Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 18-Aug-2010 02:59 Email | Share | Bookmark
Pajeri Terong, Telur Bungkus & Kuih Lipat

 
 
 
 
 
Salam semua...

Hari ni ada beberapa menu ulangan yang mungkin dpt memberi idea pada kawan2 untuk di masak sebagai juadah berbuka.......... layan........

Antaranya ialah pajeri terong yang menjadi feberet aku ni Aku masukkan juga resepi sekali lagi untuk rujukan kawan2...

Quote:
PAJERI TERONG

Bahan2
7 ~ 8 biji terung panjang saiz sederhana/kecil [buang tangkai & belah dua tapi jangan putus ~ sila check juga kalau2 isi terung diserang ulat yer.. silalah buang bahagian tersebut ~ cuci bersih]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa] (tambah lg kalau rasa tak cukup)
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk (nak hiris pun buleh)
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk] (tak letak pun masih sedap jugak)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang (aku tambah)
1 biji buah pelaga (aku tambah)
3 kuntum bunga cengkih (tambah ini juga)
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak (aku lebihkan sikit)
2 sudu besar gula merah
2 sudu besar kerisik (guna yg goreng sendiri lebih sedap!)
Garam secukup rasa
serbuk perasa (aku tambah)
sedikit air asam jawa (aku tambah gak.. sikit je.. kalau buat pajeri nenas, kedondong atau mangga muda tak perlu letak dah asam jawa)

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu
manis & kawan2nya (4 sekawan) dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan kacau supaya rempah tidak melekat pada
periuk.
3. Masukkan santan, air asam jawa dan garam serta gula merah. Bila dah mendidih masukkan terung. Sentiasa dikacau2 supaya tak membuak.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak serta terung agak lembut.
5. Sedia dihidangkan.



Ini pula telur bungkus.. walaupun simple tetapi tetap menyelerakan...

Quote:
TELUR BUNGKUS

Bahan2
3 biji telur
1 ketul dada ayam - didadu isinya saja
1/2 batang carrot - potong dadu
1/2 biji cili capsicum - potong dadu
3 helai daun kobis - racik halus
(sayuran boleh digantikan dgn apa2 jenis sayur yg anda suka.. spt kubis bunga, brokoli, buncis atau apa2 sj. kali ni MaDiHaA hanya ada stok carrot & kacang peas dlm tin.. so guna 1 btg carrot & 1 tin kcg peas kecil)
1/2 biji bawang besar - potong dadu
1 ulas bawang putih - cincang
1 sudu besar cili kisar
sos cili
sos tiram
garam sket
perasa
air sikit
minyak

Cara2
-Panaskan minyak, tumiskan bwg putih, bwg besar & cili kisar hingga wangi.
-Masukkan isi ayam, kacau2.. tambah air sikit jer.. kacau kejap biar ayam masak.
-Masukkan sayuran semua kacau lagi.
-Masukkan sos tiram, sos cili.. agak2 yer.. ikut byk mana suka.
-Masukkan serbuk perasa. Masukkan garam jika perlu. Biar kering sket.
-Bila sayuran dah masak.. bolehlah di tutup apinya.

Cara Menyediakan Telur Bungkus
-Pecahkan telur, campur 1 sudu besar air dalam telur, garam.. kacau2 bagi rata.
-Sediakan kuali.. lebih bagus non stick pan. Kalau kuali biasa.. bubuh minyak sikit sapu dengan daun pandan.. jangan byk nanti tak boleh nak dadar nipis.
-Bila kuali dah panas.. tuangkan telur dlm kuali.. kemudian angkat kuali dan pusing/lenggang kuali bagi telur jadi nipis dan lebar. macam kita buat kuih dadar. (guna kain pengalas yerrrr puan2.. panas telinga kuali tu )
-Bila dah masak.. guna sudip terbalikkan telur.. hati2 nanti telur pecah..
-Bila dua2 belah telur dah masak.. tutupkan api.
-Ambil sayuran yg dimasak tadi dan tuangkan atas telur tadi (telur dadar masih dlm kuali yer puan2)
-Lipatkan kiri kanan, atas bawah telur supaya jadi telur bungkus 4 segi.
-Ambil pinggan hidangan dan tekapkan pd telur tadi. Maksudnya terbalikkan pinggan tu atas telur/dlm kuali.
-Kemudian tangan kanan pegang tangkai kuali (bagi non stick pan) sambil tangan kiri pegang pinggan tadi (pegang kuat2 yer nanti jatuh tak tauuuu ) Bagi kuali biasa pun boleh buat gak.. tapi kena pegang kuat2 telinga kuali tu.. dan hati2 jangan terkena tangan anda... kuali tu masih panas.
-Dengan kadar cepat.. terbalikkan kuali tersebut.. maksudnya pinggan dah berada di atas tapak tangan kiri kita dan kuali pulak dah jadi terbalik.. angkat kuali pelan2.. and.. taraaaaaaaaa... jadilah telur bungkus...



Thanks to my mum yg ajar cara2 'membungkus' ni.. cara ni jugak yg dia selalu buat masa dia buka kedai mkn tak lama dulu.. (skrg dah pencen.. hehe)


Kuih lipat ini pula baru pertama kali mencuba.......... thanks to Mariam berkongsi resepi...
Sebenarnya tuan punya resepi bagi nama kuih tangkup.. tapi aku dah pepandai edit kepada nama kuih lipat kat gambar tu.. hehe.. takpelah ye Mariam sebabnya menurut Mariam dia pun tak tau apa nama sebenar kuih ni.. dia main taruk jekk.. yang akak pulak dah lupa nama yang Mariam taruk tu tp dlm kepala ni dok ingat kat nama kuih lipat.. hehehe... belasah jelah ye... apa2pun.. tq ye Mariam sebab berkongsi resepi kuih2 lama ni.. & mintak maaf di atas perubahan pd nama kuih tu... Kalau tak silap.. dlm FP Kak Rus ada gak kuih yg serupa ini dan dinamakan dengan apam perlis... Jom tengok resepinya.. tapi ada ubah suai sikit kat resepi ikut cara Wila.. harap Mariam tak kecik ati yekk..

Sebenarnya kuih ni bukan buat utk berbuka.. tp kuih ni dah lama dah pun buatnya.. tu yg masa edit nama tu dah tersilap tu.. hehe..

Quote:
KUIH LIPAT

Sumber : mariam FP

Bahan Kulitnya:
2 cwn tepung gandum
2 1/2 cwn air
sedikit garam
1 s/k baking powder (ku memandai tambah)
1/2 s/k soda bikarbonat (tambah gak)
1 biji telur (ini pun sama pepandai tambah)
sedikit pewarna kuning (ku tambah jugak)

Cara2 menyediakan:
Campur kesemua bahan mesin n tapis kemudian masak seperti kita masak kuih dadar
tapi buat kepingan kecil2 je.. masak sebelah je..tak perlu terbalikkan. MaDiHaA guna kuali non stick yg bersaiz kecil.
setelah masak angkat kedlm pinggan letak inti di tengah dan tangkupkan dengan menekan sikit di tepi2nya.

Bahan inti:
2 biji telur
2 cwn santan
3/4 cwn gula
2 camb tep kastard
2 camb tep jagung (Tambah sendiri)
daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna hijau (Tambah gak ni)

Cara2 menyediakannya
Campur kesemua bahan kecuali daun pandan hingga rata. Tapiskan ke dalam kuali & masukkan daun pandan. Kacau dengan api sederhana hingga pekat angkat n sejuk sebelum d masukan kedlm kuih tangkup.



Sekian dulu utk hari ni... selamat berpuasa...




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net