Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 21-Jun-2010 03:34 Email | Share | Bookmark
Karipap Pusing & Kuih Lapis Pisang

 
 
 
 
 
 
Lama benar rasanya tak masukkan resepi & gambar masak2 kan Sejak2 kamera takde ni.. mood nak bereksperimen pun seakan menurun sikit.. hehehe.. ada ker mcm tu?? sebenarnya.. bukanlah sbb mood takde langsung.. cuma masa yg tak mengizinkan.. asal cuti blk kg.. asal cuti wt karipap tempahan.. dah tu bila masa nak eksperimen??

Ok meh ler tgk eksperimen yg dah lama dulu nih.. memang gambor sangat2 tak memuaskan... apa buleh buat... redho jelah...

Selalu sangat dok buat karipap biasa.. sesekali teringin pulak nak mkn karipap pusing. Ini karipap pusing yg resepinya aku ambil dari Wila. Walaupun tak berapa cantik sangat.. tp alhamdulillah.. boleh ler dikategorikan menjadi.. Kalau nak tengok gambar karipap pusing yg lebih cantik & terang benderang.. boleh klik kat link Wila Terima kasih Wila untuk resepi yang dikongsikan..

Quote:
KARIPAP PUSING
Sumber : Wila
(telah diedit cara penyampaikannya oleh Mamawandiha)

BAHAN A:
80gm tepung gandum (MaDiHaA tambah lagi tepong sampai dpt doh yg lembut)
60gm lemak sayur

BAHAN B:
150gm tepung gandum
1/2camb gula
1/2 camt garam
30gm merjerin
70-75ml air (lebih kurang ikut lembut doh)

BAHAN C: Inti karipap kesukaan anda. (tak perlu resepi ya ikut resepi kesukaan masing2)

CARA-CARA:
1. Gaul bahan-bahan A sehingga jadi seperti adunan biskut/ doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul dah bentukan bulat2/bebola.
2. Untuk bahan-bahan B gaulkan marjerin dgn tepung hingga jadi seperti serbuk roti.
3. Bancuhkan gula dan garam bersama air hingga kesemua larut.
4. Tuang air sedikit demi sedikit kedalam adunan serbuk roti lalu uli hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan kepada 8 ketul juga & buat bulat2/bebola.

5. Untuk mencanai kulit (SILA LIHAT GAMBAR DI ATAS SEBAGAI RUJUKAN), masukan A ke dalam B lalu bungkus kemas-kemas buat seperti ini sehingga habis kesemua 8 ketul/bebola tadi.
6. Ambil satu ketul gelek rata memanjang (bentuk oblong) kemudian gulung kemas2.
7. Gelek sekali lagi dan gulung lagi seperti dalam gambar.
8. Potong gulungan tadi kepada 4 bahagian. Ambil satu keping lalu gelek nipis hingga menjadi bentuk bulat. TERBALIKKAN (bermakna permukaan atas yg kena rolling pin berada di bawah & permukaan bawah yg kena papan canai untuk letak ini) . Letak inti secukupnya lalu tutup kemas & kelim kemas2.

9. Habiskan semua adunan lalu bolehlah digoreng. Gunakan api yang kecil dengan minyak belum begitu panas semasa nak masukkan karipap.. kemudian (besarkan) gunakan api sederhana semasa menggoreng. Bila karipap dah masak.. kecilkan semua api.. angkat & tos karipap. Ulangi proses yang sama untuk karipap yang seterusnya. Gunakan api yang kecil semasa menggoreng adalah untuk mendapatkan kulit karipap yang cantik & licin & mengelakkan dari kulit karipap kasar & meletops2.



Yang kat bawah ni pulak.. kuih lapis pisang yang sangat2 sedap. Resepinya aku ambil dari blog kak UmmiZaihadi. Memang marbeles.. Kalau tak silap aku... resepi asalnya dari Chef Hanieliza... Thanks to both of U! Oleh kerana sedap sangat.. kuih ni juga yang aku buat masa majlis tahlil & bacaan yasin masa kat kg tempohari (n3 belum dpt dimasukkan lagi sebab gambar2 belum ada dlm tangan.. kes tak konfiden nak amik gambar guna handphone masa tu.. so guna kamera adik..). Ok jom tengok resepi

Quote:
KUIH LAPIS PISANG
Sumber : Chef Hanieliza (copy dari blog Ummi Zaihadi)


Bahan A:-
2 cawan santan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir (MaDiHaA kurangkan ke 2/3 cwn)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastad/jagung
1 sudu teh garam

Bahan B:-
1 cawan pisang emas/berangan - dilecek
1/4 cawan air
sedikit pewarna kuning

Bahan C:-
1/4 cawan air
sedikit pewarna merah

Cara Membuat:-
1. Campurkan bahan A hingga sebati. Tapiskan dan bahagikan kepada dua bahagian.
2. Campurkan bahan B dalam satu bahagian dan kacau rata.
3. Satu bahagian lagi dicampurkan dengan bahan C dan kacau rata.
4. Panaskan kukusan. (Sediakan loyang yang digriskan sedikit dengan sedikit minyak. Panaskan sebentar)
5. Tuangkan hampir 3/4 cawan adunan pisang (B) dalam loyang dan kukus selama 8 minit.
1. Kemudian lapiskan pula 1/3 adunan merah dan kukus juga selama 8 minit.
2. Buat sehingga siap setiap lapisan dengan bahagian atasnya adalah adunan pisang (B). (MaDiHaA akhiri dengan lapisan adunan A (warna merah).
3. Semasa kukusan akhir, balut penutup kukusan dengan kitchen towel dan kukus lebihkurang 10 - 12 minit.
4. Biar sejuk pada suhu bilik dan barulah dipotong.



Selamat Mencuba

Sebelum menutup tirai.... dengan bangganya aku nak tayang award 1st komentar yg aku baru terima dari Sue. Bukan main lawa lagi award yg Sue buat nih... suka suka sukaaaaaa Terima kasih byk2 ye Sue.. rajin betul korang ni dok buat award2 bagai.. akak ni malas sikit nak wt2 award.. bukan setakat malas jer.. tp juga tak reti sgt nak kreatif2 mcm korang.. tu pasal asyik dok kutip award jer... tp memberinya idok..




Sekian saja utk hari ni..........



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net