Ibu Dini, Haziq & Alin's FotoPages

By: Ma DiHaA

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 2-Nov-2010 03:45 Email | Share | Bookmark
Oreo Cheese Cake Untuk Kakak Dini...

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Salam rindu buat semua...

Ada yg rindu2an ke? Oklah.. minta maaf semua dah lama tak update kat sini.. malas nak bg alasan yg serupa... nnt org boring.. hehehe.. ok jom nak cerita pasal kakak Dini..

Dah lama tak bercerita pasal anak2 kat FP ni kan? Hari ni sebenarnya nak masukkan n3 khas untuk anak sulung ku Wan Amalia Nur Dini sempena ulangtahun kelahirannya pada bulan Ogos yg lepas.. dah hampir 2 bulan lebih baru ibu dpt buat n3 ni? Melampau betul ibu ni kan? Nak wat camno.... kebizian sampai kelupaan gitu...

Quote:

"Happy belated birthday buat anak ibu.. Semoga berjaya dalam pelajaran, menjadi anak yg baik2 & berjaya di masa hadapan.. "


Quote:

Dini potong kek harijadi bersama sepupunya Ayu.. Besday ayu hanya awal 13 hari dari tarikh besday Dini.. so biarlah dorang potong kek sama2... masa ibu dalam pantang dulu pun berpantang sekali dengan makngah juga kat kampong.. hehe..


Ulang tahun kelahiran kakak Dini yg ke 10 tahun ialah pada 23hb Ogos... tapi memandangkan hari tu jatuh hari Isnin.. maka ibu percepatkan sehari.. buat hari Ahad.. Sebenarnya bukan buat parti harijadi pun.. Ibu cuma jemput kaum keluarga terdekat datang berbuka puasa kat rumah pada hari tu.. Dah memang tiap2 tahun mcm tu.. rasa mcm tak best jer kalau tak ajak kaum keluarga berbuka kat rumah.. lagipun.. nak bagi rumah meriah sikit bila ada ramai tetamu yg dtg.. kalau idak.. boring gak idup ni asyik dok lalui rutin yg sama ajekan.. sesekali kita beramai2 kan seronok..! Kebetulan ma & abby pun nak datang.. bertambahlah seronok ibu sebab ada yg boleh menolong masa masak2.. hihihi.. Tok saudara (Tok Fatimah) dari Kuala Trengganu pun datang juga kebetulan dia ada appointment kat IJN.. so bolehlah jemput tok sama dtg rumah.. lain2 tetamu antaranya.. makcik ku Sujah ngan anak2, kazenku Bie n suaminya Nasa serta baby Arissa... (Kazen ku Bie dah selamat melahirkan baby sulungnya.. tak sempat sungguh nak wt n3 ), Adikku Angah pun dtg sekeluarga.. Yg tak dpt datang tu.. takpelah takde rezeki namanya tu..

Quote:

Rumah sempit.. jadi makan bersila ajelah... cara orang2 kg... Yg ada dlm gambar ni pun hanya sebahagian aje ni.. terpaksa gilir2 makan.. so yg lain2 berbuka dgn kuih muih & minum2 dulu.. sementara tunggu turn utk makan nasi.. lebih baik tunaikan solat maghrib dahulu.. hehehe..


Juadah yang dihidang pada hari tersebut hanyalah nasi putih & lauk pauk serta kuih muih. Antara lauk yg sempat aku masak dengan pertolongan ma & adikku pada hari itu ialah.. Daging goreng kunyit + kacang panjang, ayam gulai asam rong, asam pedas ayam, ikan kembong bersos thai, terung + tauhu goreng taucu, ayam goreng tepong, kuih apam pisang, nekbat (sira nekbat kering yg jiran ma kat kg bagi) & karipap daging. Kazen ku pula bawa tembikai manakala makcik bawa mee kari & buah melaka. Banyak betul hidangan hari tu. Tak sempat aku nak melayan ambil gambar sangat.. sibuk bebenor melayan tetamu.. inipun gambar2 ehsan dari kamera kazenku..

Sehari sebelum tu.. sempatlah buat oreo cheesecake ni.. Terima kasih untuk resepi cheese cake ni ye.. MaDiHaA copy dari rumah Kak Zai Dapur Impian.. Kak Zai pula copy dari dapur kak Ummi.. Thanks both of U! Izinkan MaDiHaA paste kat blog ni pulak ye.. rasanya dah ramai dah yg buat kek ni... aku je yg ketinggalan keretapi..



Quote:
Resepi asal : Jthorge (thanks ya!)
Copy from : KAK ZAI DAPUR IMPIAN (Sumber asal Kak Ummi)

Bahan:-
30 keping oreo cookies (buang cream tengah) - kisar halus
1/4 cawan butter - cairkan
Bahan Filling:-
16 oz (2 cawan) cream cheese - lembutkan
1/2 cawan gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan sour cream
2 biji telor
1 cawan oreo yang dicincang halus

Cara Menyediakan:-
Base :- gaulkan oreo kisar dengan butter cair rata-rata. Tekan dalam loyang yang telah digris dan dialas. Pre-heat oven pada suhu 180 Celcius.

Filling:- Pukul cream cheese, gula dan esen vanila dengan kelajuan sederhana hingga benar-benar sebati. Masukkan sour cream dan pukul sebati. Masukkan telor satu persatu dan pukul sebati. Kemudian masukkan oreo yang telah dicincang halus tadi, kaup balikkan hingga rata. Bakar secara "steam bake" (letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air) pada selama 45 minit/hingga bahagian tengah benar2 masak. Sejukkan sekurang-kurangnya selama 4 jam/bermalam.




Ok.. memandangkan ini adalah n3 khas utk kakak Dini aku masukkan sekali gambar piala yg kakak dapat sempena minggu Matematik & Sains 2010 serta Minggu Seni Visual 2010 Merekacipta Pakaian dimana kakak Dini jadi Naib Johan utk kedua2nya.. Tahniah kakak.. ! Semoga dpt buat lebih baik lagi lepas ni ya..




Sekian dulu.. berjumpa lagi nanti insyaAllah...


Untuk resepi2 terkini.. sila klik Dari Dapur MaDiHaA



Since 11th Jan 2010, 12.01 pm
THANK YOU TO ALL VISITORS..
PLEASE COME AGAIN


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net