Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 13-Aug-2010 04:22 Email | Share | Bookmark
Berkongsi Resepi Pula...

 
 
 
 
 
 
Salam sayang buat semua...........

Selamat berpuasa....

Hari ni.. baru ada kerajinan sikit untuk berkongsi resepi... manalah tau kalau2 ada yang nak mencuba untuk juadah berbuka puasa terutama bagi ibu2 bekerja yang tak sempat memasak juadah berbuka di hari bekerja.. tapi mungkin hujung minggu ni adalah sedikit idea nak masak apa... jom tengok resepi Masakan2 ni semua masakan sebelum bulan puasa lagi ni tau...........


Buat nasi ayam goreng ni sebab dah teruja dek kerana pujian melambong2 dari si Midza. Siap potong Q lagi masak nasi ni... (padahal byk lagi resepi2 lain yg masih KIV) kuat betul penangan nasi ayam goreng nih.. hehehe... Nasib baik memang betul sedappp!!! Aku pun sama gak macam Midza.. malas nak buat kuah.. so makan jer nasi tu kering2 macam tu dengan acar epal & carrot, daun salad, ayamnya & juga acar buah yang kazenku Ida dok bagi aritu... memang sedap sangat2.. bertambah2 anak2 & hubby makan.. Tak rugi mencuba... thanks sangat2 pada penyumbang resepi ni..

Quote:
NASI AYAM GORENG
Sumber : Mek Jah (copy dari Midza)

Bahan-bahannya:

Bahan untuk ayam :
* 1 ekor ayam- di potong 12 ketul (tak kira pun potong berapa.. belasah jek)
* 2 sudu kecil garam*
* 1 sudu besar serbuk kunyit*
* 1 sudu besar rempah kari*

Caranya=
> ayam di potong 12, bersihkan dan toskan....gaulkan bersama garam, serbuk kunyit dan serbuk kari....perap sebentar dan goreng seperti biasa...(jngn garing sangat)
* Setelah siap, angkat ayam dan ketepikan dahulu.

Bahan Utk Masak Nasi
1 sudu rempah kari
1 inci halia-tumbuk kasar
4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
1/2 labu bawang besar-potong dadu
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
sedikit kiub ayam
sedikit garam dan sedikit serbuk lada hitam
2 bay leaves/ daun ketumbar
4 cawan beras basmathi-cuci toskan
4 1/2 cwn air
1/2 cwn susu cair
sedikit minyak
& sedikit marjerin (MaDiHaA tambah)

Cara-Caranya:
1. Panaskan minyak & sedikit marjerin, tumiskan bunga lawang, kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk, serbuk lada hitam dan rempah kari hingga wangi.
2. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi. Tuangkan 1/2 susu cair dan 4 1/2 cawan air.
3. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam, kiub ayam dan daun ketumbar. (ayam tu MaDiHaA masukkan sikit jer sbb hubby suka mkn ayam yg garing2..) Masak nasi hingga masak. (MaDiHaA masak guna periuk biasa & masak atas dapur gas jer.. ikut cara2 masak nasi putih.. iaitu tutupkan tudung periuk apabila nasi dah kering & perlahankan api yg paling kecil sekali lebih kurang 5 ~ 7 minit.. jangan buka tutup periuk sehingga nasi benar2 masak. Buka tutup periuk bila sedia nak hidang.. barulah buka & karihkan nasi tersebut.)




Ini dia pelengkap nasi ayam goreng tu... iaitu Acar Epal Hijau Dengan Carrot.. sememangnya sedapp!!

Quote:
ACAR EPAL HIJAU DENGAN CARROT

Bahan2
4 biji epal hijau ~ cuci bersih & sagat kasar (bahagian biji jangan ambik lak)
1 biji lobak merah ~ kupas kulit, cuci & sagat kasar
1 biji bwg besar ~ belah dua & hiris nipis
1 biji cili merah/3 bj cili padi ~ hiris halus
5 sudu besar cuka/jus limau
garam & gula secukup rasa (agak byk gak sehingga secukup rasa)

Cara2
Gaulkan kesemua bahan2 di atas sehingga secukup rasa. Hidang terus selepas digaulkan. Memang best!!



Dulu hubby dengan kakak Dini tak suka sangat bila aku masak tauhu ni.. makan tu makan.. tapi certain2 menu saja yg dorang akan makan.. kalau ada tauhu dalam mee goreng pun dorang akan ketepikan.. hanya tauhu sumbat je dorang boleh makan.. tapi sekarang ni dah ubah angin agaknya... deme dua orang tu dah boleh terima dah apa2 menu tauhu dlm menu harian.. hehe.. cuma setakat ni.. si kecik & Haziq yg masih belum reti mkn tauhu ni..

Ok.. ternampak resepi tauhu/tofu yg agak menarik dalam blog Gert. Sesuai gak bagi mereka yang mengamalkan vegetarian untuk menggantikan protein. Aku tengok bahan2 pun simple... terus mencuba.. boleh tahan... sedap dengan gabungan rasa pedas, masin dan lemak bersatu disusuli pula dengan aroma daun kari serta ada rasa rangup2 sikit pd kulit luar tauhu.. terbuka selera.. Thanks to Gert for the nice recipe... allow me to share the recipe here..

Quote:
TOFU IN CREAMY SAUCE
Source : Gert My Kithen Snippet

Ingredients:
1 block of firm tofu – cut into 1” square (guna 4 keping tauhu biasa & potong ke 9 kiub tiap sekeping)
2 tbsp cornstarch
2 tbsp flour
1 tsp salt
1 tsp black pepper

For the sauce:

3 cloves garlic
3 sprigs of curry leaves (letak 2 tangkai je)
4 bird eyes chilies or one big red chili - cut small
1 cup of evaporated milk
1 tbsp butter
salt and pepper
1 tsp of sugar

Method
1. Cut and pan dry the tofu on paper towel until dry. Lightly sprinkle some salt and pepper.
2. Combined all the coating ingredients like cornstarch, flour, salt and pepper in a plate. Dredged the tofu with the flour mixture.
3. Heat up some oil and fried the tofu until golden brown. Set it aside. Remove all the oil from the frying pan.
4. Heat up the butter in the same pan, stir fry the garlic, curry leaves and chilies until fragrant and lightly brown.
5. Add in the milk, salt, pepper and sugar and continue to stir until the milk thickens and milk evaporated. Add in the tofu and continue to stir fry until the tofu is well coated with the sauce.
6. Dish out and serve with rice.



Note: The spiciness and the amount of gravy can be adjust accordingly to suit your taste

Cukuplah dulu resepi2 yang ada ni untuk hari ni yer.. lain kali masukkan lagi...

Sekian terima kasih...



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net