Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 21-Sep-2010 02:03 Email | Share | Bookmark
Aidilfitri 2010 ~ Keratong, Pahang (Part I)

 
 
 
 
 
 
Salam Aidilfitri kepada semua....

Diharap semuanya berada dlm keadaan sihat walafiat di samping keluarga tersayang . Walaupun sudah masuk 12 Syawal 1431... tapi aku percaya... kalian semua pasti masih lagi dalam mood rayakan Setelah 2 minggu lebih FP ini tidak berupdate dek kerana kesibukan.. akhirnya rasa ingin mengupdate itu datang membuak2 walaupun keadaan masih sibuk spt dulu.... begitulah aura raya yang begitu kuat di kala ini . Apa lagi bila lihat dah ramai juga kawan2 yang dah keluarkan gambar2 raya mereka di FP, blog maupun mukabuku... jadi bertambah2lah rasa teruja untuk mengupdate cerita raya . Tambah2 bila dah kena hon & tegur ngan Baayah & pakcik P.I. tu.. kekeke.. Kalau diikutkan.. masih banyak n3 Ramadhan yang aku belum sempat update ke FP ini.. begitu juga cerita2 beberapa bulan sebelum masuk bulan puasa (yg dah boleh dikategorikan sebagai cerita basi) masih lagi menunggu giliran untuk di update.. namun... biarlah aku DAHULUKAN & memberi laluan kepada n3 raya dahulu buat tatapan semua sebelum ianya menerima nasib yang sama seperti gambar2 lain yg dah basi itu

Macam biasa.. kalau aku update.. tak sah kalau takde cerita2nya sekali... terpulanglah pada anda nak baca atau tidak... jika tak sempat baca.. lihat sajalah gambar2 yg ada tanpa cerita disebaliknya.. kalau rasa anda ada byk masa & rajin melayan celoteh aku ni.. silalah baca ye.. Kalau2 rasa boring & tiba2 rasa menyampah.. silalah tutup laman FP aku ni ye..

Tahun ini.. giliran beraya di kg halamanku di Felda Keratong, Pahang Tapi sebelum pulang ke sana.. kami luangkan masa cuti yang sengaja di ambil seawal 6hb Sept untuk pulang ke kampong halaman suamiku di Raub, Pahang dahulu kerana ingin menziarah & berpuasa bersama mertua & adik2 di sana kerana kami dah lama jugak tak pulang ke Raub. Lagipun.. masa tu pun dah masuk cuti sekolah.. tambahan pula cuti raya tahun ini agak pendek kerana jatuh pada hari Jumaat & rasanya kami tak dpt pulang beraya ke Raub lagi lepas raya nnt kerana kesuntukan masa.. jadi kami ambil keputusan untuk pulang sebelum raya. Dapat juga berpuasa kat sana & dapat jugalah suami menghilangkan rindu pada mak tersayang Tidur 2 malam di Raub.. 8hb barulah kami meneruskan perjalanan ke Keratong pula. Dalam perjalanan.. sempat juga bertemu dengan rakan cyber atau rakan blogger atau boleh dikatakan peminat setia FP ku iaitu si Midza yang kebetulan kampong suaminya di Kampong Mengkarak memang tempat laluan kami nak balik Keratong (kalau dari Raub la... kalau dari KL tak lalu sana) Oleh kerana kami mengejar masa.. kami hanya bertemu seketika saja di hadapan sekolah Mengkarak. Midza sebenarnya tinggal di Manjung, Perak.. tapi berhari raya di kg suaminya... so dapatlah kami bertemu buat pertama kali. Pada Midza.. akak mintak maaf sebab tak dapat singgah rumah mertua Midza kerana mengejar masa. Lagipun.. kalau singgah bulan puasa ni.. tak dapat nak minum atau makan hehe... gurau jer.. Sebenarnya sebab utama sebab takut terlepas waktu berbuka.. Itupun.. akak sampai rumah lebih kurang 10 minit sebelum berbuka.. Alhamdulillah.. sampai2 aje kat rumah.. adik2 dah hampir siapkan juadah berbuka utk hari tu. Abby buat roti jala cicah kari ayam.. Kak Ngah pulak masak sup tulang yang dimakan dengan mee & bihun. Berselera berbuka dengan makanan org... selalu dok makan masakan sendiri pun jemu jugak Malamnya pulak.. ramai2 dok bungkus tapai pulut yang ma buat sebanyak 3 kg beras pulut.. (lupa pulak ambik gambar masa membungkus.)

