Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 3-Jun-2010 02:49 Email | Share | Bookmark
Santai di Pantai Lanjut, Rompin, Pahang

 
 
 
 
 
 
 
Tempat : Berhampiran Jeti Pantai Lanjut, Rompin, Pahang
Tarikh : 29hb Mei 2010
Hari : Sabtu

Entry aku kali ni.. gambar2 semasa balik bercuti di kampong sempena hari Wesak bebaru ni. Tapi ini kira cerita dah tonggang terbaliklah ye. Sebab sepatutnya aku masukkan gambar2 masa kami buat tahlil & yassin kat rumah.. tp oleh sebab gambar2 tu masih belum ada dalam tangan aku sebab semuanya dalam kamera adik2 jadi aku masukkan jelah gambar yg ini dulu. Gambar2 yg aku masukkan hari ni semua gambar yang diambil dari handphone aku aje. Itu pasal semua pun kelabu asap kan? Tak kisahlah.. janji boleh tengok pemandangannya (ceehhh... ayat nak menyejukkan hati sendiri.. )

Hari Sabtu masa ni.. kami semua seisi keluarga (kebetulan kami adik beradik semua balik) dapat jemputan kenduri kawin anak kepada adik angkat ma Kak Ros & Abang Lan yang dok kat Keratong 8 tu. Kami pergi pengantin dah siap bersanding. Jadi tak sempatlah ambil gambar bersanding. Gambar pengantin pun aku tak ambik sebab almaklumlah kamera takde.. lagipun masa tu.. keluarga pihak lelaki dah nak balik.. so.. pengantin sibuk nak bersalam2an.. kita pun faham ler kan.. sebab masa kita dulu pun mcm tu jugak Actually bukan sengaja nak dtg lambat.. sebab sebelum tu.. ma dengan kawan2 dia kena pegi kenduri ke rumah lain kira2 3 biji rumah lagi.. Memang ramai betul orang buat kenduri hari tu.. Ma pegi pun.. orang kata sebab dah rapat sangat.. sekadar jumpa mata.. makan pun ambik sejemput aje.. Lepas selesai semua kenduri kawan2 ma yang lain.. barulah ma balik rumah & kami semua berangkat ke Keratong 8 pulak.. tu sebab dah petang baru sampai.. Ok.. dah siap2 makan semua.. sempatlah kami sembang2 kejap ngan tuan rumah.. dapat gak jumpa ngan adik abg Lan.. abang Yi yang dah lama aku tak jumpa.. Seingat aku.. aku jumpa dia masa aku kecik2 dulu (belum tadika lagi) waktu tu kami semua sama2 tinggal di Rompin.. Abang Yi kata.. dulu jumpa.. aku baru pandai nyanyi Twinkle2 Little Star.. sekarang jumpa dah ada anak 3

Ma dah lama berangan nak ajak anak2nya pegi makan otak-otak2 & sata kat Pantai Lanjut. Kebetulan semua ada ni... ma kata balik dari kenduri rumah kak Ros.. terus kita gi Rompin. Jadi kami pun dengan 2 buah kereta (sebiji kereta & sebiji pajero) together2 ler menuju ke Rompin pulak. Sempat lagi isi minyak kat Muadzam.. dalam perjalanan.. pajero ma macam ada masalah pulak.. nak teruskan.. takut tak sempat sampai.. lagipun bukannya dekat.. belum separuh jalan pun.. jadi Dee yang drive pajero tu buat keputusan utk pusing balik slow2. Dah cadang2 dah kalau mati tengah jalan.. jawabnya kena panggil kereta penunda la.. Tapi alhamdulilah.. akhirnya sampai jugak dorang.

Kereta kami yang dipandu cik abang ku.. terpaksa meneruskan jugak perjalanan ke destinasi yg dirancang sebab ma awal2 dah telefon & menempah otak2 dan sata kat tauke kedai otak2 tu. (telefon dulu tu takut gak kalau2 kedai tu tutup hari tu.. sia2 dtg jauh2) Takkan nak mungkir janji pulak kan? So pegilah kami mana yang ada ni dengan sebuah kereta aje. Ini pertama kali aku sampai sana.. mula2 nak masuk ke tempat tu.. aku tengok kiri kanan jalan macam sunyi sepi aje.. hehehe.. pastu dah tiba kedai yg terletak tak jauh dari jeti tu.. macam tak percaya pulak.. ramai juga pengunjung kat situ. Mungkin mereka yg pegi tu.. mereka yg tau dari mulut ke mulut lah tu.. sebab kalau dari jalan besar tu memang takde sebarang penanda langsung pasal kedai tu. yelah.. kedai pun kedai2 biasa aje..

