bakar.. bila dah sejuk turun pulakk... ikut resepi yang sama jugak.. tapi dari segi rasa memang marbelesss...


Bingka Pandan & Puding Marble siap dipotong



Ini pulak.. tempahan 100 biji karipap frozen dari kak Yati yang tinggal kat Puchong. Kesian kak Yati kena tunggu lama nak dapatkan order sebab kak Yati cakap boleh buat anytime bila2 senang.. So aku buat tunggu hari cuti ajelah... Hari2 kerja aku cuma sempat buat sikit2 jer.. Sanggup Kak Yati datang jauh2 utk collect karipap frozen ni kat rumah aku.. tak payah bagitau rumah ku kat mana sebab kak Yati dah tau sendiri (yelah peminat setialah katakan... ) Rupanya kak Yati ni pengujung senyap FP aku sejak tahun 2007 lagi... ni kira peminat setialah ni ye kak TQ kak.. TQ jugak sebab kak Yati sudi order dengan saya.. Lega bila kak Yati sms bagitau yang dia & suami sangat berpuas hati dengan karipap yang aku buat ni.. alhamdulillah...

Sebahagian yang baru siap dikelim...


Karipap yang dah siap difrozenkan.. ambil gambar terus dari freezer..


Sempat lagi difotokan sebelum kak Yati dtg ambil..



Ok..... abis sudah order2nya... sekarang kita berkongsi resepi pulak yer Antara resepi2 eksperimen ku yang terbaru...

Rasanya.. dah ramai kawan2 yang dah mencuba sup ayam Hadnyai ni kan..? Aku je yang terlambat. Pada aku.. oklah jugak.. layankan selera anak2 dengan sup ni.. dorang tu memang suka jenis2 sup ni.. cuma hubby jer tanya.. kalau Hadnyai.. ngapa tak pedas?? Ewahh.. nak pedas picit2 ler cili padi lagi... hehehe.. Resepi ni aku ambil dari blog Mat Gebu.. thanks ye Mat.. akak C & P kat blog akak plak resepinya.. halal ye..

Quote:
SUP AYAM HADNYAI

Bahan-bahan
800 g ayam, dipotong sederhana besar
5 batang serai, dititik
7 cm lengkuas, diketuk
2 batang saleri, dikerat2
2 biji lobak merah, kerat2 & potong memanjang (MaDiHaA tambah)
2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
Garam dan gula secukup rasa
2 kuntum bunga lawang#
5 biji buah pelaga#
3 kuntum bunga cengkih#
1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3-4 biji cili padi*
4 cm halia*
2 camca besar ketumbar*
1 camca teh jintan kasar*
1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan

Cara-cara
1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
2. Tuang air dan masukkan lobak merah & saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja. Jika suka boleh perahkan limau nipis.



Seterusnya... kita masak yg manis2 plak.. idok ler manis sgt.. sbb aku dh kurangkan gulanya...
Dah lama rasanya tak menggodek muffin kat dapur aku ni..... Jumaat malam yang lalu.. selepas selesai makan malam.. rajinkan diri membancuh muffin pandan yang memang dah lama teringin nak buat. Hasilnya...... emmmm... memang sedapppp!! Resepi ambil dari FP Kak Rinnchan...asal dari Cari.com.. memang dah lama print resepinya.. Terima kasih kak Rinnchan & empunya asal resepi untuk resepi muffin ni yer... bila hampir masak.. harum semerbak bau pandan seluruh dapur ku... hehee... Alhamdulillah.. suami & anak2 kata sedap.. lain kali bolehlah buat lagi...

Izinkan sy C&P resepinya kat sini ye kak Rinn & empunya asal resepi..

Quote:
MUFFIN PANDAN
Sumber : Cari.com (copy FP Rinnchan)

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor (MaDiHaA kurangkan ke 100 gm)
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.



Seronok pulak posingkan muffin2 ni...



Masa tunggu muffin masak... aku prepare pulak bahan2 utk eksperimen yg seterusnya... Nanti aku cerita.. Sebenarnya buat muffin pandan malam2 tu bukan apa.. esok pepagi senang.. buleh wt sarapan kan..? tapi tu ler.. kat rumah aku ni.. kalau setakat sarapan kuih-muih manis tu tak berapa laju sangat... mesti nak kena ada gak yg tak manis a.k.a sarapan savoury. Pasal tu ler aku merajinkan diri memerap daging kisar ni utk buat sarapan yg agak special sikit iaitu Syaksyukka namanya.. (sorry pd gambar silap tulis nama) Ada pernah dengar? Aku pun baru first time dengar & tengok dalam blog LeeLin ataupun Kucing Oren Gemok (KOG) http://kucingorengemok.blogspot.com yang memang selalu makan kat restoren pak arab nih. Bila aku tengok resepi macam sedap & menarik jer.. aku pun apa lagi.. terus le pi cari bahan2nya balik dari kerja hari tu.. lagipun bahan2nya tak susah nak dpt.. laju je ler eksperimen aku..hehe.. Bila dah perap mlm tu (perap & simpan peti ais bahagian bawah) Pagi2 tu tinggal tumis & bakar je.. siap!! Makan dengan roti sandwich. Senang! Ringkas! & yang penting meeeeeemanggg.. sedappp!!! Tak SYAK lagi.. kami semua SYUKA dengan SYAKSYUKKA ni tambah2 bila digandingkan dengan tomato tu... hehehehe....

Leelin.. TQ very much kerana sudi share resepi yg best nih yer.. akak mintak izin copy & paste resepi mu yg marbeles ni kat blog (& FP) akak.. akak tak edit pun nih.. cuma ada tukar sikit tang daging tu jer.. hehe... so kawan2.. tu resepi bahasa dak Leelin/KOG yer.. dia memang kelakar orgnya.. blog dia best.. unik.. pi ler jenguk kalau korang lom pernah masuk.. sure terpikat..

Quote:
SYAKSYUKKA

Ada orang panggil syabsyukka. Nak senang panggil je daging arab.
Sumber : http://kucingorengemok.blogspot.com/Lee Lin (kucingorengemok)

Masaknya:

2 paket daging cincang (MaDiHaA guna daging kisar ramlee je)
2 biji bawang bombay - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
lada sulah yang banyak [sampai kau tak percaya kau letak banyak tu, baru berhenti curah]
- heheh, saya guna 1/2 botol, rasanya dalam 25g - rajin ke pulak nak timbang lada sulah?
minyak sapi
kacang pis
tomato
telur
hiasan- bawang goreng dan daun saderi

Cara2
1- Perap daging, bawang dan lada sulah sekurang²nya 1-2 jam. (MaDiHaA perap semalaman dlm peti ais rak tengah)
2- Panaskan minyak sapi dan [kutip bawang besar dalam daging tadi dan] tumis bawang, kemudian masukkan daging. Kacau² hingga 3/4 masak. Jangan lupa letak garam.
3- Toskan ala kadar, pindahkan ke bekas pyrex (loyang pun boleh).
4- Buat lubang dan pecahkan telur ke dalamnya.
5- Susun tomato dan tabur kacang pis.
6- Bakar hingga telur masak. Tabur bawang goreng dan hirisan daun saderi.
7- Sedap hidangkan panas², makan dengan roti atau nasi putih.




Jom makan!! Bismillahhirrohmanirrohim.....


Ok semua.. dah abis dah n3 untuk kali ni... insyaAllah jika dipanjangkan umur.. bertemu di next entry pula yer...




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net