Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 16-Jul-2010 03:57 Email | Share | Bookmark
3 Resepi Lagi Buat Tatapan Semua..

 
 
 
 
 
Sementara mood tengah elok dan masa yang mengizinkan meh aku update lagi hari ni... layan resepi lagi ok.. Bukan apa.. sebenarnya sejak 3 hari ni.. aku tak berapa sibuk sangat kat opis ni coz bos sibuk dengan meeting ISO 9001 : 2008. Aku pun nak gak release tension.. yelah.. sebelum meeting tu hari2 sibuk menyiapkan document ISO tu...


Jom tengok apa resepi yang ada.... hok simple2 jer

Ini lauk kegemaran anak3.. kalau masak ayam anak3 semua setuju kat rumah tu.. tambahlah pulak kalau tak pedas macam lauk kat bawah ni... resepi mudah je ni..

Quote:
AYAM SOS TOMATO


Bahan2
1/2 ekor ayam saiz kecik ~ potong sedang/kecik
garam & serbuk kunyit (utk salut ayam)
1 biji lobak merah saiz kecik ~ di hiris
2 inci kulit kayu manis dari sebatang kayu manis yg dibelah dua
4 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 biji bawang besar ~ dimayang bulat/separa bulat
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 cm halia ~ dihiris nipis & halus memanjang
1 biji cili merah/hijau ~ dihiris
2~3 senduk kecik sos tomato (ikut keperluan/ ikut berapa besar ayam.. biar ayam bersalut sos)
1~2 senduk kecik sos cili (ikut keperluan)
1 cawan air
bahan perasa & garam jika perlu
minyak utk menggoreng ayam

Cara2 Menyediakan
1. Ayam yg dipotong kecik dibersihkan & tos sebentar. Gaul dengan garam & serbuk kunyit. Panaskan minyak & goreng tiga suku masak. Angkat & ketepikan dulu.
2. Dalam kuali yg lain, panaskan sikit minyak lalu tumiskan rempah2 kasar tadi hingga naik bau. Masukkan bawang putih, bawang besar, hirisan cili & halia & tumis lagi hingga wangi.
3. Masukkan sos tomato, sos cili & air biar mendidih.
4. Masukkan ayam, lobak merah, sikit garam & perasa dan kacau2 hingga sos memekat.
5. Rasa & tambah bahan perasa jika ada yg kurang. Bolehlah diangkat & dihidang bersama nasi putih atau apa2 jenis nasi.




Kat bawah ni pulak resepi yg dicuba dari sebuah majalah yg ku pinjam dari kawan ofis. Semestinyalah kawan ofis berbangsa Cina Resepi ni biasa2 aje... cuma aku berkenan pada cara persembahannya tu.. nampak menarik & menyelerakan bila dah terhidang atas meja Nama sebenar resepi ni Eggplant with Chilli Prawns.. tapi nama jer ada cili.. tapi tak pedas langsung.. tu yang aku tukar ke nama di atas.. sorry yer chef.. jangan saman saya yer sebab memandai ubah nama resepi.. anyway.. thanks to chef Phang for the recipe...

Quote:
EGGPLANT WITH PRAWN SAUCE
Source : Yummy Yummy Hawker's Fair magazine by Chef Phang Fah

INGREDIENTS:
300 gm eggplant
2 cup oil ~ for deep-fry
1 tbsp chopped shallots
2 red chillies, removed seeds and chopped (MaDiHaA hiris jer)
100 gm shelled prawns
1 tbsp chopped spring onion

SEASONING:
1 tbsp light soya sauce (MaDiHaA tambah lg sikit)
1 tbsp oyster sauce (MaDiHaA tambah lg sikit)
Dash of pepper
A bit of Sesame oil
3 tbsp water (MaDiHaA tambah lg sikit)
1 tsp corn flour, mixed with
1 tbsp water, for thickening

METHOD:
1. Cut eggplant into strips and deep-fry until cooked. Dish and drain. Place onto a serving plate.
2. Leave 1 tbsp oil, saute chopped shallots until fragrant. Add in chilli, prawns and stir well. Add in seasoning and stir-fry until well-mixed.
3. Thicken with corn flour water, sprinkle chopped spring onion and stir well. Pour the mixture over fried eggplant and serve.





Terakhir.. percubaan pertama buat Apam Bakar Tapai iaitu resepi tradisi dari Pantai Timur (kalau tak silap saya yer... tolong betulkan jika saya salah ) Memang dah lama sangat aku tak makan.. Maka bermulalah alkisahnya.. pepagi buta hari minggu beberapa minggu yg lepas.. belum subuh lagi aku dah bangun adunkan apam bakar ni sebab adunan apam ni perlu diperap selama 4 - 5 jam. Resepi apam ni.. aku terjumpa dari blog Ayu. Resepi asalnya dari citarasawan@myresepi.com. Masa jumpa resepi ni.. memang suka yang amat.. yelah.. aku kan pencinta resepi2 lama.. Terima kasih buat kedua2nya yer.. punyalah lama nak tunggu giliran ke resepi ni kan Ayu..? tp alhamdulillah.. akhirnya menjadi gak.. bak kata Ayu.. tak perlu nak pegi ke Trengganu utk makan apam ni.. kat Singapore (umah Ayu) & kat PJ (umah aku) pun boleh dapat.. hehehe...

Quote:
APAM BAKAR TAPAI
Sources:-From citarasawan@myresipi.com (copy from ayu singapore)


Bahan-bahan:-
300 gram tepung beras
125 gram gula pasir
1/4 sdt garam
2 sdt yis segera
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1 ulas bawang merah ~ di mayang halus
1/2 inci halia ~ dimayang halus memanjang
250ml santan/susu segar (MaDiHaA guna santan)
250ml air
4 ketul tapai ubi kayu ~ buang urat & di lenyek halus - dalam 140g (saya blender)

Bahan Tambahan
Kelapa parut putih dan sedikit garam (dikukus dan gaul bersama)

Cara2nya:-
1. Sebatikan semua bahan-bahan diatas, kacau hingga sebati. Rehatkan adunan 4 - 5 jam sehingga ia nampak berbuih dan ringan apabila dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan.
2. Panaskan non-stick pan (MaDiHaA guna kuali biasa aje), lenser dgn sedikit majerin (MaDiHaA letak 1 sudu kecil sbb takde non stick pan). Ambil satu senduk adunan dan bentukkan satu lempeng. Tutup kuali.
3. Biarkan atas adunan berbuih di permukaan dan keperangan di bahagian bawah baru di terbalikkan. Biarkan selama seminit baru diangkat.
4. Dihidang bersama kelapa parut putih yang digaul sedikit garam.

Note : Guna non-stick pan yg paling kecil jdi shape sama semuanya.





Ok.. itu saja resepi yang nak dikongsi hari ni......... selamat mencuba....


Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net