Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 21-Jul-2010 07:18 Email | Share | Bookmark
Avocado & Potato Salad........ ; Sago With Creamy Avocado

 
 
 
 
 
 
Salam....

Musim Avocado / Alpukat kembali lagi... dah hampir nak abis punnn Ini ada 2 resepi yang aku buat dari buah2 avocado yang ku petik kat rumah my auntie.. Ada lagi 3 butir.. tak tau nak buat apa.. makan dengan aiskrim ajelah kot... nak senang.. curah je susu pekat manis pun sedap jugak.. kalau rajin sikit buat jus atau boleh juga dimakan dengan santan & air gula melaka... hmm..

Jom tengok resepi kali ni Dua2 pun sedapppp

Quote:
AVOCADO & POTATO SALAD

Source : Amy Beh (Thanks Amy!..
Ingredients

1 avocado
200g boiled potato
1 red apple, core and cube
1 cucumber
2 cherry tomatoes, quarter (letak 1 tomato biasa)

Dressing (combined)
50ml mayonnaise
50ml plain yoghurt
1 tsp lemon juice
1/4 tsp sugar
Dash of pepper
1 tsp fresh parsley,

Method
Combine the dressing ingredients in a small bowl. Chill well in the refrigerator until further use.

Peel and halve the avocado, remove the seeds and cut into slices. Boil potato until just soft. When cooked, discard the water and dry boil the potato for one to two minutes (this is to keep the potato from being too sticky). Peel skin and cut into 1.5cm cubes.

Cut cucumber into half, remove seeded part, then cut into cubes, the same size as the apples. Soak in chilled water for 10 to 15 minutes, then drain.

Combine all the ingredients (cherry tomatoes included) in a mixing bowl. Pour chilled dressing over salad. Toss and leave in the refrigerator until well chilled before serving.

(aku main potong2 & terus je gaul dengan dressing tu.. takde nak ikut resepi sgt pun.. tapi epal potong last sekali sebab takmo lebam.)






Ini pula resepi dessert dari avocado.......... lazat & berkrim... kalo diet.. tak payah ler makan..

Ok.. ini resepinya yer.. resepi agak2 aje nih.. boleh diubah suai ikut kesesuaian & selera masing2 ok..

Quote:
SAGO WITH CREAMY AVOCADO
Source : Sendiri

Bahan2
1 biji avocado ranum (saiz sebesar buah jambu batu yg besar)
1 1/2 sudu besar gula pasir
1 1/2 cawan air masak
4 ~ 5 sudu besar biji sagu halus (nak guna yg kasar pun boleh gak)
air secukupnya utk merebus sagu
gula merah/gula melaka secukupnya untuk dibuat air gula melaka
1/2 cawan santan pekat (MaDiHaA guna santan kotak 1/2 kotak je)
secubit garam
1 cawan air masak (boleh kurangkan or lebihkan)

Penyediaan
1. Cuci sagu dan rendam dalam 20 minit. Toskan & masukan air secukupnya (air biar lebih) lalu rebus sagu hingga masak & jadi jernih. Toskan sagu dilaluan air paip biar semua lendirnya hilang & tos lagi. Campurkan sagu tadi dengan santan, secubit garam & air masak. Jika terlalu pekat boleh lebihkan sedikit airnya. Ketepikan dahulu bahan ini.

2. Buah avocado dibelah dua. Buang biji & selaput warna coklat yg melekat di bahagian dalam buah. Kopek semua kulitnya lalu dipotong kecil2. (boleh ambil sedikit isinya utk tujuan deko atau jika anda suka ada chunk avocado dalam dessert) Masukkan dalam mesin pengisar, campurkan 1 1/2 cawan air masak & gula pasir. Kisar avocado sehingga halus & berkrim.
3. Sediakan air gula melaka & tapis.

Penyudahnya
1. Sediakan mangkuk atau gelas menghidang. Sudukan beberapa sudu kisaran avocado. Boleh tambahkan chunk avocado jika suka. Sudukan pula beberapa sudu sagu bersantan diikuti dengan air gula melaka secukupnya (ikut kemanisan yg anda suka). Akhir sekali bolehlah hias ikut kreativiti sendiri. Boleh sejukkan sebentar di dalam peti sejuk atau boleh juga terus dihidangkan. Lazatttt... berkrim!!




Sekian.........




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net