Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 8-Oct-2010 01:59 Email | Share | Bookmark
Semenyih & PD

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam...

Hari ni merupakan hari terakhir kita berada di bulan Syawal yang mulia ini.. Semoga masih diberi nafas agar dapat menikmati Ramadhan & Syawal di tahun hadapan pula.. insyaAllah..

Ada sedikit gambar sekitar majlis tahlil merangkap open house di rumah sepupu ku abang Gee di Semenyih yang diadakan pada 25hb September yang lepas. Kalau ikutkan.. hujung minggu itu cik abang ku berkerja spt biasa.. tapi disebabkan abang kerja shift malam & majlis pula dibuat selepas zohor.. jadi abang gagahkan diri juga utk pergi ke sana. Tapi abang kata kita kena pegi awal sikit sebab dia nak balik tidor pulak lepas tu.. Jadi kami adalah antara tamu yang paling awal (belum zohor dah tercongok kat umah abang Gee) hadirkan diri selain jiran2 yg dah ada kat situ yg menolong abang Gee. Jadi dapatlah cik abang sama2 bertahlil bersama2 jemaah masjid kat taman tersebut. Tiada gambar semasa orang bertahlil.. cuma ada sikit saja gambar yang sempat di ambil. Disebabkan kami pergi awal.. tak sempatlah bertembong dengan Sujah & anak2 serta Bie & Nasa... kalau idak.. kami suka pegi berkonvoi satu group... & yang pasti mesti jd tamu yg paling lewat

Antara menu yang dimasak oleh kak Liza & maknya ialah nasi minyak, nasi putih, kari daging, kurma kambing (lamb ye bukan mutton ), ayam masak merah, acar timun, laksa asam, mee sup & kuih muih, puding serta buah2 pencuci mulut... tak lupa menu istimewa abg Gee hari itu ialah kambing bakar (lamb) cicah air asam.. yum yummmm Walaupun takut2 nak mkn pada mulanya.. tp bila rasa sikit aishh.. sedaplah pulakk... nasib baik takde yang pening2 lepas tu

Tahlil & Open House kat rumah abang Gee Semenyih
25 September 2010

(cukup susah nak ambik gambar Alin skrg nih... sikit pun takmau dok diam... semua gambar dia blurrrr... )

Deretan menu & 'roasted lamb' antara menu istimewa pada hari tu..



Tuan rumah (berbaju hijau with different tone) in action... Terima kasih Kak Liza & Abang Gee menjemput kami... masakan sedap2 semuanya terutama kari & kurma.. dah tu.. dapat tapau lagi.. terima kasih daun keladi...



Kalau ikutkan.. keesokan 26hb masih ada satu lagi jemputan OH kat taman perumahan lama yang pernah aku tinggal dulu.. jiran lama... Tapi kami tak dapat pegi sebab rumahku dikunjungi tamu pulak.. Kaklong mintak maaf ye Suhaili.. sebab tak dapat dtg OH tu.. harap2 tidak berkecil hati.. & harap2 tahun depan tak serik nak menjemput kaklong

Kat bawah ini pula gambar seminggu selepas itu.. iaitu pada 2hb Oktober 2010. Minggu itu merupakan minggu cuti bagi cik abang ku sejak2 balik berkerja lepas raya... alahaii.. syian sungguh.. 2 minggu berturut2 cuti weekend cik abang kena kerja & OT... minggu lepas barulah dpt cuti & dapat berjalan.. Disebabkan dia cuti minggu tu.. abang ajak kami pegi ke PD melawat adiknya yang baru dapat baby baru... anak ke 5 Masa kami pegi tu mak mertua pun ada kat sana sebab dok jaga adik ipar ku yang masih dlm pantang sebab adik iparku bersalin cara C-zer

Kat sini pun ada sikit je gambar.. layan jelah wat kenangan.. Kami tak pegi ke pantai pun sebab kami cuma tidor satu malam.. Bertolak pun dah lewat pukul 2 pagi sebab hari jumaat tu hubby abis kerja kul 12 mlm.. sampai PD kul 3.30 pagi... petang sabtu tu dah kena bertolak semula ke PJ sebab ada jemputan jiran depan rumah buat makan2 & nak siapkan puding marbel yang Sujah tempah utk majlis OH kat rumahnya pada ahad keesokan harinya.. Pagi Ahad tu pulak.. aku kukus nasi dagang dlm 4kg lebih untuk majlis OH kat umah Sujah.. letih juga dibuatnya sebab baru lepas berjalan... tapi berjalan punya pasal.. aiman tak kisah..

Melawat baby baru di Port Dickson, N9
Baby yang lahir pada Ramadhan yg lalu.. Nur Ramadhani Fitriah... (harap2 betul ejaannya tu ye Ta.. hehee)


Makan tengahari di PD


Gambar2 Alin yang sempat di ambil... ini aje yang elok sikit diantara berpuluh2 keping yang disnap.. Anak2 yang besar entah kemana lesap.. bukan main seronok dpt main kat sana ngan sepupu2 diaorang.. playground pulak betul2 depan rumah.. diaorang apa lagi...



Ok.. ni pic selingan... kuih Qasidah yang Sujah buat untuk majlis marhaban kat rumah dia pada mlm sabtu (mlm kami nak bertolak ke PD tu). Dpt gak merasa & bawak sikit ke rumah sis in law kat PD kuih ni sebab Sujah ada bagi sikit. Sujah ada gak menempah puding marbel utk majlis marhaban ni.. Aku cuma hantar pudingnya aje tapi tak dapat nak join sekali marhaban sbb nak balik berkemas2 pakaian pulak mlm tu.. maaf ye Sujah.. tapi thanks utk kuihnya tu.. mmg feberet aku gak tu. hehe..

(belum pernah mencuba sendiri buat kuih ni.. kalau dah buat nnt akan dimasukkan resepinya insyaAllah.. )


Ok...... itu saja untuk kali ni...... ada masa nanti berceloteh lagi...

Terima kasih kepada semua visitor baik yang rajin meninggalkan komen maupun kepada silent reader semua... thanks kerana masih sudi melawat FP ku yang sempoi & tak seberapa ini..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net