Esoknya hari terakhir puasa.. masing2 dah sibuk dengan tugasan masing2.. menu raya tahun ini agak lain sikit dari kebiasaan atas persetujuan semua adik beradik.. cuma yang maintain kena ada mestilah ketupat nasi & lontong kegemaran semua . Yang tiada pada kali ni ialah ayam masak merah & rendang daging dan ditukar kepada menu baru iaitu udang masak merah & rendang hitam daging. Rendang hitam daging tu.. ma suruh hubby masak sebab resepi tu hubby baru menuntut masa dia menolong tukang masak kenduri masa kenduri sepupunya tak lama dulu.. Puas jugak membodek tukang masak tu kata hubby.. tapi sebenarnya takdelah dia dok menyalin resepi.. resepi tu semua dia simpan dalam kepala semasa jadi pembantu tukang masak kenduri tu.. sebab rendang hitam tu memang sedap sangat masa kami makan kat kenduri sepupu kazen hubby si Niza & Haidir tak lama dulu. So sebab tu masa kenduri kazen hubby yang sorang lagi (tak masuk dlm n3 sbb takde gambar) bila hubby dpt tahu tukang masaknya orang yang sama masa kenduri Niza.. terus hubby beria2 nak belajar masak rendang tu.. so kenalah tolong tukang masak dari A sampai Z.. Hubby kata rendang hitam ni.. sebijik sama rasanya macam rendang hitam yang kami makan kat PJ rumah YB Haji Wahab (sebelum PKR naik dulu) iaitu abang ipar Sujah masa dia buat kenduri anak sulungnya si Athiah beberapa tahun lepas. Akhirnya dpt jugak resepi idaman hubby ku.. insyaAllah.. nanti bila aku dah tamat menuntut resepinya dengan hubby.. aku akan kongsikan dengan kawan2 itupun kalau ada yg berminat

Tugasan kami.. hubby masak rendang hitam, aku ditugaskan buat kek lapis masam manis.. sempatlah buat 2 biji.. selain tu.. masak ayam gulai asrong 2 ekor utk buka puasa (takde dlm gambar) dengan bantuan si Tasya adik ipar.. aku cuma arahkan je letak bahan2 byk mana.. si Tasya le yang tukang tumbuk bahan segala & tolong macam2 lagilah... Selain tu.. sambil tunggu kek kukus.. sempat lagi aku bancuh apam beras utk berbuka.. Abby potong2 sayur & goreng2 tahu tempe untuk buat lontong selain berkemas dlm rumah. Kak Ngah masak kuah kacang & tolong apa2 yang patut a.k.a jadi steward kat dapur tu.. manakala ma pulak sebagai chef besar.. dah siap2 rebus ketupat segera & mcm2 lagilah keje yg tak abis2 kat dapur tu.. Kiranya.. ma & kami 4 beradik semua sibuk bagai lipas kudung hari terakhir Ramadhan tu.. tapi aku le yg paling last kat dapur tu sebab kek lapis yg kedua ku tu tak siap2 lagi sampai ke orang masjid dah mula bertakbir.. hehehe... walaupun gitu.. sempat lagi luangkan masa kejap tengok adikku Dee pasang bunga api yg ala2 bunga api musim merdeka tu kat depan rumah.. Awal2 pagi raya tu pulak barulah chef besar (ma) sibuk masak udang masak merah & kuah lontong... sebab kalau masak malam tu tak bestlah pulak & tentu cepat basi.. so masak pagi2 tu barulah fresh.. Masa berbuka hari last tu.. kami berbuka dengan lemang yg ma tempah dengan jiran cicah ngan rendang hitam selain apam, nasi berlauk gulai asrong.

