Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Oct-2010 03:00 Email | Share | Bookmark
A&W, Restoren Chandayu Pulau Indah & Resepi2...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Assalamualaikum.....

Lama betul tak update FP ni yekk.. memang betul ler kata kawan2... FP sekarang semakin hari semakin sunyi.. tak ramai yg nak update... tp ramai gak yang masuk jd silent reader minta maaf ye pd yang dtg jenguk2 tp takde cerita terbaru pun.. terimakasih pd semua yg masih setia jd pengunjung FP MaDiHaA yg humble ini.. nampaknya penyakit malas tu dah menular kat aku jugak... adessshh.... aritu kata sayang kat FP ni... tp tup2... dah lama tak sapu 'sawang' kat 'rumah' kesayangan ni.. hehehe..

Sebenarnya bukannya malas... tapi sibuk yang amattt... gambar pulak banyak sangat yang tertunda sampai aku tak tau dah nak update yang mana dulu... gambar open house pun ada lagi.. gambar besday pun ada, gambar raya pun ada lagi, gambar yang berbulan2 sebelum puasa pun masih melambakkk...!!! Sudahnya aku pening tak tau nak edit gambar yg mana dulu.. walaupun sekarang hanya berbekalkan kamera henpon.. aku tetap tak sedar diri asyik nak 'menembak' aje Nampaknya.. gambar2 tu semua akan jadi cerita basi tak lama lagi bila aku dah takde modal atau cerita terbaru.. yer.. bila takde cerita lain nak di update.. barulah aku update cerita2 basi tersebut yer.. Makanya.. entry aku semuanya sudah tunggang terbalik tak ikut susunan tarikh kejadian Takpelah... takde yang kisah pun kan kan kan... Ohya.. nanti ada yg kata... "update blog boleh.. update FP bg alasan sibuk!" yer betul!! Sebab??? Update blog tu cuma update resepi & gambar sekeping jekk.. time lunch time pun boleh sambil2.. kat FP ni kalau update peristiwa tak sah kalau takde ceritanya sekali.. dah tu gambarnya berkeping2.. tu sebab yg tak sempat nak celah tu...

Oklah.. berjela2 plak mukadimah.. Sebelum masuk n3 terbaru dengan bangganya nak tayang dulu award berganda ini.. hehehe.. rezeki aku agaknya.. dpt 2 award komentar terpantas ni dari kwn2 FP yg masih setia update FP mereka iaitu satu award dari Nurul & satu lagi award dari Suhaya... thanks to both of u..!!

Award dari Nurul


Award dari Suhaya


Ok... kita teruskan dengan cerita yang tak seberapa ini... bukan saja cerita yg tak seberapa.. gambor pun amaattttttlahhh.. terukknya....

Gambar masa kami dinner kat A&W 3K, Subang... 1st time masuk sini.. tak ramai sangat orang berbanding dengan A&W kat depan Amcorp Mall tu... yerr... sangat tenteram kat sini... Alkisah.. pada satu hari anak2 mintak nak makan ayam kepci (KFC)... ibu pun dengan baik hati cakap nanti ler tunggu ibu gaji ibu belanja.. bila tiba masa.. tak pegi2 jugak.. sebab apa? Sebab ayah kerja cuti weekend.. Tunggu punya tunggu sampai anak2 pun dah lupa ngan janji ibunya.. hehe.... 2 hari sebelum kakak Dini pegi rombongan sekolah ke Ipoh, Perak barulah ibu ajak ayah dinner kat luar... sebab apa tu? Takut kakak kempunan makan ayam.. kan nak jalan jauh.. hehehe... Tapi ibu tukar dari kepci ke A&W sebab dah jelak ngan kepci.. Tapi kan.. sebenarnya.. ayah yg bayar ni... sebab ayah sendiri yg offer nak belanja.. selamat duit ibu T.kasih ayah...





Kisah ke dua di malam yang lain pula.. kejadian yg agak baru jugak ni... Minggu lepas ma & abby ada datang ke rumah ku sebab abby ada follow up check up & nak derma darah kat PPUM pada 19hb Oktober baru ni.. So.. sebelum tu.. pada 17hb sebelah mlmnya.. ma ajak kami semua adik beradik makan kat luar sebab ma nak belanja makan besar.. hehehe.. rezeki jangan ditolak ye tak? Walaupun esoknya aku nak kerja.. masih sanggup tu keluar mlm sampai ke Pulau Indah plak tu.. Lagipun terpaksa pegi malam tu jugak sebab hubby ku & suami angah masing2 akan mula kerja shift malam pulak nanti.. so.. hanya mlm tu jer yg dorang free... so.. sampai juga kami ke destinasi yg dituju.. Tempat ni.. abang li (suami angah) yang tau jalannya.. kami belum pernah sampai lagi kat sini.. kira 1st time jugak jejak ke Pulau Indah ni.. Mlm tu.. hanya Dee & family yang takde sebab dorang tak dtg.. ma ngan abby dtg pun dengan bas aje...

