Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 30-Sep-2010 02:27 Email | Share | Bookmark
Selang selikan dengan resepi pula....

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sebelum aku paparkan Part II gambar2 raya.. apa kata kita selang selikan n3 ni dengan resepi2 dahulu...

Antara resepi yang dimasak pada Ramadhan yang lalu... masih banyak menunggu giliran........ begitulah kalau dah sibuk.. nak masuk FP pun terpaksa ditunda2...

Satu hari... teringin nak hirup kuah sup panas2 waktu berbuka.... so kena tunggu hari cuti.. maka buatlah sup ekor nih.. kalau hari bekerja memang tak sempat la nak merebus tu bukan main lama lagi.. kalau ada pressure cooker alangkah senangnya kerja... hehe.. Sup ni sedap di makan bersama nasi putih atau roti putih... mmg layan...

Quote:
SUP EKOR

Bahan2
1 kg ekor lembu
2 batang celery ~ potong ikut suka
2 biji kentang (jika suka) ~ potong ikut suka
1 biji carrot (jika suka) ~ potong ikut suka
1 rempah sup bunjut
1/2 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk lumat
1 peket kecil rempah sup adabi(serbuk) ~ bancuh dengan sikit air jadikan pes
air utk merebus secukupnya hingga ekor lembut
garam, perasa
1/2 biji jus limau nipis
daun sup utk hiasan (terlupa beli)
Minyak untuk menumis

Bahan Tumisan
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kecil ketumbar biji (optional)
4 kuntum cengkih
2 biji buah pelaga
2 labu bawang besar ~ dikisar halus
6 ulas bawang putih ~ dikisar halus
2 inci halia ~ dikisar halus
2 batang serai ~ dititik

Cara menyediakan
1. Ekor lembu dibersihkan & rebus sehingga lembut lebih kurang hampir 3 jam (jika guna pressure cooker lebih cepat lembutnya). Setengah jam terakhir masa merebus.. campakkan rempah sup bunjut dan campurkan pes rempah sup ke dalam periuk rebusan dan teruskan merebus sampai ekor lembut.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali lalu tumiskan rempah kasar hingga wangi. Masukkan bahan2 kisar serta serai dan tumis sehingga naik bau.
3. Tuangkan bahan2 tumisan tadi ke dalam periuk rebusan ekor dan teruskan merenih. Masukkan kentang dan biarkan setengah masak. Masukkan pula carrot & celery. Perisakan dengan garam, serbuk perasa & serbuk lada hitam. Bila kentang & carrot lembut.. perahkan air limau nipis & pastikan sup secukup rasa. Akhir sekali semasa menghidang.. taburkan dengan hirisan daun sup.



Ada satu hari tu... terliur dengan kuih vade yang kak Rusnah tayang kat FP dia... aku pun.. terus le pegi pasaraya Checkers mencari kacang ulunthu/ulundu.... t.kasih kak rus berkongsi resepi ni ye.. saya C&P kat sini pulak.. vade ni agak lain sikit rasanya dari vade yang diperbuat dari kacang dhal. Ikut selera aku.. aku lebih suka vade dari kacang dhal.. yang ini pun okay jugaklah.. cuma.. rasanya lain kali kena tambah sikit yis supaya vade jadi gebu sikit macam yg kedai mamak dok jual tu.. vade yang gunakan kacang ulunthu ni agak liat sikit..

Quote:
VADE URAD DHAL
Sumber : Kak Rusnah

1 cwn kacang ulundhu tanpa kulit direndam semalaman
2 biji cili hijau (kak rus tambah cili burung sikit) ~ hiris
sedikit hirisan halia (MaDiHaA tak letak)
1/2 biji bawang besar (kak rus tambah) ~ dadu
sedikit jintan manis(kak rus tambah) ~ tumbuk kasar
sedikit kiub perasa ayam (kak rus tambah) ~ hancurkan
sedikit daun kari (kak rus tambah) ~ gunting halus
sikit saja garam dan gula
1 st air


(Kacang ulunthu/ulundhu)

Cara2 menyediakan
Kacang yang siap direndam ditoskan.
Semuanya dimesin dgn food processor,kemudian dibentuk dan digoreng garing.

