Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Jun-2010 07:02 Email | Share | Bookmark
Kenduri Kawin Niza & Haidir (Part II)

 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh : 12hb Jun 2010
Tempat: Batu Talam, Raub, Pahang

Salam & bertemu kembali..

Busy betul lately ni... tak sempat nak update laju2.. sedangkan byk betul gambar2 peristiwa yg dok menunggu giliran.. sabor jelahh

Terus ke tajuk di atas... kita tengok gambar2 yg ada ni..

Sambungan dari entry yg lepas.. gambar2 sebelah malam waktu orang tahlil, gambar menu2 mlm tu yg ada mcm2 lauk pauk kampong, gambar pengantin berinai & pengantin tukar2 baju ada jugak ambil.. tapi gambar2 tu semua tak dpt disiarkan pasal gambornya kelabu asap belaka... inilah nasib orang takde kamera

Kita terus dengan gambar2 keesokkan hari... iaitu hari kendurinya Sebelum tu.. nak citer sikit.. hubby & kazen2 lelaki sebelum kenduri tu diaorang dah lama dok berpakat nak print T-Shirt khas untuk di pakai bila ada kenduri kendara kaum keluarga mereka yang sememangnya raaaaaamai ittew.... Dari sessi perbincangan & idea2 mereka.. maka terciptalah T-Shirt tersebut. Bahagian hadapan sebelah kanan dada tertulis "Bersatu Family" & bahagian belakang pulak tertera tulisan "1 Sepakat 1 Keluarga 1 Keturunan" dalam bentuk tulisan & logo... Gamaknya ni sempena kempen macam2 1 oleh kerajaan kita ler nih.. so kita tumpang sekaki ler guna nombor 1 tu.... InsyaAllah.. T-Shirt ni akan di pakai bila ada kenduri kendara kaum keluarga oleh kazen2 (lelaki saja) & pakcik2 hubby... Yg bestnya ada keluarga besar mcm ni.. penanggah tak perlu orang luar pun.. semuanya kaum keluarga yang uruskan.. Cuma.. bab2 penyediaan bahan, masak memasak diadakan gotong royong / rewang... hmm.. memang meriahlah suasana kampong 100% tak terdapat dah kat bandar2 ni...

Layan gambar yer
Menu2 kampong yang sememangnya sedap2 belaka. Nasi putih, nasi hujan panas berlaukkan gulai daging, ayam masak merah, gulai cili api rebung, rendang hitam daging, jelatah timun & nenas, kerabu pucuk paku & ikan masin... wahh... time makan tak perasan mertua lalu kat belakang


Berbaju oren itu abang ipar hubby (kami panggil abang long) yg tinggal kat Perak tu.. dia sorang je takde baju family.. mcmana buleh tertinggal ni.. hehehe.. abang long sebagai DJ hari tu sesambil melayan orang gak.. Bebudak menunggu kat kereta tu sebenarnya menunggu ketibaan pengantin kat tepi jln depan rumah pengantin.. maklumlah.. bwh khemah ramai orang.. tepi jalan tu ada byk pokok2 besar (termasuk pokok kundang) & sangat redup & sejukkkkk Ramai gak yg lepak2 tepi jalan tu mana2 yg tak dpt menolong... Aku tak terkecuali.. almaklum.. jadi body guard Alin ajelah.. (alasan munasabah kan ) takpelah kan.. biar cik abang je yg bermandikan peluh.. Lagipun.. petang sebelum kenduri tu dah tolong gak sikit2 apa2 yg termampu masa Alin tidor....


Kakak dengan sepupunya Hanim.. anak kakak iparku (anak abanglong tadi lah). Alin dok main bunga manggar tu sebenarnya gambar lepas pengantin dah berarak.. gambar dah campur aduk..


Pengantin dah tiba... tiada kompang seperti kebiasaan.. entahlah yer.. agaknya kat sini takde kompang2 kot.. tapi untuk meriuhkan & memeriahkan suasana.. diaorang pasang mercun yang panjang berjela tuh.. dah mcm raya Cina pulak.. Haziq dah asyik peluk aku je masa nih.. (dia memang penakut sikit dengan bunyi2 yg kuat ni) entah sapa punya idea tuu tak taulah... agaknya kazen2 lelaki punya kerja ni.....tapi tak tau ler kalau2 pengantin perempuan yang punya idea.. almaklum.. pengantin perempuan ni mengajar kat sekolah Cina kat bandar Raub tu...


Oklah.. kat bwh ni semua gambar2 pengantin bersanding & juga masa nak mkn beradap.. layannn...





Ok... dah habis dah cerita part II.... kita sambung part III masa hantar pengantin ke umah pengantin lelaki pulak keesokkannya... Tapi n3nya bukan esoklah yer... tungguuu...

Sekian saja utk hari ni..........



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net