Okey.. layan gambar kelabu asap.. kalau ler ada kamera canggih sure best ambik gambar kat sini... satu panorama yg agak jarang aku dapat tengok.. Restorennya berada di tengah2 muara sungai.. maknanya.. di bawah restoren tu ada air.. cuma masa kami pegi tu air baru je nak pasang.. kami kena merentas jambatan papan yg disediakan.. (seram jugak.. aku ni dahlah jenis gayat.. hehe). Berhampiran restoren pula terdapat jeti dimana bot2 & sampan2 (nelayan?) berlabuh.. ada jugak disediakan sampan /bot untuk disewa.. sempat jugak cik abang turun ke jeti pegi interview penyewa bot tu.. katanya RM250 satu malam dari pukul 12 tengah malam hingga 12 tengahari.. tak sure ler bot/sampan besar mana.. Hmmm... tapi sayang seribu kali sayang.. gambor yg ada kabur2 belaka...

Terima kasih ma belanja kami semua.. semoga ma sentiasa dimurahkan rezeki.. diberikan kesihatan yang baik2 sentiasa.. amin amin aminnn....







Quote:
Ada kenangan pahit sebenarnya pd malam kejadian.. on the way balik dari makan2 tu.. kereta kami yg dipandu cik abang ku hampir2 nak eksiden gara2 jalan yg sangat gelap nak menuju ke Rantau Panjang dari Pulau Indah tu.. mujurlah abang tak panik & masih mampu mengawal brek & stereng.. bunyi tayar dah mkn org drift.... apa taknya.. terpaksa buat pusingan O untuk mengelak terlanggar divider & semak di hadapan... Syukurrr alhamdulillah.. semuanya selamat..



Okey... untuk hari ni.. selitkan juga sedikit resepi sebagai bonus... menu berbuka puasa kami masa ma ada kat rumahku... masak pun sama2 dengan ma.. hehehehe...

Quote:

NASI TOMATO

Bahan2
3 pot beras basmathi (MaDiha guna pot rice cooker) ~ dicuci lalu ditos
2 ½ pot air
1 pot susu cair/fresh milk
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar marjerin
5~6 sudu besar sos tomato
1 biji tomato ranum sederhana besar ~ blend/potong kiub
4 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
1 biji bawang besar ~ di mayang nipis
2 sudu kecil garam halus
2 helai daun pandan ~ simpul
2 sudu besar kismis (optional)
bawang goreng untuk hiasan (optional)
daun bawang (optional)

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dan marjerin. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu.
2. Masukkan tomato blend, sos tomato, susu cair dan air.
3. Masukkan garam dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan beras. Kacau rata dan biar hingga nasi kering lalu taburkan kismis dan kacau perlahan. TUTUPKAN periuk perlahankan api ke yang paling kecil.
4. Tunggu hingga nasi betul2 masak. JANGAN BUKA TUTUP PERIUK sehingga nasi betul2 masak.
5. Semasa hidang.. taburkan daun bawang yg dihiris & bawang goreng.



Quote:
AYAM MASAK MERAH PERAP MADU
Sumber : Ummi Zaihadi / copy dari blog mamasya ~ TQ both of U!

Bahan:-
• 1 ekor ayam - potong 10 bahagian
• 2 sb. rempah kari ayam
• 1 sb. serbuk kunyit
• 6 ulas bawang putih (ditumbuk)
• 2 inci halia (ditumbuk)
• 2 labu bawang besar (dikisar)
• 2 sb. cili kering kisar
• 5 sb. madu
• 1 sudu besar gula merah
• 2 sb. puri tomato - letak lebih
• garam secukup rasa
• 1 labu bawang besar - dipotong nipis bulat

