Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 30-Jul-2010 05:40 Email | Share | Bookmark
Floria 2010 @ PutraJaya

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam buat semua...

Hari ni takde cerita masak2 ye... Hari ni aku nak masukkan gambar2 semasa kami sekeluarga pegi ke pesta Floria 2010 di Putrajaya pada 17hb Julai yang lepas iaitu sehari sebelum Floria 2010 berakhir. Pegi ni gara2 nak balas dendam ni sebab tahun lepas tak berpeluang untuk pegi & lihat sendiri disebabkan masa tu Alin baru berumur 4 bulan... lagi pula masa tu.. wabak H1N1 sedang mengganas... jadi aku terpaksa akur dengan keadaan yang tak begitu mengizinkan pada waktu itu... Lantas tahun ini walaupun aku sibuk dengan order... tapi kerana minat yang begitu mendalam pada flora (& fauna) aku paksa & pujuk2 juga hubby supaya pegi ke floria tahun ni... Kalau ikutkan minggu tu minggu hubby kerja.. tapi aku dah paksa dia ambik cuti Terima kasih abang sebab sanggup ambik cuti sebab nak tunaikan permintaan ibu.... Walaupun pada mulanya rasa berbelah bagi kerana Alin demam pada petang Jumaat tu & aku sendiri pun tak berapa sihat... tapi alhamdulillah.. pagi Sabtu tu nampak Alin dah ceria semula & tak demam... akhirnya dpt jugalah kami pegi...

Walaupun dah hampir 2 minggu Floria berakhir.. tapi tak kisahlah... paparkan juga utk kenangan kami sekeluarga walaupun gambar2 tak begitu memuaskan kerana aku ambil gunakan kamera handphone sahaja.. Apa boleh buat... belum ada bajet utk beli kamera baru...

Mari cuci2 mata...
Baru saja memasuki Putrajaya... rasanya.. Alin baru pertama kali jejak kaki ke sini...


Terpegun seketika melihat kepakaran gadis ini mewarna batik menggunakan kakinya semasa kami melalui booth yang ada di situ...


Antara lanskap yang sempat difotokan... itupun tidak semua yang sempat kami masuk & ambil gambar kerana agak payah juga sebab kami bawa stroller baby... so banyak tempat yg tak sesuai untuk masuk.. lantaran pula.. cik abang ku itu asyik nak langkau2 aje.. hehehe.. kalau ikutkan hati aku ni memanglah rasa semua nak tengok.. tapi takperlah.. dia nak ikut tu pun dah seribu rahmat.. Oh ya.. kalau ada yang tak tahu.. Floria pada tahun ini bertemakan bunga Helikonia / bunga sepit ketam..



Tahniah pada negeri Johor Darul Takzim yang telah memenangi semua kategori dalam landskap pada tahun ini & juga tahun lepas.... (info diperolehi dari pemandu trem/kereta yg disediakan utk meronda dlm kawasan pameran yang kami naiki )


Susah sungguh nak ambil gambar anak dara cilik aku skrang ni... tak reti dok diam... byk gambarnya yg kabur almaklum ambil gambar pun dengan handphone.. mana ada shake free...


Anak2 dah kelaparan... tp yang sebenarnya lapar mata sebab dah nampak treller KFC ada kat situ...(ada byk lagi treller fast food yg lain ada kat situ) ikutkan dah sarapan bihun goreng dengan karipap sardin masa kat rumah.. masing2 dah sibuk mintak KFC.. layan ajelah sekali sekala.... Sedang molek sedang kami tercari2 port utk lepak & makan.. tiba2 nampak satu booth yg agak tersorok & kosong.. tapi ada meja, kerusi & yg paling best sekali kipas pun siap terpasang.. ada juga kesan2 orang baru lepas makan kat meja tu.. so.. aku mintak izin ngan meja kat situ utk tumpang makan kejap situ.. nak mintak izin dengan orang.. takde nampak sapa2 pun kat situ.. so ngan meja pun bolehlah kot.. jangan risau ye tuan gerai... segala sisa2 makanan kami dah buang ke dalam tong sampah... tp sedih gak tau.. lepas kami makan.. ada lagi org lain yg makan kat situ.. masa kami naik trem/kereta yg disediakan utk ronda2... aku nampak mereka tinggalkan aje cawan kertas atas meja tu... tak bertanggung jawap betul


Ok.. meneruskan perjalanan.. kami melawat gerai yang menjual bunga2an & pokok2 buah2an.. aku belilah juga sepasu orkid Renanthera warna merah tu sebab nak hadiahkan pada ma sempena birthdaynya yang dah lepas.. hehehe... nak beli hadiah lain rasanya semua ma ada.. aku rasa beli pokok bunga lagi baik sebab ma pun minat bunga macam aku juga..








Sebenarnya masa tengah meronda lagi Haziq dah sibuk nak naik trem/kereta kontot yg disediakan utk ronda2 tu... so sebelum balik.. layanlah juga kehendak Haziq ni ha... sedang elok 1 kereta kontot (sorry aku tak tau nak panggil nama apa) tu muat2 utk kami sekeluarga... so rondalah sekali lagi kami seluruh kawasan pameran tu...

Itu sajalah gambar2 yang ada.... maaf kalau ada gambar2 yang keluar pangkah sebab dah malas nak buat 2 n3 sebab ada byk lagi gambar2 yang belum published... tak sempat nak edit gambar & tak sempat nak update........ sibuk sikit skrg ni........

Terima kasih tak terhingga pada yang masih sudi singgah di sini dan meninggalkan jejak.. & terima kasih juga pada silent reader yang masih setia singgah FP ku yang serba kekurangan ini...



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net