Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Jul-2010 02:27 Email | Share | Bookmark
Gulai Pucuk Ubi Dengan Udang & Chicken Varuval With Potatoes

 
 
 
 
Salam buat semua....

Lama sungguh tak berkongsi resepi kat sini kan... hampir2 sebulan lamanya. Sebenarnya.. gambar2 dikampung hubbyku masih berbaki lagi beberapa keping.. entah kenapa malas sungguh rasanya nak mengedit.. kita lupakan dulu gambar2 yg dah basi tu.. hari ni meh ler layan resepi2 sempoi pulak yer Apa buleh buat.. sejak tuan 'rumah' sibuk dengan bisnes kecil2an ni.. masanya agak terhad untuk bereksperimen.. Hanya resepi2 mudah saja yg mampu dicuba..

Ahad minggu lepas aku ke Klang rumah adik (angah) sebab nak pegi hantar kain untuk tempah baju raya. Masa nak balik tu angah pelawa pucuk ubi... hishh.. aku apa lagi.. ndak ajelah.. hehehe.. bak kata orang rezeki jangan ditolak.. musuh jangan dicari... Dalam kepala terus teringat nak buat gulai lemak pucuk ubi campur dengan udang... memang tak hingat makannya... lawan pulak dengan ikan masin.. Wallahhhhh!!!!

Quote:
GULAI LEMAK PUCUK UBI DENGAN UDANG

Bahan2
2 cekak/ikat pucuk ubi
20 ekor udang ~ bersihkan (ikut suka nak buang kulit atau tidak)
2 1/2 cawan santan pekat
tambah air secukupnya untuk kuah (tak perlu byk nanti kuah cair)
6 ulas bawang merah#
2 ulas bawang putih#
20 - 25 biji cili padi# (terserah anda nak pedas atau tak)
2 inci kunyit hidup#
2 batang serai ~ dititik
1-2 sudu kecil serbuk kunyit (bergantung berapa kuning yg kita nak utk gulai tu)
1 keping asam keping
garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara menyediakan

1. Pucuk ubi disiang. Ambil bahagian lembut & digetus/diputuskan dua. Bahagian pucuk sekali terus je patahkan kat bahagian batangnya yg lembut tu. Rebus pucuk ubi bersama air hingga lembut. Cara nak uji dah lembut atau tak.. ambil pucuk ubi tadi lalu koyakkan. Jika masih keras sambung rebus lagi. Bila dah lembut padamkan api & toskan airnya.
2. Tumbuk bahan2 bertanda #. Dalam satu periuk masukkan bahan2 tumbuk, serai, asam keping, santan, serbuk kunyit & garam secukupnya. Didihkan kuah hingga mendidih sambil selalu dikacau. Buangkan asam keping tadi kemudian masukkan pucuk ubi dan tambahkan air ikut keperluan. Jangan terlalu byk air nanti kuah jadi cair. Masak lagi hingga agak pekat.
3. Bila pucuk ubi dah mesra dengan kuahnya.. tambahkan bahan perisa & udang. Masakkan sekejap lagi hingga udang nampak masak. Jangan terlalu lama nanti udang mengecut & nanti isinya jadi keras. Bila dah secukup rasa bolehlah dihidang bersama nasi putih & ikan masin.





Ok dah masak lauk kampong... kita try pulak resepi ala2 Indian style Resepi ni ku ambil dari blog Gert My Kitchen Snippet. TQ Gert for the nice recipe!! Resepi berempah mcm ni memang kesukaan semua dlm rumah. Rasa masakan ni saling tak tumpah serupa dengan resepi yang hubby selalu masak iaitu Kari Kering Ayam yang aku pernah masukkan resepinya kat link sebelah beberapa tahun yg lepas. Bahan2 pun boleh dikatakan sama cuma ada beberapa bahan yg ada kat sini takde kat sana.. & ada kat sana tp takde kat sini. Cara memasak pun lebih kurang. Dari segi rasa.. memang sama!! Aku cakap kat hubby.. rupanya resepi yang abang dok masak tu namanya Varuval Chicken!! hehehehe... Dah lama masak.. sekarang baru tau nama.. Kami memang tak tau nak letak nama apa.. main hentam je letak Kari Kering Ayam. Resepi tu hubby dok cuba buat berdasarkan lauk ayam yang pernah kami makan kat kedai mamak. Hubby try2 menjadi pulak.. so.. sekarang dah jadi feberet kami sekeluarga.. Ok.. kali ni kita cuba pulak resepi yg dicungkil dari dapur Gert

Quote:
CHICKEN VARUVAL WITH POTATOES
SOURCE : Gert ~ MY KITCHEN SNIPPETS

Ingredients:

3 pieces chicken breast – cut into bite size pieces (MaDiHaA guna 1/2 ekor ayam)
1 stick cinnamon
2 cardamom pods
3 medium size potatoes
2 green chilies - sliced
1 medium size onions – sliced thinly
A small bunch curry leaves
1 tsp black pepper
Salt and sugar to taste

Grind into paste:

5 cloves garlic
2” ginger
4 shallots
½ tsp salt

Make into a paste with a bit of water

3 tbsp curry powder
2 tbsp chili powder (more or less depend on how spicy you like)
1 tbsp turmeric powder
1 tsp coriander powder
1 tsp cumin powder

1. Clean and cut the chicken, marinate it with the blended paste for half an hour. In the meantime peel and cut potatoes into bite size pieces and pan fried it until soft and set it aside.
2. Heat up about 4 tbsp of oil in a non- pan, add in cinnamon stick. Stir fry until fragrant and add in the chicken, and spread it evenly into a layer and let it pan fried until lightly brown on one side and turn it over and do the same to the other side.
3. Once the chicken is evenly brown, move the chicken to the side of the frying pan and add in the curry paste. Continue the stir the paste until fragrant. Add in the onions, curry leaves and chili. Mix everything together and well coated with the paste. Add in about ½ cup of water and stir until well combined. Add in a bit of salt and sugar.
4. Add in the potatoes, stir, and lower down the heat and cover. Let it simmer until everything is cooked and water evaporated. Add in black pepper, Stir well and check seasoning.
5. Dish out and serve with warm rice.



Selamat Mencuba yer




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net