Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 18-Jun-2010 06:32 Email | Share | Bookmark
Happy Father's Day!!

 
 
 
Walaupun aku sudah tak punya ayah... namun aku tak pernah lupakan arwah ayah yang telah membesarkan aku dengan penuh kasih & sayang. Walaupun ayah sudah meninggalkan kami sejak 8 tahun yang lalu... aku merasakan seolah2 ianya masih terlalu baru berlaku . Doaku semoga arwah ayah sentiasa tenang di 'sana' & ditempatkan bersama insan yang beriman.. Amin.. Al-Fatihah..

Sempena hari bapa yg akan menjelang hari minggu ini.. aku ambil kesempatan utk mengucapkan kepada semua lelaki yang bergelar ayah.. selamat menyambut hari bapa buat anda semua....

Tak lupa buat suami yang tersayang yang rajin melayan & menjaga anak2 ketika aku sibuk bereksperimen.. ketika aku sibuk menyiapkan order.. ibu ucapkan Happy Father's Day!! Terima kasih kerana menjadi ayah yang sangat penyayang pd anak2 kita... walaupun ada ketikanya anak2 perlu ditegur & dimarah.. namun.. ibu tau abang merupakan seorang lelaki yang sukakan budak2.... Terima kasih kerana sudi bersama2 melayan kerenah anak2 ketika kita sama2 sibuk menguruskan tugasan masing2..




Lokasi : Taman Jaya, Petaling Jaya

Gambar2 ini diambil dah lama dulu sebelum kejadian kamera ku dirosakkan oleh Haziq... inilah satu2nya gambar terakhir yg sempat diselamatkan dari kamera tersebut...


Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net