Nota : MaDiHaA kisar kacang sahaja. Kemudian digaulkan dengan semua bahan2 lain & bentukkan dan letak kuih di atas dulang yang dialas plastik bersih. Barulah digoreng garing.

Nota 2 : Rasanya boleh letak sedikit yis dan barulah dibentuk supaya adunan gebu & lembut. Untuk kepastian nanti kena bertanyakan kepada kawan2 Indian.


Tengok tu.. satu hari buat 3 jenis kuih.. Bubur kacang & bronok tu cik abang yang mengidam.. masa ni.. masa awal2 puasa.. tu yg byk sangat yg teringin.. ikutkan ajelah sebab cuti masa tu.. hehehe..


Apam ni pulak.. buat hari lain pulak ye.. Resepinya yang ku ambil dari FP Hajar yang dah lama di tutup itu. Dah lama simpan resepi ni sebab tak sempat nak buat tapainya. Apa khabarlah agaknya Hajar sekarang ye sejak2 dah balik Malaysia.. senyap aje.. harap Hajar sekeluarga sihat2 selalu ye..

Apam ni memang sedap & anak2 pun suka. Aku sengaja buat tapai nasi lebih sikit kebetulan ada nasi berlebih agak banyak.. dah buat kat rumah sekali.. lepas tu masa nak balik kg mertua bawak sekali tapai lebihan & masa berbuka puasa kat rumah mertua aku buat lagi sekali.. bila balik pulak rumah ma sebelum raya tempohari sempat juga buat sekali lagi apam ni kat umah ma pulak sesambil buat kek lapis masam manis tu.. Ok.. jom tengok resepinya.. Terima kasih ye Hajar kerana berkongsi resepi dari kakak Hajar ni.. Kita C&P kat FP kita ye..

Quote:
APAM TEPONG BERAS
Sumber: Ogy (kakak Hajar)

Bahan2
2 1/2 cawan tepung beras
2 cawan air
3/4 cawan tapai nasi
3/4 cawan gula
2 paket ENO ( 1/2 tbsp )
pewarna yg disukai

Cara2 menyediakan
Semua bahan diblend kecuali ENO & pewarna
Tuangkan ke dlm bekas, tutup & perap 1-3 jam (MaDiHaA perap 1 jam aje)
Selepas perap 1-3 jam, masukkan ENO..gaul sebati.
Bahagikan adunan kpd 2 (kita wat 3 warna)...1 warna asal,1 lagi warna yg disukai
Masukkan dlm acuan cawan kecil...kukus 10-15 minit.

RESEPI TAPAI NASI

3 mug nasi sejuk ~ dileraikan
1/4 (suku) biji ragi tapai ~ dihancurkan

Gaul nasi sejuk dengan ragi & simpan dalam bekas bertutup di tempat yg gelap. Biarkan selama 2 ~ 3 malam. Simpan dalam peti ais jika ada lebihan utk kegunaan akan datang.

Nota MaDiHaA : sebelum membancuh adunan dengan ENO.. panaskan periuk pengukus terlebih dahulu. Acuan apam disapukan dengan sedikit minyak masak disekelilingnya sebelum menuang bancuhan apam.


Selain mengukus apam.. sempat juga mengukus pulut kuning. Tak tau kenapa tiba2 terasa nak makan pulut kuning pulak.. teringin bukan sebab berisi.. teringin mulut ni aje dah ada pulut kuning tu.... lawankan dengan rendang ayam.. masak juga nasi putih utk hubby.. so kena sertakan lauk2 tambahan lain spt kerabu selom, sambal tempe + kentang & ayam goreng pedas.. Ehh.. semua pedas2?? Alin makan apa? Tuuuu.. bubur lambuk pun ada...








Dan terakhir resepi kali ni ialah... kuih tradisi dari negeri Trengganu tanah kelahiran ku Kuih Kepal ini seakan sudah mulai dilupakan hatta kalau aku balik T'ganu pun.. tak pernah lagi nampak org jual kat sana... Supaya ianya tidak luput diingatan & supaya anak2 tau akan kuih2 lama ini... aku paparkan & kongsikan resepinya di sini..

