Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 24-Aug-2010 07:48 Email | Share | Bookmark
Berbuka yang ringkas2 saja....

 
 
 
 
 
 
Salam semua...

Puasa tahun ni takde mood ler nak ambik gambar kesemua juadah berbuka kat atas meja mcm tahun2 lepas. Masa betul2 tak mengizinkan... Ambik gambar mana2 yang sempat ajelah... jangan ke tidakkk Lagipun.. tak sempat sgt nak buat kuih muih hari2 bekerja... semua main beli jer.. masak lauk pauk pun dah lepas berbuka... layan jelah apa yg ada ni.. semuanya resepi2 ringkas.. hehe..

Buat gulai ni sebab teringin sangat... ada kuah lebih esoknya buat jemput2 bilis... jadik ler rezeki hari tu kan...


Inilah jemput2nya........ Aku tak kira orang nak ckp apa.. nak masukkan juga resepi jemput-jemput bilis versi aku nih walaupun ni kuih yg paling mudah kat dlm dunia nih.. Bak kata Kak Su Mersing.. ini adalah antara kuih teknologi rendah.. hehehe... Tak kisahlah tu.. bukan apa.. anak2 suka sangat makan jemput2 ni... so.. biarlah aku masukkan resepi sini senang diaorang buat rujukan di masa2 akan datang.. lagipun.. lain orang lain cara membancuh jemput2 ni walaupun namanya sama... betul tak? Kami satu family memang suka jemput2 ni sebab lembut.. tambah2 bila dpt cicah ngan kuah gulai lebihan semalam.. tak kisahlah kuah gulai apa pun.. kalau takde sangat.. cili sos ler pilihan terakhir.. aku buat ni utk berbuka beberapa hari yg lepas.. mmg layan.. jom intai2 resepi.. sama tak ngan resepi u all?

Quote:
JEMPUT-JEMPUT BILIS

Bahan2
500 gm tepong gandum
Segengam ikan bilis kopek (angaran 3/4 cawan) ~ dimesin kering hingga halus
1 biji telur (gred A)
2 labu bawang besar ~ didadu
10 tangkai daun kuchai ~ potong 1 inci
2 gengam taugeh/kobis yg dihiris halus
1 sudu kecil garam
3 cawan air (agak2 le sendiri)
Minyak yang banyak untuk menggoreng

Cara2
Campurkan ke semua bahan2 di atas.. dan bolehlah digoreng hingga garing. Angkat toskan & hidang dengan pencicah kegemaran.


Sempoi tp sedap!


Hah... ni satu lagi kuih ala2 nak buat jemput2.. cuma cara memasak je lain sikit.. cara membancuh tu mmg sebijik mcm nak buat jemput2.. hehehe... Nilah dia.. muffin epal permintaan kakak Dini yg sedang berpuasa. Layanlah jugak walaupun kurang rajin nak membaking skrg nih.. tapi disebabkan nak latih anak berpuasa.. rajin2kan jugak buat sebab anak2 pun ada keinginan macam kita jugak..

Resepi asal sebenarnya resepi muffin kiwi yang aku ambil dari blog MamaFaMi yang beliau ambil dari All Recipes dot com.. Walaupun buah kiwi dok ada tergolek2 2 biji dlam peti ais tu.. ibunya kena mengalah sebab anak mintak muffin epal.. nasib epal hijau pun ada lagi 2 biji lebihan buat acar epal tempohari.. Sedap muffin ni makan panas2.. sebenarnya aku buat muffin ni dah pukul 10.30 mlm... godek2 kejap je dah pun siap.. ala2 jemput2 ler katakan..hehe so.. bila masak aje.. terus ler boleh dimakan.. nak buat sebelum berbuka memang tak sempat lor... TQ Tim Fink & MamaFaMi untuk resepinya yer.. mmg sedap.. maaf sbb ada tambah/tukar sikit bahan dlm muffin nih..

