Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 15-Jun-2010 08:14 Email | Share | Bookmark
Hantar Pengantin Ke Kg. Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh : 5hb Jun 2010
Hari : Sabtu
Tempat : Kg. Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan


Salam semua...

Bertemu kembali di bulan Rejab.. bulan yang terbaik untuk kita perbanyakkan amalan berpuasa (selain Ramadhan yg wajib)... pada yang belum habis ganti puasa tu.. elok juga kita sama2 qada' puasa kita dlm bulan Rejab ni ya.. mudah2an amalan kita diberkati Allah S.W.T. Amin..

Quote:
DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."


Ok.. kita teruskan N3 ni ya.. sebelum tu nak ucap thank you very much pada Nurul sebab rajin buat award utk kawan2.. Kali ni aku bernasib baik sebab sempat menjadi komentar yg pertama.. dapatlah merasa dok dalam bakul ayam tu Thanks Nurul..


Berbalik pada tajuk kat atas tu.. hari ni aku nak publish gambar2 masa aku & anak2 ikut rombongan pengantin lelaki ke Lenggeng Negeri Sembilan. Masa pegi ni kebetulan hubby kena kerja (kan cuti hubby ku sebulan 2 kali aje) makanya.. aku dan anak2 ajelah yg pergi. Dalam rombongan 10 buah kereta tu.. aku sorang je driver pompuan.. pengantin lelaki mulanya mcm tak berapa yakin aje kat aku dengar pada pertanyaannya tu.. agaknya dlm hatinya tertanya2 boleh ke aku drive sendiri... heheh.. alhamdulillah.. semuanya selamat pergi & balik. Ada gaklah adegan kejar mengejar.. tau ajelah kalau dah tekan minyak.. mana nak ingat org belakang.. nasib baik driver perempuan ni pun kaki pecut gak.. kikiki.. Oh ya.. selain anak2 aku.. yang ikut naik kereta aku hari tu cuma Cik Ani pengasuh anak2 aku je sebab yang mengajak aku ikut anto pengantin tu jiran Cik Ani iaitu Kak Wan yang aku pernah masukkan entry anak perempuannya Baini kawin tak lama dulu.... Ok jom layan gambar pulak..

Dah nampak signboard Lenggeng dah tu.. Tp jauh lagi tu..
Kami terus ke Surau Kg. Tengah Lenggeng. Berehat kat situ sambil menunggu ketibaan pengantin perempuan yg rumahnya tak jauh dari surau tu..


Gambar hantaran tu.. cuma kasut je yg aku sempat amik gambar sbb kasut tu mmg ada dlm bonet kereta aku.. hehehe.. hantaran yg lain aku segan nak amik gambar sbb org lain yg pegang.. kekeke.. cuma amik gambor duit mas kawin & cincin yg 2 bentuk tu je..


Acara nikah sedang berjalan.. amik gambar dari jauh jer.. sbb aku dok hujung sekali dekat ngan pintu.. tau ler ngan anak2 yg buas tu.. kejap2 nak keluar.. dok tepi pintu senang sket nak tengok2 diaorang..


Pengantin perempuan.. Sulasteri namanya.. gambar ni lepas dah selesai acara akad nikah.. tp gambor blur pulak.. maklumlaa.. kamera henpon aje yg ada skrg ni..


Layan gambar anak2 sesambil menunggu...


Kami dihidangkan dengan minuman dan kuih muih selepas acara akad nikah.. antara yg agak jarang aku jumpa ialah pulut lemak yg dipotong2 mcm nasi impit kemudian dihidang bersama kaya.. mmg pelik sikit sbb aku tak pernah jumpa.. tp sedap juga pulut cicah kaya.. Gambar makanan mmg takde amik gambar close up.. sebab segan


Lagi gambar2 masa berehat sambil menunggu masa untuk berarak ke rumah pengantin perempuan.. Dalam 3 jam juga menunggu tu... ada yg berborak.. ada yg tidor.. aku pun sempat lagi mandikan Haziq & Alin yg dah mula kepanasan Tengok baju diaorang 2 beradik tu pun dah bertukar


Dah boring lepak kat surau.. kami melawat kawasan pulak.. hehehe.. depan surau ada pokok cempedak yg lebat buahnya.. Haziq siap suruh petik lagi... maklum.. jarang2 jumpa.. 'darat' ler kejap.. aku kata petik tak bolehlah itu orang punya.. kalau petik gambar bolehlahh..


Pengantin lelaki dah mula disiapkan oleh mak andam belah pompuan.. pengantin lelaki ni abang sulung kepada Baini (yang Haziq dok panggil kak Beni) yg kawin dulu tu..


Acara berarak pun bermula....


Dah selamat bersanding... siap2 menepung tawar bagai.. kami pun dijamu selera.. Lauk pauk semua sedap di tekak aku.. Antara yang paling sedap ialah rendang dagingnya. Warnanya agak kehitaman.. rasanya seperti dicampur dengan taik minyak.. ishh.. ini first time aku rasa tauu.. memang sangat2 sedapp!! Lauk2 lain yg best2 belaka ialah gulai nangka muda, jelatah, ayam bakar madu & percik (ataupun ayam pusing yg dibakar fresh kat situ), dalca, ikan masin & tak lupa pencuci mulutnya buah2an.


Itu sajalah cerita & gambar2 yang ada untuk N3 kali ini....

Terima kasih sudi melayan........ sekadar cerita untuk kenangan kami sekeluarga..


Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net