Otak2 & sata kat kedai tu memang marbeles. Ma tempah masa telefon tu sampai RM40 nak jamu anak cucu Tapi tuler.. dah kereta buat hal pulak.. mmg takde rezeki nak menjamu selera kat situ.. Sampai2 sana pulak.. rupanya otak2 & sata yang ditempah belum siap pun lagi.. Kena tunggu ler pulak.. ingat sampai2 terus boleh ngap Tauke kedai kata tak sempat nak siapkan yg ditempah sebab customer ramai sangat (hujung minggu & ada cuti wesak plak tu) tak menang tangan. Itu belum masuk yang sedara mara dorang dari Johor yg kebetulan balik dok main ambik ambik jer.. makcik tu kata.. takkan kita nak marah pulak.. hehehe.. betul ler tu.. takkan nak larang pulak dah sedara sendiri.. oklah.. dimaafkan ler makcik.. janji kami dpt apa yg kami tempah tu.. tunggu lama pun takperlah sebab suasana kat situ sangat nyaman dihembusi angin pantai.. Rasanya.. berjam2 juga kami tunggu nak siap apa yg kami order tu. Yang makan kat sana cuma sepinggan aje sekadar merasa.. selebihnya kami tapau wat balik jer tak sampai hati nak pulun kat situ sebab yang menunggu kat rumah mesti dah tak sabar jugak.. Untuk pengetahuan.. otak2 yang ada pd hari tu otak2 udang.. sata pulak macam biasa aje.. tapi yang buat sedap tu.. makcik tu guna parutan kelapa muda.. so memang sedap tak terasa hampas.. ikan pun terasa.. ishhh.. mmg bestlah!! Memang nak pegi lagi kalau ada rezeki Emm.. gambar2 masa kami makan kat kedai tu tak terlintas pulak nak amik.. pastu sebab boring tunggu lama sangat nak siap order.. last2 kami pegi ambil angin kat tepi pantai tak jauh dari kedai tu... so... kat bawah nilah gambar2nya... sebenarnya ambil gambar ni sesaja jer.. alang2 dah ada dlm hp tu.. masukkan jelah sebagai kenangan.. lenkali dtg nak memancing lak kat jeti tu.. kalau ada rezeki lebih.. buleh stay kat chalet yg ada berhampiran jeti tu.. mmg bestlah suasana kat situ.. damai.. tak sibuk sangat.... segar ditiup angin pantai..

Mula2 ayah bawak Alin ambik angin kat tepi pantai sebab dah boring dok kat kedai lama sangat.. pastu ibu jeles.. follow gak lepas tu.. tengok2.. best pulak kat sini.. pe lagi.. ambik gambarlah.. Layan gambar kelabu asap ni ya..


Kat jeti tu ler tempat adik2 & ma selalu datang memancing time dorang free... hishh.. dorang tu memang selalu free... aku jer yg sibuk manjang.. jelessssss.. nak mancing gakkk..


Sesekali berposinggg.... bukan selalu.....



On the way balik.. singgah makan kat restoran tepi jalan besar Rompin tu.. Rompin, Pahang ni memang sinonim ngan udang galah.. kalau u all datang Rompin.. jangan lupa pekena udang galah


Ini dia rezeki yang kami bawak balik untuk orang2 kat rumah termasuk anak2 aku Dini & Haziq.. Udang galah pun ada gak tapau.. dorang dok meratah aje.. tak sempat aku nak amik gambor kejap jer lesap.. hehee.. sebenarnya ramai yg ngadap masa ni.. tp malas nak amik gambor sebab ada yg tak bertudung ada yg tak berbaju.. gambor kakak Dini je sebagai wakil..


Cukuplah dulu alkisah kami sekeluarga.... cerita2 biasa aje pun....



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net