Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 1-Jun-2010 03:08 Email | Share | Bookmark
Bingka Durian & Nasi Ayam Ipoh ; Order Roti Jala & Karipap F'zen

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum....

Bertemu kembali setelah lebih seminggu berdiam diri Bukan sebab merajuk, bukan sebab sedih kamera rosak.. tapi sebenarnya sebab aku sendiri yg sibuk.. sibuk dengan kerja2.. sibuk berMC, sibuk balik kampong dan lain-lain lagi... Hari ni aku luangkan sikit masa untuk update sedikit bahan untuk tatapan pengunjung setia FP aku ni yang tak pernah jemu2 untuk singgah di sini walaupun 'tuan rumah' dah hilang 'harta kesayangannya' (kamera) bebaru ni.. Harap2 lepas ni.. aku masih boleh update FP ni walaupun harta kesayangan dah takde... Tapi harap maklumlah ye.. mungkin gambar kurang memuaskan maklum saja.. gambar2 sudah pasti di'import' dari kamera handphone aku saja... Bukan aku nak kata gambar2 sebelum ni sangat bagus & memuaskan sangat.. almaklum.. kamera yang rosak tu pun kamera murah saja.. tapi elok ler sikit dari kamera hanphone kann..

Balik kampong bebaru ni.. adalah juga ambil gambar dari handphone dan juga dari kamera adik2.. tapi tak tau bilalah aku dpt copy gambar2 dari kamera adik2 tu semua... mungkin lambat sikitlah masukkan gambar2nya... Sementara tu.. layanlah dulu gambar2 lama mana yg ada ni ya... (ohhh maaf... intro ni agak merapu2 sikit.. tuan FP agak pening sikit lately ni.... )

Ini Roti Jala & Kari Ayam + Kentang tempahan dari Laily jiran ku untuk minum petang familinya yang dtg berkunjung melawat anak lelakinya yang tak sihat. Semoga Ashraf cepat2 sembuh ye sayang.. T.kasih Laily sebab tak putus2 menempah dengan kita.. semoga awak sentiasa dimurahkan rezeki selalu hendaknya

Roti Jala (1 kg tepong) & Kari Ayam Berkentang (1 ekor ayam)

Ini pulak.. permintaan makcik ku untuk menambah stok karipap frozen untuk regular customer dia.. masa ni makcik ku tak berapa sihat.. jadi dia mintak aku tolong buatkan sebanyak mana yang sempat utk stok customernya (customernya jual semula). Stok yang makcik buat pun ada juga dlm 20 peket lebih.. Aku pula hanya sempat buat 13 paket aje (13 x 12 = 156 biji) sebab minggu lepas aku sibuk nak mengemas pakaian untuk balik kg pulak.. takpelah.. sikit2 pun rezeki jugakan.. alhamdulillah.. syukur..


(gambar2 kuih tempahan ni semuanya dari kamera hanphone )


Okey.. ini ada saki baki gambar2 dari kamera yg sempat diselamatkan sebelum kamera rosak & belum diupdate ke FP.. layan ajelah yer..

Thanks pada Diana untuk resepi ni yer.. Memang terasa duriannya.. mintak halal resepinya di tepek kat sini yer..

Quote:
BINGKA DURIAN / KUIH BAKAR DURIAN BONDA DIANA
Sumber : Resepi Bonda Diana (ambil dari Majalah Sedap)


Bahan-bahannya
1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir (aku kurangkan ke 1 1/2 cwn)
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukupnya mentega SCS/ Golden Churn (ini yang buat kuih wangi & sedap)

Cara-caranya
1. Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas (didahului dengan bahan cairan) dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.
2. Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3. Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.

Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.

Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.



(Resepi ini dapat sangat2 banyak. Aku dapat 3 loyang berlainan saiz. Jika taknak terlalu byk.. boleh buat 1/4 dari resepi )

Ini pulak tak tau bila aku buat.. memang dah lama banget nih... anak2 memang feberet nasi ayam.. tak kisah apa versi sekali pun.. Jadi aku rajinkan diri mencuba versi Nasi Ayam Ipoh yang semakin popular. Thanks pada empunya resepi ya.. resepi ni aku copy & paste dari Ayu Singapore.

Quote:
NASI AYAM IPOH
Sumber : quinnie@myresip.com
Copy dari blog Ayu



Bahan2 Untuk Nasi

4 mug beras (MaDiHaA masak 3 mug aje & bahan2 lain tu pun dah direduce ikut kesesuaian.. tp resepi ni utk 4 mug beras ye!)
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
4 sudu mentega

Bahan2 Untuk Ayam

1 ekor ayam (MaDiHaA buang kulit.. itu pasal kurang cun ayam ku.. huhu)
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu

Bahan2 Untuk Sup

air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah



Bahan Untuk Cili:-
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air dari air rebusan ayam
garam n gula secukupnya
(Masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur-

Bahan Untuk Kicap:-
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap secukupnya
air rebusan ayam secukupnya

Tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
(Blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah)

Bahan Hiasan:-
tomato, salad, daun sup dan bawang, timun-(tomatoes, chicnese celery, spring onions and cucumber)

METHOD:-
Mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.Selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.

Method Untuk Nasi:-
Mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.

Method Untuk Ayam:-
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan* yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.

Method Untuk Sup:-
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup. (Saya masukkan 1 kuib ayam, garam dan serbuk perasa untuk ini)
selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.




Selamat Mencuba...

Sekian dulu untuk kali ini... semoga masih berpeluang untuk bertemu lagi dilain n3... jumpa lagi..

Quote:
Terima kasih pada kawan2 yang memberi nasihat & berkongsi pengalaman berkenaan kamera yer.. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih.. aku akan beli kamera baru aje.. malas ler nak repair kamera rosak tu takut kos baiki aje boleh dpt kamera baru spt kata kawan2 semua. Ye.. kalau beli pun hanya kamera biasa aje.. tak mampu nak beli kamera canggih2 ni.. itupun kena tunggu bonus hujung tahun ler gamaknya..




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net