Cara Memasak:-
1. Ayam dibersihkan dan ditoskan. Gaulkan bersama bahan halia, bawang putih, kunyit, rempah kari dan perisakan dengan garam. Perap ayam selama 2 jam
2. Keluarkan ayam dari bahan perapan dan goreng hingga masak. (lebihan bahan perapan akan digunakan sebagai bumbu kuah.. MaDiHaA campurkan sekali dgn bawang kisar.. dlm resepi takde tulis bila nak masukkan bwg kisar.. so pepandai jelah kan..)
3. Panaskan minyak dalam kuali, dan tumiskan. Masukkan bahan bumbu perapan dan cili kisar. Masak hingga garing.
4. Masukkan gula, madu, puri tomato dan kacau. Masukkan sedikit air dan kacau lagi.
5. Apabila kuah sudah mendidih dan sedikit pekat, masukkan ayam.
6. Biarkan kuah mesra dengan ayam sambil dibalik-balikkan ayam dengan api sederhana.
7. Perlahankan api dan masa ni MaDiHaA masukkan bawang besar hiris.. biarkan reneh sekejap hingga naik minyak dan kuah pekat.
8. Angkat dan hidangkan dengan nasi minyak atau nasi putih.

nota mamasya; tak pasti bawang besar kisar & bwg besar hiris letak masa bila,jadi bawang besar tu ditumis. Manakala bawang potong letak selepas ayam dimasukkan dlm kuali.



Quote:
ACAR NENAS & TIMUN

Bahan2
Nenas
Timun
Bawang besar ~ mayang
Cili besar ~ hiris
sedikit cuka
garam & gula secukup rasa

Nenas & timun dipotong ikut suka saiz kegemaran. Gaulkan dengan semua bahan2 di atas.. Biar seketika acar mesra kemudian bolehlah dihidang bersama nasi minyak atau apa2 nasi yg digemari.



Quote:
DAGING PERAP BLACKPEPPER BERMADU
Sumber : Ketuk2 Ramadhan (resepi Rozi Rashid ~ TQ!)

Bahan2
500 gm daging batang pinang ~ hiris nipis & lebar2
1 biji cili capsicum hijau ~ potong memanjang or ikut selera sendiri
4 biji kentang saiz kecil ~ potong baji (wedges) & digoreng & ketepikan dahulu
8 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1/2 biji bawang besar ~ dicincang halus (Rozie tak letak ni.. ma yg tambah)
sedikit minyak untuk menumis
sedikit air utk empukkan daging

Bahan Perap
1/2 cawan kicap manis (anggaran aku je ni)
2 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk halus
4 ~ 5 sudu besar madu

Cara2 Menyediakan
1. Daging yang dihiris digaul rata & diperap bersama dengan kicap manis, lada hitam & madu selama anggaran 1 jam.
2. Panaskan minyak dalam kuali lalu tumiskan bawang putih & bawang besar hingga wangi. Masukkan daging yang diperap. Kaup balikkan daging & masukkan 1 cawan air untuk melembutkan daging. Jika perlu.. tambahkan lagi air sehingga daging lembut.
3. Bila daging dah lembut & air hampir kering masukkan kentang & cili capsicum. Kacau rata. Rasakan apa yang kurang. Jika kurang masin boleh ditambahkan kicap manis hingga secukup rasa. Tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.



Quote:
KUIH PUTERI MANDI
Sumber : Ma & Arwah tok..

Bahan2 inti
Setengah biji kelapa parut putih yg sedikit muda (kalau boleh kelapa berkulit hijau)
Gula nisan/melaka (ikut manis yg disukai)
1 - 2 cawan air
secubit garam
gula pasir jika perlu.
Sehelai daun pandan ~ cuci & simpul

Bahan2 doh
300 gm tepung pulut
sedikit air kapur
sedikit garam (bancuhkan dlm air)
air secukupnya utk menguli

Cara2 menyediakan
1. Sediakan terlebih dahulu intinya. Masak air bersama daun pandan, gula nisan/gula melaka hingga larut. Tambahkan secubit garam & kelapa parut. Masak hingga inti agak2 kering tetapi masih lembablah yer… mcm buat inti kuih ketayap / kuih koci tu ler. Sekiranya perlu lebih manis boleh tambah gula pasir. Ikut selera masing2. Bila dah masak biarkan dok dalam kuali tu (ketepikan dahulu)
2. Sediakan pula bahagian dohnya. Dalam satu mangkuk, campurkan tepong pulut, air kapur & air yg bercampur garam dan uli hingga menjadi doh yg lembut.

3. Jerang air dalam setengah periuk. Biar mendidih. Sementara tu bulat2kan doh sebesar guli (atau besar sikit lg) & picit sedikit tengahnya biar nampak kemek (seperti dalam gambar). Bila dah siap semua.. masukkan bebola yg dipicit tadi ke dalam air mendidih dan tunggulah hingga ia timbul menandakan doh tersebut sudah masak. Angkat & tos sebentar kemudian terus masukkan dalam inti dalam kuali tadi. Gaulkan rata2 & bolehlah dihidangkan.



Duduk semeja sebelum azan berkumandang menandakan masuk waktu berbuka....



Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net