Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Jul-2010 02:10 Email | Share | Bookmark
Keema Nurjan & Apom Lenggang

 
 
 
 
 
Salam...

Hari Nisfu Sya'ban sudah pun lepas.. tentu ramai yg mengambil peluang keemasan ini untuk berpuasa sempena hari tersebut. Sayang sungguh sebab kali ni.. aku tak diizinkan berpuasa sebab bendera merah sedang berkibar

Oklah.. kita layan entry makan2 pulak... Entah malam bila agak rajin sikit nak masak lain selain nasi.. so balik aje dari kerja terus bancuh adunan apom/apam lenggang & sementara tu bolehlah buat benda lain dulu mandi etc.. dah lama benar teringin nak buat.. kebetulan pulak tapai nasi memang dah lama buat & terbiar dlm peti ais.. konon2 nak buat apam kukus.. tapi takde masa pulak.. akhirnya jadi apom lenggang..

Untuk digandingkan dengan apom lenggang ataupun apom India ni.. aku masak Keema Nurjan disebabkan terliur Nur dok tayang dlm blognya.. Memanglah gandingan yang ideal.. hehehe.. cuma.. di lain kali.. kalau nak buat apom dengan cicahan pedas.. aku cadang nak kurangkan kandungan gulanya.. tapi kalau nak cicah dengan serawa ataupun kelapa parut dah okey dah sukatan gula tu..

Terima kasih pada Wila yang berkongsi resepi apom ni yer.. resepinya aku copy dari FP kak Rusnah.. biasalah kan.. copy men'copy' memang kerja akulah.. hehe... terima kasih juga pada Nurfikas kerana berkongsi resepi Keema Nurjan tu... mintak halal pada semua mana2 resepi yang dicopy & paste ni yer...

Quote:
APOM LENGGANG / APOM INDIA

Sumber : Wila
copy dari Kak Rus

Bahan2
150 gm tepung beras
200 ml santan
1/2 camt yis + dgn 50ml air suam-perap 10 minit
30 gm gula (lenkali nak kurangkan)
1/4 cawan tapai nasi

Cara2 Menyediakan
1. Campurkan kesemua bahan kecuali bancuhan yis. Mesin bahan2 tersebut dan tapis kedalam bekas/besen yang lain. Setelah itu masukan bancuhan yis tadi & kacau rata. Tutup dan simpan hingga kembang berbuih2 lebih kurang 1 jam.
2. Setelah kembang, kacau bancuhan agar rata.
3. Panaskan kuali dengan sedikit sapuan planta/minyak masak. (boleh juga gunakan kuali non stick). Tuangkan sesenduk adunan ini ke dlm kuali lalu dilenggang sedikit agar jadi spt kuih dadar. Biarkan seketika kemudian barulah kuali di tutup.
4. Setelah tepinya kekuningan kikis tepi2nya dan angkat.
5. Cara menghidang di lipat dua atau di biar terbuka pun boleh juga. Dihidang bersama kari ayam atau kelapa parut putih terpulang selera masing2.


Resepi Tapai Nasi
250 gm nasi yg tlh disejukkan
1 camca teh ragi yg telah dihancurkan
sedikit gula (MaDiHaA tak letak pun)
1 camca besar air (tak letak jugak)

Cara2 Menyediakan Tapai
Tapiskan ragi dgn menggunakan penapis teh ke atas nasi kemudian kacaukan supaya rata.taburkan sedikit gula dan renjiskan lebih kurang 1 camca besar air gaul rata.Tutupkan bekas dan simpan selama 2 malam sebelum digunakan untuk membuat kuih2 yg menggunakan tapai nasi(selepas 2 mlm tapai nasi ini mesti disimpan dalam peti sejuk.. tahan lbh kurng 2 bulan)





Ok.... meh tengok pulak resepi Keema Nurjan ni yer..

Quote:
KEEMA NURJAN

Sumber : Nurfikas
Bahan-Bahan
~~~~~~~~~~
500 gm daging kambing cincang (guna daging (lembu) kisar ramlee)
1 sudu besar pes halia (MaDiHaA letak 1 inci)
1 sudu besar pes bawang putih (guna2 ulas)
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar mentega
200 gm bawang besar Bombay, dikupas dan dihiris-hiris
1 cawan air panas
1/2 cawan krim putar (ganti dgn yogurt asli maknanya yogurt jd 1 cwn)
1/2 cawan yogurt
100 gm tomato, dipotong empat
1/2 cawan kacang pis
1 tangkai cili merah dan hijau dihiris-hiris
sedikit daun ketumbar dipotong kasar
garam secukup rasa
lada hitam yang baru dikisar
1/2 cawan biji gajus yang digoreng terendam

Rempah Tumis
~~~~~~~~~~~
2.5 kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga cengkih
Pes Kari (digaul rata-rata)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
1 sudu besar garam masala
1 sudu teh lada putih serbuk
1 sudu besar rempah kari daging serbuk
2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar serbuk
1/4 cawan air


Cara-Cara
~~~~~~~~
1. Masak daging dengan pes halia dan bawang putih selama 3 minit dan ketepikan.
2. Panaskan minyak masak dan mentega di dalam kuali lain dan tumis bawang besar sehingga kuning. Masukkan rempah tumis.
3. Campur pes kari dan goreng selama 5 minit. Tambahkan daging yang dimasak dan air panas. Renihkan.
4. Apabila daging empuk, masukkan krim putar dan yogurt. Tambah tomato, kacang pis, chili hijau, cili merah dan daun ketumbar. Perasakan dengan garam dan lada hitam.
5. Hias dengan gajus goreng dan hidang dengan roti atau naan.




Jemput tengok jelah yer... nak jemput makan dah abis dahh...




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net