Quote:
APPLE MUFFIN
Source : Tim Fink of AllRecipes dot Com
Copy dari mamafami fp

Ingredients :

1 cup all-purpose flour
1/2 cup sugar
1/2 teaspoon baking soda
1/2 teaspoon baking powder (MaDiHaA tambah)
1/2 teaspoon ground cinnamon
1/4 teaspoon ground allspice (tak letak)
Dash salt
1 egg
1/2 cup milk
2 tablespoons butter or margarine, melted
2 kiwifruit, peeled and chopped (tukar ke 2 biji epal hijau)
1/2 cup raisins (tak letak)

Method :

1. In a bowl, combine the dry ingredients.
2. In another bowl, beat the egg, milk and butter. Stir into dry ingredients just until moistened.
3. Fold in kiwi and raisins.
4. Fill paper-lined muffin cups three-fourths full.
5. Bake at 425 degrees F for 15-18 minutes or until a toothpick comes out clean.
6. Cool for 5 minutes before removing from pan to a wire rack.


Tengok ni... anak dara ku yg kecik berselera sungguh mkn muffin nih... hampir habis sebiji dia makan..(tp bukan anak dara ni yg mintak muffin ni ye.. hehehe) ada video yg ku ambil masa dia makan muffin ni........ tapi tak reti nak letak kat sini lor...



Kat bawah ni pulak.. kue teow goreng resepi ambil dari blog Nuanza... memang sedap sesangat wehh!! Berbaloi2.. TQ Nuanza resepinya yer... akak dah edit sikit resepi ikut kuantiti 1kg kue teow..

Quote:
KUE TEOW GORENG
Sumber : Nuanza

Bahan2
1 kg kue teow
4 sudu rata serbuk cili ~ bancuh ngan air (nak pedas sikit leh lebihkan)
10 ulas bwg putih ~ tumbuk
1 kg kerang ~ rebus & ambil isinya
400 gm udang ~ buang kepala & bersihkan
4 biji telur
2 ~ 3 genggam tauge (letak lebih)
10 pokok kucai
1/2 sudu teh minyak bijan
5 sudu kicap pekat
7 sudu kicap masin
3 sudu kicap manis
Minyak utk menumis (dlm 2/3 cawan ~ agak2 je nih)

Cara Menyediakan

1. Panaskan minyak lalu tumis bwg putih hingga wangi. Masukkan pes cili
kacau hingga wangi.
2. Masukkan minyak bijan dan semua jenis kicap. Kacau2.
3. Masukkan telur yg dipukul sedikit & biarkan telur membeku sedikit sblm dikacau hancur. Pastu masuk udang & kerang.. biar kejap dalam 2 ~ 3 minit.
4. Masukkan kue teow yang dilerai2kan, tauge dan kucai & kacau biar sebati.

Nota: Kalau rasa2 kurang masin tambah kicap lg.. tapi resepi ni MaDiHaA dah siap tulis yg MaDiHaA tambahkan kicap2 tu.. so kalau anda seorang yg pemasin bolehlah tambah lg kicap.. Nak sedap lagi, tumbuk cili api + kicap.. atau boleh jugak dimakan dengan jeruk cili hijau... yummy...)



Dan terakhir untuk hari ni.. resepi mudah yang diperbuat dari roti......... pun sedapp.. anak2 memang suka kuih2 gini.. kakak Dini suruh buat lagi... Resepi aku ambil dari blog Lizahanum... TQ Liza... akak C&P kat FP akak pulak resepinya yer..

Quote:
BEBOLA ROTI GORENG
LIZAHANUM

Bahan-Bahan
14 keping roti ( plain white bread) ~ potong menjadi kepingan kecil
2 biji telur (saiz besar)

3 batang cili merah ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ didadu halus2
sedikit daun sup/bawang ~ dihiris halus (guna daun sup lebih bangkit baunya)
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa
perasa ikan bilis (guna 1/2 kiub)
minyak utk menggoreng

Cara menyediakan

Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian pecahkan telur ke dalamnya.. masukkan cili merah, bawang, perasa ikan bilis yang diperoikan dan daun sup/bawang. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk .Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.


Sekian sahaja untuk hari ni & selamat berpuasa...




Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net