Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 16-Aug-2010 07:19 Email | Share | Bookmark
Award dari Suhaya & Resepi2 tertunda lagi...

 
 
 
 
 
Salam semua...

Kita teruskan jelah ngan resepi2 tertunda ni ye.. tertunda ni maksudnya.. resepi2 yang dah lama dimasak iaitu sebelum masuk bulan puasa lagi ni.... hehe.. layan jelah yer sbb tuan rumah takde mood nak bercerita sgt hari ni... hahh... tapi sebelum tu... nak masukkan dulu award yg aku dpt dari Suhaya ni sebab berjaya jadi 1st commentor... TQ Sue...




Quote:
GULAI UDANG DENGAN PERIA BERINTI

Sumber : Kak Amal Thanks kak Amal..
Bahan2nya:
1 bungkus rempah kari udang/ketam ADABI (guna rempah ikan aje)
8 biji bwg merah -ditumbuk
2 biji bwg putih -ditumbuk
1 inci halia -ditumbuk
1 sudu kecik kerisik (guna kerisik buat sendiri lebih sedap)
RM 1.00 santan pekat
1 keping asam keping (MaDiHaA tambah)
air ikut kepekatan kuah yg dikehendaki
2 biji peria ( di potong bulat 2 atau 3 bhg dan direbus selama 5 minit dgn air + garam)
Udang sedang dlm 10 ekor. (letak lebih.. hehehe)
Garam secukup rasa.
1 biji kentang

Untuk Inti Peria
Isi kelapa putih dlm RM 1.00
2 biji cili merah
1 biji bwg besar
1 biji telur (letak 2 biji)
sedikit jintan manis dan sedikit jintan putih dan garam secukup rasa

(Diblender semua ini kecuali telur hingga halus keluarkan inti ini dari blender ke dlm bekas lain dicampurkan dgn sebiji telur, gaul rata dan dimasak sekejap) kmal masuk dlm micro. dlm 2 minit. (MaDiHaA terpaksa blender dicampur sedikit air.. kemudian masak dalam kuali hingga agak kering..)
sumbatkan inti dlm peria dan tutupkan lubang kedua belah peria dgn potongan kentang.

Caranye:
Campurkan rempah kari dgn bahan tumbuk dan kerisik..+ sedikt air jadikan pes.
Panas minyak..tumis pes rempah hingga garing, campurkan santan dan air ikut kepekatan yg dikehendaki..kacau selalu takut kuah berketul, masukkan peria yg telah disumbat inti..kacau pelan2, Masak hingga peria & kentang empuk. Masukkan udang & asam keping...masak hingga mendidih, rasakan garam dan siap.




Resepi seterusnya... Siomay Meesua... kuih ni pun buat sebelum puasa tempohari..
Dah lama sangat2 dah teringin nak buat kuih ni. Berkenan sejak pertama kali tengok dalam majalah Sedap keluaran pertama tahun 2008 lagi uu.... Tu dia.. 2 tahun memendam rasa.. hehe.. akhirnya menjadi jugak.. Bukan apa.. terlampau curious utk tahu bagaimana keunikan rasa kuih ni... biasanya siomay diperbuat dari kulit siomay.. tapi kali ni diperbuat dari meesua... unik kan? Hmmm... bila dah siap.. nampaknya.. tak berapa kena pulak dengan selera aku.. hehehe.. tapi tak taulah ye sebab aku tak buat kuah kacang pencicahnya tu.. aku cuma buat kuihnya saja lepas tu cicah dengan cili sos.. ni sebab dah malas nak goreng kacang.. haha.. aku rasa kalau cicah ngan kuah kacang mungkin sedaplah kot.. aku tak masukkan resepi kuah kacang tu sebab rasa mcm kompius sikit dengan resepinya.. aku rasa kalau sesapa nak cuba buat.. buat je cicah dengan kuah kacang/ kuah satay tu.. sure sedap... so kat sini aku cuma masukkan resepi kuihnya saja.. resepi kuah kacang tu.. u all buat je kuah kacang nasi impit tu ye... (itupun kalau ada yg nak buat ler.. keh keh keh..)


Quote:
SIOMAY MEESUA
Sumber : Majalah Sedap Vol. 1, Bil. 1

Bahan2
100 gm meesua, dicelur dan dipotong2 (celur kejap je)
1 tangkai daun bawang ~ hiris halus
50 gram isi udang ~ dicincang
50 gram tepung sagu (aku guna tepong jagung)
1 biji telur ~ dipukul ringan
50 gram lobak merah ~ diparut kasar
3 ulas bawang putih ~ dikisar/ tumbuk lumat
1/2 labu bawang besar ~ dicincang
1/4 sudu teh garam
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudh teh serbuk stok ayam
50 ml air

Cara2 Membuatnya
1. Kacau rata semua bahan2 sehingga rata. Panaskan kukusan.
2. Gliskan acuan apam yg kecil2 tu dengan sedikit minyak masak. Masukkan adunan yang digaul sehingga penuh acuan dan susun dlm tray kukusan.
3. Kukuskan selama 25 minit / sehingga benar2 masak.
4. Keluarkan kuih dari acuan setelah kuih suam2 sedikit.
5. Hidangkan dengan kuah kacang/ kuah satay.

Nota MaDiHaA : Jika nak buat lagi.. rasanya lebih sedap sekiranya bawang putih & bawang besar ditumis dengan sedikit minyak sekejap sehingga wangi kemudian masukkan udang, kacau2 tutupkan api. Bila dah suam2 sikit barulah dimasukkan semua bahan2 lain. barulah di kukus dalam acuan apam.




Sekian dulu... terima kasih & selamat berpuasa


Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net