Ok.. jom tengok gambar.. (penat gak bercerita ni... ) Ini je yg sempat ambik gambar.. itupun gambar yang tak semengah aje...


Ini juadah pagi raya... Kuah lontong tu memang ferebet kami adik beradik.. kalau ma tak masak ni tiap kali raya rasa macam ada yang kurang aje... Kuah lontong ma ni lain dari kuah lodeh yg kaler kuning tuh.. sebab dlm resepi ma ni ada campuran cili kisar & rempah kari.. pasal tu warnanya oren mcm tu... tiap kali aku balik Raub.. mesti rindu nak mkn ketupat & lontong ma ni.. kat Raub yg popular kat sana hanya lemang.. kalau ada nasi impit pun.. biasanya hidang dengan kuah kacang aje..


Dah siap terhidang.. menunggu tamu datang berkunjung.. Tapi sebelum tamu datang.. kami semua pegi ziarah pusara arwah ayah dahulu... (tiada gambar)


Ini tetamu pertama kami iaitu anak2 jiran sebelah rumah... semuanya 3 pasangan yg masing2 dah berkahwin & ada anak... dulu.. dorang ni teman sepermainan adik2 aku.. sekarang ni masing2 dah beranak pinak..


Ini aje gambar anak2 yg sempat aku ambil.. itupun anak2 buat perangai takmo bergambar especially si Haziq.. Alin pulak kita letak dia ramai2 kat situ.. dia lari.. letak lagi suruh duduk diam2.. dia lari lagi.. jenuh nak ambik gambar dia.. last2.. takde langsung gambar dia pakai baju kurung.. si kecik yg bergerak dlm gambar tu si Lidya anak Abby.. pun susah gak nak ambik gambar dia.. dahlah maklong dia ni ambik gambar guna henpon aje.. Masa ni anak2 dah mengaruk nak pegi beraya.. sebenarnya dorang tu nak pegi kutip duit raya.. hehe.. maklumlah.. kat felda kan byk rumah.. so budak2 memang boleh beraya kat rumah sapa2 je tak kira kenal atau tak.. tapi kami dah pesan kat diaorang jangan pegi beraya jauh sangat.. nanti takut sesat jalan tak ingat jln nak balik rumah Siap tunjuk boleh jalan sampai lorong sekian2 je.. pastu balik le.. lagipun.. kesian dorang jln jauh2 tengah2 panas tu.. Biarlah dorang rasa macamana ibu dia zaman budak2 dulu beraya.. hehehe.. lagipun.. lorong tu.. kira masih lagi dlm satu blok.. so tak kisah sangat.. bila org tanya.. dia jawab cucu kak zai.. semua org kenal & kata.. ooo.. ni cucu zai sayur yer.. hehehe.. dulu2 ma glemer dengan nama zai sayur sebab dulu ma & arwah ayah berkebun sayur
Ni gambar sejurus sebelum dorang pegi beraya... yg besar2 je pegi beraya sendiri.. yg kecik2 tak dibenarkan Haziq pun tak nak ikut kakak dia... so dia ikut kami je beraya..



Sebenarnya ada lagi gambar lain masa raya pertama ni.. gambar kami org2 tua.. tp gambar ada dalam kamera kak ngah.. kena tunggu sampai gambar tu ada dlm tangan aku barulah boleh update sini.. hehehe... so.. cukuplah dulu utk part I ni ye... Ada kesempatan insyaAllah akan update lagi.. Terima kasih semua...


Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net