Kuih Kepal ini aku belajar dari arwah tok. Masa tu aku masih lagi bersekolah.. nak kata belajar betul2 tu tak juga... cuma belajar sambil melihat setiap kali tok buat kuih ni.. maklumlah.. aku ni memang dah minat memasak sejak dari sekolah rendah lagi.. kalau ma atau tok buat kuih kat dapur mesti nak menyibukkan diri jugak tengok apa yang diaorang buat.. dari situlah aku timba ilmu sedikit sebanyak kuih2 lama terutama kuih2 tradisi negeri Trengganu. Walaupun belajar tanpa mencatat sukatannya sekali.. alhamdulillah.. kuih2 ni menjadi jugak walaupun tidaklah sehebat orang2 lama yang membuatnya. Rasa kuih ni seakan2 wajik kasirat cuma agak kurang manis sikit berbanding wajik kasirat tu..

Selain tu.. kuih Kepal ni seakan2 kuih Loklik juga.. (Loklik juga antara kuih tradisi Trengganu yang juga semakin dilupakan) cuma bezanya.. Kuih Kepal diperbuat dari beras pulut yang disangai.. manakala kuih Loklik diperbuat dari nasi yang dijemur kering dan disangai. Cara mengadun lebih kurang sama.. cuma persembahan saja yang berbeza iaitu kuih Loklik dihidang dengan cara dipotong2 seperti wajik kasirat. Inipun dari apa yang aku lihat masa tok buat dululah.. kalau salah fakta atau penerangan aku ni.. tolong perbetulkan ye terutama orang2 lama dari Trengganu tu ye.. maklumlah.. masa belajar atau tengok arwah tok buatnya dulu aku pun masih bersekolah.. dah ingat2 lupa..

Jom tengok macamana membuat kuih dulu2 ni..


Quote:
KUIH KEPAL (atau sebutannya agak ber'sabdu' iaitu keppal )
Sumber : Arwah Tok

Bahan2
3 cawan beras pulut ~ dicuci bersih & tos kering
3 cawan kelapa parut putih yang agak muda
1 ketul gula kabung/ 3 keping gula nisan
1 cawan gula pasir (atau ikut manis yang dikehendaki)
8 cawan air
2 helai daun pandan ~ simpul

Cara2
1. Sangai beras pulut yang dah dicuci tadi sehingga keperangan & berbau wangi. Sejukkan sebentar.
2. Kisar beras pulut sehingga halus & ayak. Kisarkan lagi lebihan beras pulut yang kasar & ayak lagi. Ulangi proses sehingga kesemua beras pulut siap di ayak. Asingkan/simpan tepong beras pulut sebanyak 1/3 cawan untuk tujuan salutan (coating).
3. Didalam periuk masak 3 cawan air bersama gula kabung/ gula nisan sehingga larut. Tapiskan air gula ke dalam kuali yg agak besar. Tambahkan 5 cawan air lebihan tadi ke dalam kuali yang sama dan didihkan. Masukkan gula pasir, kelapa parut & daun pandan. Kacau sebati.
4. Bila dah mendidih & berasap2.. perlahankan api lalu masukkan tepong beras pulut yang dikisar tadi sedikit demi sedikit sambil dikacau rata. Kacau sehingga betul2 rata & likat. (jika terlalu likat & adunan tidak serata.. boleh tambahkan lagi air panas ke dalam kuali & kacau lagi).
5. Bila nampak adunan dah rata & bergumpal & agak2 dah boleh dikepal.. bolehlah ditutupkan api. Tunggu suam sedikit kemudian bolehlah dikepal2 kuih tersebut & salutkan setiap kuih yang dikepal tadi dengan tepong beras pulut yang diasingkan tadi.

Nota: Sukatan gula tu aku main agak2 aje ye.. dah lupa pulak sebab masa buat tu memang tak sukat & tak catit. Jika dapati adunan kurang manis.. gula boleh ditambah kemudian iaitu semasa mengacau kuih. Begitu juga dengan sukatan air juga boleh ditambah kemudian. Yang penting.. adunan perlu dikacau semula sehingga sebati & likat bergumpal.
Gunakan sarung tangan plastik semasa mengepal kuih agar kuih tahan lama.


Selamat mencuba!


Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net